5 Karakter Drama ‘Projek Anchor SPM’, Korang Yang Mana Satu?

Share

 

Tak sabar rasanya untuk menunggu 15 Mac ini bagi menonton drama coming-of-age baharu daripada Astro Shaw berjudul Projek Anchor SPM.

Selepas beberapa bulan para pelakonnya memberikan teaser menarik di sebalik tabir pembikinan drama ini menerusi media sosial masing-masing, akhirnya Projek Anchor SPM bakal menemui penonton kira-kira dua minggu lagi di saluran Astro Citra.

Drama yang memetik kisah dari tahun 2003 ini menampilkan barisan pelakon  seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Shasha Abedul dan Chubb-e.

Masing-masing membawakan karakter yang berbeza dan jika dilihat secara dekat, pastinya korang dapat mengaitkan diri sendiri dengan salah satu watak yang ditampilkan ini.

Jom lihat siapakah mereka berlima ini sebenarnya dalam Projek Anchor SPM.

 

Aedy Ashraf sebagai Aizat Abdullah

Seorang pelajar yang cool dan amat menyayangi insan yang rapat dan mengenali dirinya. Dia merupakan seorang pemain rugbi yang ramah namun terpaksa melalui emosi ‘roller coaster’ dan tidak stabil sepanjang drama ini. Aizat juga menyimpan satu rahsia besar yang mengaitkan dirinya dengan karakter lain.

.

Daiyan Trisha sebagai Aida Zubir

Aida mewakili pelajar bijak yang melalui kehidupan tertekan di sekolah kerana perlu mengekalkan prestasi kakaknya yang berjaya memperolehi keputusan straight A’s semasa peperiksaan SPM lalu.

Dia akan sentiasa belajar dan menolak ketepi keperluan untuk berkawan atau aktif dalam ko-kurikulum. Tekanan terus dirasai daripada bapanya yang ingin melihat keputusan peperiksaan anaknya sempurna.

 

Nadhir Nasar sebagai Helmi

Helmi merupakan epitome kepada karakter pelajar terbaik di sebuah sekolah. Seorang yang tidak pernah terlibat dalam apa-apa isu displin. Namun dek kerana ajakan rakannya untuk Projek Anchor SPM ini, dia merelakan saja risiko status sebagai pelajar terbaik itu tercalar.

 

Shasha Abedul sebagai Jaja Zubir

Dia merupakan seorang rakan yang peramah dan sentiasa riang. Kadangkala, dia merasa perlu untuk disukai oleh orang lain kerana kebahagiannya bergantung kepada diri orang di sekelilingnya.

Jika tidak memperolehi sesuatu benda, Jaja akan mudah menjadi marah. Merupakan anak kesayangan bapanya (berlainan ibu dengan Aida Zubir) dan sentiasa berharap kepada bantuan kakaknya, Aida Zubir dalam bab pelajaran.

 

Chubb-e sebagai Botol

Wataknya sebagai pelajar yang santai membuatkan ramai orang mudah mendekatinya.

Pemain rugbi bersifat neutral ini sentiasa menjadi orang tengah atau peacemaker kerana tidak sukakan situasi pelajar bergaduh. Seorang remaja yang lebih gemar ‘mengikut’ atau ‘mengekor’ rakannya dalam apa-apa keadaan.

Menariknya, kisah di sebalik kemunculan nama Botol kekal menjadi rahsia sepanjang drama ini.

IKLAN