5 Petanda Untuk Kenal Individu Berperangai ‘Makcik Bawang’

Share

Tidak dapat dinafikan antara istilah yang paling popular digunakan di laman media sosial sekarang ialah ‘makcik bawang’. Dan sebenarnya Remaja tidak perlu buat huraian tentang maksud istilah tersebut kerana kami yakin korang semua dah tahu apa maksudnya.

‘Makcik Bawang’ mungkin kedengaran dan menjurus kepada perkara derogatory atau menghina. Tapi bagi Remaja, asalkan ia tidak merujuk kepada sesetengah golongan spesifik ia masih lagi okay dan diterima akal.

Di sekeliling hidup kita ada pelbagai jenis orang. Terutamanya yang terdiri daripada rakan-rakan tidak kiralah sama ada rakan sekelas atau tempat kerja, mereka ini punya personaliti berbeza.

Dengan dunia digital berlari pantas dan segala perkongsian boleh dilakukan di laman media sosial dalam sekelip mata elemen kerahsiaan menjadi semakin menipis.

Jadi akan wujud saja orang yang suka menjaga tepi kain orang, mengum,pat dan membawa mulut tentang diri korang dan juga rakan-rakan lain.

Bagaimana korang nak kenali mereka? Jom lihat 5 petanda ini. Kalau semuanya ‘tick‘, maka dah tiba masanya korang jauhi ‘makcik bawang’ itu.

MENCARI KESALAHAN ORANG ITU HOBI HARIANNYA

Setiap hari ada sahaja kesalahan orang lain yang korang dengar dari mulut dia. Dan kelemahan orang lain inilah yang dijadikannya sebagai ‘bahan’ untuk dia sebarkan di laman media sosial. Dan liciknya dia tidak akan mention nama sesiapa tapi sindir secara halus dan buat orang terasa.

SUKA BERCAKAP TENTANG KELEMAHAN ORANG LAIN

Selain suka bercakap tentang kesalahan, dia juga suka bercakap tentang kelemahan orang. Hal yang kadangkala boleh menimbulkan fitnah ini bukan sahaja beri kesan buruk kepada orang yang diperkatakan dia tetapi boleh meretakkan hubungan. Dia sedikit pun tidak berasa bersalah dan anggap ia satu perkara biasa.

GEMBIRA BILA TENGOK ORANG LAIN GAGAL

Orang yang membuat fitnah itu memang tidak suka melihat orang lain lebih berjaya daripada dia. Walaupun tidak diakuinya tetapi itulah yang mendorong mereka bersikap begitu. Bila orang lain jatuh tersungkur dia berpura-pura kasihan tapi dibelakang habis dicanang tentang keburukan.

SUKA MENOKOK TAMBAH BILA BERCERITA

Yang diterimanya berbunyi ‘A’ tetapi apa yang disampaikannya pula berbunyi ‘B’. Itulah dia sikap suka menokok tambah bila bercerita perihal orang lain. Perkara yang direka-reka itu pula biasanya benda yang tidak baik dan negatif. Hal ini mungkin juga berlaku kerana dia ingin orang lebih tertarik mendengar dia bercerita. Peliknya perangai!

PANTAS SEBARKAN KHABAR ANGIN WALAUPUN TAK SAHIH

Kadangkala dia lagi pantas dari sumber berita dari portal berita yang reliable! Kerana tergila-gilakan perhatian daripada orang lain maka dia akan laju sahaja berkongsi khabar angin terutamanya tentang keburukan orang lain. Dia bukannya peduli sama ada berita itu benar atau tidak. Yang penting akan ada ramai orang komen, share, retweet dan like apa yang dia perkatakan di laman media sosial.

IKLAN