Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
Ads
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Ads
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
Zaman sekarang, asal bijak dan tahu mengambil peluang kita boleh jalani hidup dengan lebih gembira. Ada bermacam kegembiraan. Perasaan ini berbeza setiap orang. Tapi rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan travel luar negara adalah saat paling menyeronokkan. Ya tak?
Tapi baru-baru ini satu laman web yang menyediakan panduan pelancongan dan pengembaraan dunia, Fodor ada menyenaraikan beberapa lokasi dunia disebabkan faktor etika, alam sekitar dan politik.
Fodor tidak menggalakkan pelancong untuk melancong di Barcelona (Sepanyol), Angkor Wat (Kemboja), Amerika Syarikat, Big Sur (California), Bali (Indonesia) dan Hanoi (Vietnam) kerana kepadatan pelancong di sana telah menjejaskan alam sekitar serta penduduk tempatan.
Ekosistem dan habitat semula jadi seperti di Florida Keys National Marine Santuary (Amerika Syarikat), Parque Nacional Arrecifes de Cozumel (Mexico), Galapagos National Park (Ecuador) dan Pulau Komodo (Indonesia) turut tersenarai sebagai lokasi yang diancam kepupusannya.
Pelancong yang melancong ke negara Asia seperti Kemboja dan Thailand dinasihatkan agar tidak menunggang gajah kerana aktiviti tersebut menyebabkan gajah didera dan dipukul dengan kejam demi keuntungan hiburan pelancong.
Atas faktor keselamatan, pelancong tidak digalakkan untuk mendaki puncak Matterhorn (Switzerland) kerana pernah berlakunya tragedi meragut nyawa melibatkan lapan individu.
Di Mexico dan Amerika Tengah pula, pelancong dinasihatkan agar berhati-hati dalam pengambilan alkohol disebabkan kes maut akibat daripada keracunan methanol.
Harapnya keindahan tempat-tempat ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. So jom la kita plan pergi tempat lain yang tak sesak orang k!
Bila duduk rumah sendiri atau menyewa, keselesaan kediaman memang terletak 100 peratus ditangan kita. Kalau tinggal dengan keluarga, mungkin mak ayah kita yang selalu menjaga kebajikan rumah, tapi kalau dah duduk sendiri, masing-masing kena bertanggungjawab.
Bukan hanya kebersihan rumah saja yang perlu dijaga, malah bagi mengelakkan ruang sekeliling berbau hapak, pentingnya untuk korang memastikan agar kediaman sentiasa segar dan berbau harum.
Tak perlu nak keluar modal yang banyak, gadis ini telah pun berkongsi satu cara bagi memastikan rumah berbau wangi.
Jom kita ikuti perkongsian daripada yatt_azml ini.
Untuk pengetahuan korang, cuka yang digunakan ini adalah cuka biasa saja ya. Bukan cuka epal. Hiks!
Nampak mudah dan kosnya juga tidak terlalu mahal. Pendek kata memang affordable la untuk individu bujang yang sudah bekerja mahu pun yang bergelar pelajar.
Lepas ni korang bolehlah try okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat…
Pelakon, Ezaidi Aziz baru-baru ini selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz (30) meluahkan rasa syukur dan masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.
Memuat naik gambar majlis bersanding di Instagram, kedua mempelai yang manis itu dilihat bersepakat mengenakan busana putih klasik sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.
Berkongsi sedikit momen perkenalannya bersama isteri, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.
“Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta”
“Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih,” katanya.
“Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya dan saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.
Sementara itu, berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Jesnita dan Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!