5 Finalis Dewi Remaja 2019 Bergelar Hijabi, Ada Yang Bawa GRAB!

Share

Semua tahu, Pencarian Dewi Remaja memang bertujuan untuk melahirkan selebriti terkenal dan berjaya. Dewi Remaja meneruskan visinya tahun ini juga mencari ‘next Dewi 2019’ yang akan menyinar dan berkilauan seperti senior Dewi Remaja yang sebelumnya.

Semalam teka teki siapakah yang berjaya ke Top 20 telah pun terjawab. Dan paling menarik 5 daripadanya merupakan hijabi yang bukan sahaja cantik dimata namun punya latar belakang yang awesome! Bukan calang-calang orang ye boleh sampai ke tahap ni.

Mana Satu Style Tudung Paling Stylo!

 

1. Aina Shuada


Gadis berwajah bujur sireh ini merupakan peminat sukan bola sepak dan suka melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar.

Aina juga sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan pengurusan tanah. Kelebihan gadis ini adalah dia boleh menungga motocross, serta gemar melakukan aktiviti hiking.

2. Farha Nabila

Sekali pandang macam personaliti tv Nurul Shuhada Nurul Ain kan peserta finalis Dewi Remaja ni. Farha merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College

Juga berkerjaya sebagai seorang pramugari yang turut bergiat aktif dalam bidang modelling dan TV komersil.

3. Syamira Izzati


Ayunya wajah gadis ini. Anak bongsu daripada dua beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengacaraan dan penyampai berita.

Merupakan penuntut sarjana muda Pengurusan Perniagaan di UiTM Puncak Alam, Syamira mempunyai nama panggilan iaitu Manja-Embun. Unik kan?

4. Azra

Tertusuk hati dek panahan mata Azra ni. Gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Azra mempunyai minat dalam bidang pengacaraan dan ingin mengambil peluang ini untuk mengetengahkan bakatnya itu

5. Shahirah Sazali

Eh macam wanita melayu terakhir pula. Finalis ini pula bernama Shahirah dan merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bekas atlet lompat tinggi SUKMA, Shahirah sudah lama aktif dalam bidang sukan sejak usianya 11 tahun lagi.

Dia juga pernah mewakili Malaysia di Asian School Game, Filipina pada 2015. Jangan terkejut juga, hujabi manis ini merupakan seorang pemandu Grab okay.

Cun habis kan peserta Top 20 Dewi Remaja 2019 ni, mesti ramai lelaki diluar sana yang bergetar tulang rusuknya..hehe

Tapi ini baru permulaannya, banyak yang perlu dipelajari dan digilap untuk lebih berjaya lagi. Nasihat admin satu je  harap dorang ni pandai la jaga diri kan.Good luck girls.

 

IKLAN