
Minggu ini, senarai lagu terbaru yang dilancarkan oleh penyanyi tempatan lebih padat daripada kebiasaan.
Entah secara kebetulan ataupun sememangnya strategi sama untuk melancarkan lagu masing-masing sebelum cuti perayaan kemerdekaan.
Kelima-lima buah lagu pilihan REMAJA ini juga dinyanyikan oleh penyanyi lelaki dan kesemuanya mengandungi lirik yang berkait dengan lelaki yang sedang frust ‘menonggeng’.
Haa jom tengok lagu siapa yang penulis maksudkan.
Bujang
Hael Husaini

Sayang Salmah
Alvin Chong

Durja
Khai Bahar

Sedih
Naim Daniel & Ismail Izzani

Adlina Marie
Haqiem Rusli

Jangan korang menangis tepi bucu katil sudahlah, hehe!
Lihat reaction video terbaru kami berkenaan video klip Peluang Kedua oleh Nabila Razali featuring MK K-Clique.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mungkin Kerana Saya Sudah Divaksin,” – Tiada Simptom Walaupun Positif Covid-19. Afgan Didik Peminat Supaya Dapatkan Vaksin

Indonesia merupakan anatara negara di Asia Tenggara yang teruk dilanda virus Covid-19 selain Malaysia. Saban hari kes positif meningkat dan beberapa kawasan sudah dikenakan kawalan ketat oleh pemerintah. Terbaharu penyanyi lelaki terkenal, Afgan telah berkongsi yang dia telah disahkan positif virus tersebut.
Dalam hantaran menerusi laman Instagramnya dia berkata, “Hari ini merupakan hari keempat saya disahkan dijangkiti Covid-19. Buat masa sekarang saya tidak mengalami sebarang simptom, mungkin kerana saya sudah divaksin. Jadi kepada anda semua, sila dapatkan vaksin kerana jika dijangkiti sekalipun kesannya tidaklah teruk.

.
Dalam pada itu, penyanyi yang sedang dikatakan hangat bercinta dengan Rossa ini turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin kendiri.
“Ini adalah cara saya kekal sihat sepanjang tempoh kuarantin di rumah, lakukannya dengan ringan dan senang. Bagi anda yang disahkan positive Covid-19 dan tidak memiliki sebarang simptom seperti saya, kalau mahu bersenam pastikan ia senaman ringan sahaja. Kita hanya mahukan hormone endorphin dikeluarkan dan bukannya meletihkan badan. Yang masih sihat, kekal sihat dan yang sudah terkena Covid-19 anda perlu bersemangat. Semoga cepat sembuh,” ujarnya sambil berkongsi rejim senaman yang dilakukannya.
Sebelum Afgan disahkan positif, selebriti terkenal lain seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari juga menerima nasib yang sama.
***P/S- Jangan pernah takut mengambil vaksin dan terpengaruh dengan dakyah tidak benar. Vaksin yang diberi kerajaan Malaysia juga sudah dijamin selamat. Jangan jadi manusia yang memilih-milih vaksin pula. Apa yang penting sekarang ini adalah, untuk mewujudkan kelompok besar masyarakat yang sudah divaksin agar kita mampu melawan penularan virus ini.
Sumber & Gambar: Instagram Afgan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hebat! Jurutera Muda Malaysia Ini Diiktiraf NASA Untuk Rekaan Tandas

Setelah kali terakhir manusia mendarat di atas permukaan bulan pada tahun 1969, kini Pentadbiran Aeronautif & Angkasa Kebangsaan ataupun NASA sedang merangka perancangan untuk mengembalikan tersebut bagi tahun 2024.
Dikenali sebagai misi NASA Artemis Mission, NASA baru-baru ini telah menganjurkan satu pertandingan terbuka bernama The Lunar Loo Challenge untuk menerima penyertaan bagi rekaan tandas di angkasa lepas.
Walaupun kedengaran seperti remeh, rekaan tandas bagi kegunaan angkasawan adalah sama pentingnya dengan keperluan makan dan minum harian mereka. Bukan satu tugas mudah untuk mencipta tandas dalam kawasan tanpa tarikan graviti dan ia memerlukan kepakaran dan ketelitian sang pereka.

Untuk misi ke bulan kali ini, program terbaru NASA yang dikenali sebagai Human Landing System Program ini sedang mencari peranti dan teknologi generasi baharu yang lebih kecil saiznya, lebih efisien dan mampu digunakan dengan baik dalam situasi microgravity dan lunar gravity di bulan nanti.
Seperti yang dijangka, Lunar Loo Challenge telah menerima sambutan yang amat menggalakkan iaitu lebih daripada 2000 penyertaan dari seluruh dunia untuk mereka bentuk tandas bagi angkasawan.
Ini termasuklah penyertaan daripada seorang peserta dari Malaysia bernama Kevin Lim Chin Seong.

Jurutera muda itu telah mengharumkan nama negara setelah terpilih sebagai pemenang honourable mention bagi rekaan tandas cemerlang oleh NASA. Dalam temuramahnya bersama rakan media di Free Malaysia Today, Kevin berkongsi bahawa dia sudahpun mempunyai idea rekaan setelah membaca mengenai syarat-syarat penyertaan pertandingan ini.
“Saya mengambil masa 2 bulan untuk menulis, mengira dan mencipta idea yang boleh berfungsi dengan mudah. Dalam tempoh itu, saya perlu melalui beberapa peringkat pengiraan bagi rekaan ini sebelum saya merealisasikannya menggunakan software Computer-Aided Design (Auto-CAD) bagi melihat sama ada ia boleh berfungsi pada tahap terbaik.
“Saya ingin memastikan rekaannya mudah untuk digunakan oleh angkasawan di angkasa lepas kelak,” katanya yang gembira dan bersyukur dengan penghargaan oleh NASA ini.

Tambahnya, pengalaman mereka bentuk tandas ini telah memberikannya inspirasi untuk perancangan kerjayanya dalam sektor R&D (research & development).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stunning! Gaya 7 Selebriti Di Paris Fashion Week, Dari Kim Kardashian Hingga Jisoo BLACKPINK

Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : 2 Lagi Model Malaysia Pikat Perhatian Di Minggu Fesyen Antarabangsa
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Jom lihat fesyen mereka di Minggu Fesyen Paris 2022.
Jennie Kim Nakal & Seksi Dengan Monokrom

Jennie Kim, yang merupakan duta rumah lagenda Perancis Chanel, duduk di barisan hadapan di Chanel Womenswear Fall/Winter 2022. Untuk musim ini, Jennie memakai serba hitam yang diilhamkan oleh budak sekolah yang menampilkan jaket puffer velor dengan skirt mikro dipadankan dengan crop top tweed.
Dia menyerlahkan penampilannya dengan rantai leher berlapis, stokin putih bereben, sandal platform dan beg mini, semuanya dari Chanel. Dandanan rambut pula dibuat tocang dan solekan ringkas dan bersih.
Rihanna

Rihanna, yang tengah sarat mengandung dan menantikan kelahiranya juga tidak mahu kalah. Manakan tidak, berpakaian serba hitam, penyanyi Umbrella itu kelihatan memukau dengan pakaian dalam hitam ketika menghadiri pertunjukan fesyen Dior di Minggu Fesyen Paris 2022.
Rupa-rupanya style bad girl ini masih onz untuk Rihanna. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai kalung double layer
Jung Ho Yeon tampil memukau dengan busana winter

Pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon turut memeriahkan Minggu Fesyen Paris 2022. Tampil dipembukaan Minggu Fesyen Paris 2022, dia memakai pakaian daripada jenama ‘Louis Vuitton’ pada edisi musim luruh dan musim sejuk 2022.
Sebagai duta global Louis Vuitton, Jung Ho Yeon muncul dengan blaus kuning air, jaket kulit coklat, seluar berjalur dan tali leher bercorak bunga. Pakaian Jung Ho Yeon adalah rekaan pereka terkenal Nicolas Ghesquiere yang mengetengahkan sisi maskulin.
Zendaya tampil dengan busana serba pink

Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Zendaya kelihatan amazing dalam pakaian serba merah jambu. Memakai blazer fuchsia dan seluar kombo jenama Maison Valentino, kali ini dia kelihatan feminin dan berwarna-warni. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai sarung tangan, beg dan kasut platform dengan warna yang sama.
Gayanya agak unik, bukan?
Gigi Hadid tampil sederhana dengan dress soft pink

Tidak ketinggalan, supermodel Gigi Hadid turut muncul di acara Minggu Fesyen Paris 2022. Memakai gaun merah jambu lembut jenama Corpeni di pentas peragaan, penampilannya kali ini cukup ringkas.
Walaupun simple, penampilan tetap memukau seperti biasa. Tidak memerlukan banyak aksesori, Gigi Hadid hanya memakai beg mini dengan motif sebagai pelengkap penampilannya.
Kim Kardashian tampil wow dengan catsuit

Bukan Kim Kardashian jika tidak berekperimentasi dengan fesyen, gaya fesyen yang unik sentiasa mencuri perhatian. Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Kim memakai sut kuning yang fit di badan. Pakaian kucing ini diperbuat daripada pita pelekat yang mengandungi logo Balenciaga.
Sebagai pelengkap penampilannya, dia menggabungkan catsuit dengan cermin mata hitam dan beg Balenciaga, Hourglass yang juga direka sama persis dengan catsuit yang dipakainya.
Jisoo tampil manis dengan korean style

Gaya fesyen Jisoo yang turut mencuri perhatian di Minggu Fesyen Paris. Ahli kumpulan gadis Korea ini tampil dengan gaun kotak-kotak kuning jenama Dior. Pakaian digabungkan dengan kemeja putih dan tali leher hitam dalam gaya Korea. Untuk mencantikkan penampilannya, dia memakai kasut tumit dan beg yang sama warna. Simple kan!
Jadi, mana satu fesyen paling wow pilihan korang?
BACA LAGI : Dilahirkan OKU, Kanak-Kanak Ini Cipta Sejarah ‘Catwalk’ Guna Kaki Palsu Di Pentas Fesyen Paris
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

