5 Aplikasi Korang Boleh Guna Untuk Kesan Laptop Yang Kena Curi

Share

Banyak kes kecurian gajet yang selalu kita dengar berlaku di sekeliling atau mungkin korang sendiri pernah mengalaminya.

Selain telefon bimbit, laptop juga adalah antara peranti yang sering menjadi ‘perhatian’ si pencopet (pencuri). Tapi korang tahu tak sebenarnya ada aplikasi yang boleh digunakan untuk menjejaki lokasi laptop sekiranya dicuri?

Apa kata, try

5 aplikasi di bawah atleast sebagai salah satu usaha korang untuk mendapatkan semula laptop yang telah dicuri.

1. Find My Mac

Bagi pengguna Apple, korang boleh mengesan lokasi dengan menggunakan iCloud.

2. Undercover

Sekali lagi app ini hanya untuk pengguna Apple sahaja. Walaupun perisian ini perlu dibayar, tapi ia agak popular kerana terdapat fungsi Webcam yang boleh merakan aktiviti si pecopet.

3. Prey

Aplikasi ini boleh digunakan pada hampir semua jenis sistem operasi, termasuklah iOS. Ia dapat mengesan lokasi laptop yang dicuri menggunakan website

yang disediakan.

4. LockitTight

Lebih kurang sama kaedah yang digunakan oleh aplikasi Prey, cuma kelebihannya dapat digunakan kepada lima peranti sekali gus.

5. Lojack For Laptop

Bukan saja dapat menjejak lokasi laptop yang hilang, ia juga dapat menjaga fail yang ada dalam peranti tersebut daripada dipadam, sistem ini terkunci pada BIOS komputer.

Malah, akan ada satu pasukan khas yang akan menjejak laptop yang hilang sehingga dijumpai. Sekiranya tidak berjaya, korang akan dapat pampas an dengan nilai tertentu oleh pihak syarikat .

Tapi, of course la korang akan dikenakan yuran untuk mendapatkan servis ni.

Sekurang-kurangnya bila dalam keadaan panik laptop dicuri, ada juga la effort yang korang boleh buat sendiri kan. Betul tak?

Sumber: Wiser

IKLAN