Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental sering diperkatakan kerana ramai individu terutamanya golongan muda yang berdepan dengan masalah ini.
Menurut Myhealth, erdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.
Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
Untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat, terdapat beberapa filem yang mengupas tentang isu kesihatan mental. Jom kita lihat antara filem yang menarik untuk ditonton.
To The Bone
Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengalami anoreksia, iaitu gangguan mental di mana seseorang akan berhenti makan akibat takut gemuk sehingga satu tahap ia akan cuba untuk memuntahkan semula setiap makanan yang dimakan.
Ads
Keadaan Ellen semakin hari semakin merisaukan apabila badannya semakin kurus kehilangan selera makan membuatkan setiap makanannya tidak habis. Hampir setiap hari Ellen akan mengukur lilitan tangannya sendiri.
Silver Linings Playbook
Setelah menghabiskan masa di hospital kesihatan mental, Pat terpaksa berpindah dan tinggal bersama orang tuanya untuk sementara waktu. Gangguan bipolar telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan pekerjaannya. Dia bertekad untuk mendapatkan isterinya kembali dan bertemu dengan Tifanny yang juga seorang janda.
Word on Bathrooms Walls
Filem ini mengisahkan tentang Adam yang menderita skizofrenia. Adam tinggal bersama ibunya dan untuk kembali normal, dia terpaksa mengambil banyak ubat-ubatan. Selain mengambil ubat, Adam juga perlu kerap berunding dengan pakar psikiatri.
Ads
A Beautiful Mind
Kisah benar mengenai kehidupan John Forbes Nash, Jr. seorang ahli matematik yang menghidap skizofrenia. Filem ini menyingkap cabaran yang dihadapinya termasuklah paranoia dan khayalan yang akhirnya mengubah kerjaya dan kehidupannya.
The Skeleton Twins
Di permulaan cerita memaparkan dua watak utama, Milo dan Maggie yang cuba membunuh diri. Hal itu menyebabkan dia dibawa ke hospital dan akhirnya bertemu kembali dengan abang serta kakaknya setelah 10 tahun berpisah.
Ads
Isu kesihatan mental tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Sekiranya korang mengenali individu yang mengalami masalah seperti ini, bantulah mereka seadanya dan setidaknya cuba untuk memahami situasi mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, BTS Jin baru-baru ini membuktikan popularitinya masih lagi diterima baik oleh pelbagai pihak apabila beliau dipilih menjadi duta global untuk beberapa jenama terkenal.
Baru sahaja menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan empat bulan lalu iaitu pada Jun 2024. Jin atau nama sebenar Kim Seokjin (32) telah diangkat menjadi duta global pertama jenama barangan kemas mewah berasal dari Perancis, Fred pada awal Julai lalu.
Seterusnya, penyanyi lagu ‘Super Tuna’ itu juga dipelawa menjadi duta jenama fesyen mewah, Gucci pada awal bulan Ogos, jenama penjagaan kulit Laneige pada hujung September dan terbaru jenama barangan sukan Alo Yoga.
Selain daripada itu, Jin juga telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Kehormat kota Seoul oleh Visit Seoul, bagi menarik lebih ramai orang untuk melawat dan merasi pengalaman dan budaya di negara ginseng tersebut.
Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangannya lagi, Jin juga baru melancarkan video muzik versi istimewa Super Tuna dan mempunyai rancangan realiti solo berjudul ‘Run Jin’ yang ditayangkan di aplikasi Weverse dan Youtube rasmi BTS.
Anggota tertua kumpulan pop sensasi itu juga difahamkan bakal melancarkan album pertamanya sebagai penyanyi berjudul ‘Happy’ pada 15 November akan datang.
Sekadar info mengenai BTS, pada 17 Oktober lalu, anggota kedua, J-Hope baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan. Manakala, empat ahli lain iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, tarikan terbaru Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ini dibuka juga beberapa hari lalu kepada pengunjung.
Ia, semua orang mengetahui tentang kewujudan air terjun buatan setinggi 40 meter di tengah-tengah bangunan dome rekaan arkitek Moshe Safdie ini. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab ke atas bangunan ikonik Marina Bay Sands di Singapura.
Namun, hasil carian (more like stalking – we admit it) REMAJA di Instagram mendapati terdapat banyak ceruk dan angle menarik untuk korang mengambil gambar dan video di Jewel Changi Airport ini.
Tentulah, panorama hadapan air terjun setinggi 10 tingkat ini adalah antara angle wajib untuk korang bergambar. Dalam tempoh 4 tahun pembinaannya, air terjun ini selalu menghiasi iklan promosi Jewel Changi Airport.
Rendahkan lensa kamera korang dan ambil pula foto yang memperlihatkan panorama orang berjalan di bawah pula. Di sekeliling kompleks yang menempatkan 300 kedai ini, pelbagai jenis tanaman tropika menghiasi sudut dan aras berbeza untuk memberi impak seakan Taman Tergantung Babylon.
03
Instagram
Jangan lupa mengambil gambar di sekitar kawasan lif kacanya yang turut dikelilingi oleh flora. Paling menarik, korang harus mengambil video semasa lif naik ke atas.
Seperti berada betul-betul di dalam taman idaman, bahagian bawah yang menempatkan kerusi kayu ini cukup menarik bagi posting Instagram jika korang kreatif, terutamanya dengan tiang reflektif itu.
Jangan abaikan angle refleksi pada bahagian air cetek yang menempatkan pohon teratai ini. Cuba bayangkan efeknya semasa matahari terbenam dan langit berwarna jingga!
Ini adalah antara angle yang masih kurang diambil oleh kebanyakan pengunjung Jewel Changi Airport. But look at it, it is magical! Umpama berada di dalam filem Harry Potter atau Narnia yang mempunyai babak air ‘tersejat’ ke atas, ini adalah antara angle kegemaran kami.
Akhir sekali, korang wajib mengambil angle sambil berdiri di atas jambatan tergantungnya. Bukan saja air terjun indah jatuh di bawah jambatan, malah korang juga membidik kelibat menara peninjau lapangan terbang dalam framing yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin tidak semua berpeluang menjejakkan kaki ke bandar New York, tetapi kami yakin rata-rata daripada masyarakat dunia sudah mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
New York Time Square antara lokasi tumpuan utama di bandar Amerika Syarikat dengan suasana dikelilingi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang tersergam indah.
Bukan calang-calang jenama atau wajah yang berpeluang dipaparkan di papan iklan tersebut, tetapi penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai pernah menghiasi ruangan itu sewaktu pelancaran album Rougue.
Terbaharu, kumpulan Dolla turut berjaya muncul di papan iklan tersohor New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify.
Menurut wakil Dolla, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi selebriti dari 50 negara, dimana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Foto papan iklan kempen ini turut dimuat naik di laman rasmi Instagram dolla.official dan rata-rata peminat melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk berada di tengah kota mewah itu bukan? Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dolla dan semoga terus sukses dalam industri hiburan tanah air.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.