5 Kali BTS Buktikan Merekalah Ikon Fesyen Remaja Sekarang

Share

 

Tahun ini, sudah 5 tahun BTS ditubuhkan sebagai band.

 

Jika di Korea Selatan, 5 tahun tu tak lama pun mengikut standard artis idola mereka. Tetapi bagi BTS, 5 tahun mereka telah dipenuhi dengan bermacam-macam perubahan drastik sehingga berjaya menakhluki dunia muzik pop!

Salah satu perubahan tersebut adalah sisi fesyen BTS yang selalu memberikan excitement kepada peminat BTS dan peminat fesyen. Jom tengok 5 stail yang paling kami gemari.

 

01

UNICEF

Minggu lalu menjadi minggu yang sibuk untuk BTS apabila ahli RM berucap bersama-sama ahli kumpulan lain di New York sempena pelancaran kempen UNICEF ‘Generation Unlimited’.

Bukan saja ucapan BTS yang mencuri tumpuan, fesyen mereka juga menjadi bualan ramai. Smart dalam sut hitam, ada yang memakai tie dan ada yang tidak. BTS, kelihatan cukup helok!

BACA : BTS Cipta Sejarah Jadi Grup K-pop Pertama Berucap Di PBB

 

02

Tonight Show

Ahli BTS mungkin kelihatan sharp apabila memakai sut rona yang sama. Tetapi, personaliti mereka baru terserlah bila mereka memilih baju berbeza, seperti yang berlaku semasa Tonight Show with Jimmy Kimmel kelmarin.

Ketujuh-tujuh ahli mengenakan sut bercorak atau berwarna metalik sesuai dengan musim luruh. Kemudian, mereka kenakan dengan sneakers & tie bercorak bagi menjadikan ia lebih remaja.

Lagipun, BTS perlu menari untuk persembahan Idol dan I’m Fine. Jadi sneakers adalah penting.

 

03

Billboard Awards

Sekali lagi, BTS (atau stylist mereka) buktikan lelaki juga boleh memakai apa-apa jenis corak, seperti perempuan. Pada siaran Good Morning America, BTS memakai blazer, kemeja, baju-T dan hoodie berwarna terang.

Perhatikan je pada blazer J-Hope dan V. Terangnya!

 

04

Billboard Awards

BTS pernah ke karpet merah Billboard Music Awards. Cuma pada tahun 2018, mereka lari daripada konsep classy

dan memilih pakaian yang lebih kasual. Ketujuh-tujuh memilih Gucci and it shows pada corak, strip tepi seluar, baju T berlogo ular dan cuffed jeans seperti yang dipakai oleh Suga.

 

05

Billboard Awards

Rasanya, gaya kelima ini paling menunjukkan keceriaan BTS dalam berfesyen. Mereka menganjurkan pajama parti di live-stream milik V dengan memakai jumpsuit merah jambu Pepto dengan neckerchief bercorak polka fot.

 

Seriously, BTS is simply fun!

 

IKLAN