5 Fakta Tentang Amina Muaddi, Pereka Kasut Yang Dituduh Orang Ketiga Hubungan Rihanna

Share

 

Sebenarnya, tanpa gosip liar yang mengaitkannya sebagai orang ketiga dalam perhubungan Rihanna dan A$AP Rocky sekalipun, Amina Muaddi sememangnya telah popular di mata peminat fesyen.

Amina Muaddi

ARTIKEL BERKAITAN : Media Sosial Dibanjiri ‘Memes’ Drake Selepas Rihanna & A$AP Rocky Digosip Berpisah – REMAJA

Mana tidaknya, jelitawan berusia 36 tahun ini merupakan pereka kasut yang kini amat diminati oleh pelakon, penyanyi dan sosialit wanita di Hollywood. Beyonce, Dua Lipa, Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Olivia Rodrigo hanyalah sebilangan peminat kasut (dan tas tangan) rekaannya.

Ia membuatkan REMAJA tertanya-tanya, siapakah Amina Muaddi yang sebenarnya?

 

01

Amina Muaddi berdarah kacukan Romania dan Jordan daripada ibu bapanya, biarpun dia dibesarkan di Itali.

 

02

Sejak berkecimpung dalam bidang rekaan kasut ada tahun 2012, Amina mulanya mengasaskan jenama kasut di Milan yang dikenali sebagai Oscar Tiye. Hanya pada tahun 2017, dia berjaya memiliki jenama kasutnya sendiri yang dikenali sebagai Amina Muaddi.

 

03

Populariti yang dimiliki oleh Amina barangkali disebabkan kolaborasinya dengan ramai selebriti di bawah jenama Amina Muaddi; termasuklah A$AP Rocky.

Koleksi khas AWGE x Amina Muaddi dilancarkan pada Disember 2022 dan koleksi tersebut dianggap berjaya kerana ramai menyuai kecantikan rekaan rama-ramanya pada bahagian kasut.

Kata Amina kepada VOGUE semasa pelancaran, “Saya ingin melakukannya dengan seseorang yang berkongsi nilai dan pandangan saya terhadap kreativiti dan rekaan. Rocky tidak berkompromi dalam bab kerja atau apa saja yang dilakukannya. Dia seorang perfectionist

seperti saya.” Tidak berkompromi ya..

 

04

Bagaimana bibit pertemuan Amina dan Rihanna? Well, mereka diperkenalkan oleh penata gaya Rihanna iaitu Jahleel Weaver. Setelah penyanyi Diamonds itu jatuh cinta dengan rekaannya, dia terus memanggil Amina untuk menjadi salah seorang pereka eksklusif bagi produk Fenty.

Menerusi temubual dengan Vogue, Amina menggelar Rihanna sebagai seorang insan yang baik. “Dia menghantarkan pakaian Fenty kepada saya semasa pelancaran – saya merasa bagus semasa memakainya. Saya terasa seperti aura Ri ada dalam diri saya.” Gitu..

 

05

Dengan memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram peribadinya, Amina pernah dinamakan oleh British Vogue sebagai 5 pereka ‘break-through’ terbaik bagi kategori aksesori.

Selain rekaan ‘signature’ geometrik dan warna lantang pada kasut, ia juga disebut amat menyelesakan dan cantik apabila dipakai. Antara gedung fesyen yang menjual koleksi Amina Muaddi ialah KITH, Nordstrom, Net-a-Porter, Hype Beast, Bergdorf Goodman dan Neiman Marcus.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN