Hiburan

5 Fakta Tentang n.SSign, Grup K-pop Rookie ‘Cover’ Lagu Pujaanku Oleh Masdo

Share

Nama grup K-pop rookie, n.SSign bertukar terkenal dalam kalangan warganet Malaysia apabila mereka mempersembahkan lagu nyanyian asal kumpulan Masdo, Pujaanku di YouTube.

Masdo dalam pada itu juga teruja dengan penghargaan tersebut dan memuat naik kembali video itu di akaun rasmi kumpulan itu.

Tapi.. siapa sebenarnya n.SSign ini? Jom kenali mereka dengan lima fakta menarik ini.

01

n.SSign merupakan sebuah grup K-pop lelaki yang ditubuhkan menerusi program realiti Channel A & Abema berjudul Stars Awakening. Setelah mereka berjaya menandingi pasukan singer-songwriter

dan pasukan vokal, n.SSign telah melakukan debut sebagai grup K-pop. Hanya pada 1 Julai 2023, mereka secara rasmi menjadi sebuah grup permanent dan bukan lagi sekadar grup projek.

02

n.SSign dianggotai oleh 9 orang ahli terdiri daripada Kazuta (ketua), Hyun, Eddie, Doha, Sungyun, Junhyeok, Robin, Hanjun, Laurence dan Huiwon.

Bagi korang yang tertanya-tanya maksud di sebalik nama n.SSign, ia terhasil daripada kombinasi perkataan ‘new’ dan ‘star sign’.

03

n.SSign memulakan langkah dalam dunia hiburan K-pop yang cukup kompetitif dengan album sulung Birth of Cosmo pada bulan Ogos 2023. Setelah beberapa bulan melakukan siri promosi, hanya pada hari ini (15 Februari 2024) n.SSign akan meluncurkan album mini berjudul Happy &

bermula jam 6 petang (waktu Korea Selatan).

Korang boleh mendengarkannya di sini!

04

Selari dengan perancangan untuk mempromosikan album mini berkenaan, n.SSign menerusi akaun YouTube 1theK Originals telahpun menyanyikan petikan lagu-lagu popular dari beberapa buah negara termasuklah dari Malaysia!

n.SSign memilih lagu nyanyian asal kumpulan Masdo, Pujaanku dan ia telahpun dinyanyikan oleh Junhyeok dan ketua kumpulannya, Kazuka.

Rata-rata warganet Malaysia beranggapan mereka berdua telahpun melakukan yang terbaik menerusi persembahan cover ini. Malah ada beranggapan sebutan mereka berdua tidaklah sepelat disangka.

Cer tengok sendiri dengan klik di pautan bawah.

05

Terbaru, pihak agensi n.CH Entertainment mengumumkan n.SSign akan melakukan comeback

dengan hanya 8 orang ahli berikutan faktor kesihatan ahlinya, Doha yang masih tidak stabil.

Satu kenyataan rasmi telahpun dimuat naik di fan cafe mereka bagi memaklumkan Doha terpaksa berehat daripada sebarang aktiviti buat masa ini mengikut nasihat pakar kesihatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN