4 Pemain Kacak Squasy Negara Curi Tumpuan Netizen Selepas Genggam Emas, Siapa Mereka?

Share

 

Semalam mungkin merupakan hari terakhir sebelum Sukan Asia 2018 melabuhkan tirai.

 

Namun, semalam juga adalah malam getir untuk peminat sukan negara apabila dua perlawanan penentuan pingat emas melibatkan atlet Malaysia. Seperti yang semua tahu, skuad hoki Malaysian Tigers kita hampir saja menjadikan kutipan pingat emas kepada angka 8.

Namun nasib dan taktik nyata tak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Jepun dalam penentuan penalti walaupun overall, mereka telah beraksi dengan cemerlang sepanjang kempen di Indonesia ini.

 

 

Kilauan emas nampaknya lebih bersinar di gelanggang squasy Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia apabila skuad lelaki negara berjaya mengatasi tentang sengit Hong Kong dan menaiki podium sebagai pemenang. Sekaligus, mereka merealisasikan juga target 7 pingat emas yang diletakkan Kementerian.

 

Kemenangan tersebut membuka mata penonton di rumah mengenai kelibat 4 hero squasy ini.

Tetapi siapakah pemain-pemain ini?

 

 

01

Eain Yow Ng

Bekas Juara Dunia Remaja, Eian Yow kini berusia 20 tahun dan menduduki ranking ke-44 dunia.

Mirip rakannya, S. Sivasangari yang juga cemerlang dengan pingat perak perseorangan pada kali ini, Eain merupakan antara pelapis terbaik untuk meneruskan perjuangan sukan ini.

Dia mula bermain pada usia 7 tahun apabila ayah Eian membawanya ke kelab squasy untuk bermain dengan beliau. “I love squasy because I will get to meet people from all over the world.”

Semalam, Eian mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming dalam straight set pada perlawanan ketiga.

 

02

Nafiizwan Adnan

Berbanding Eian, pemain lain adalah lebih senior dan berpengalaman.

Pemain squasy lelaki nombor satu Malaysia, Nafiizwan terlebih dahulu cemerlang dengan pingat gangsa di Sukan Komanwel Goldcoast dan satu lagi pingat gangsa untuk perseorangan lelaki minggu lalu di Sukan Asia.

Atlet kelahiran Terengganu berusia 32 tahun ini memang sentiasa mempunyai mode game on, lebih-lebih lagi apabila jadual perlawanan antarabangsanya selalu packed.

 

03

Ivan Yuen Chee Wern

Akan meraikan hari lahir ke-28 dalam masa beberapa hari je lagi, Ivan Yuen semalam merupakan pemain pertama yang turun ke gelanggan dan memberikan tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada wakil Hong Kong, Yip Tsz Fung.

Juara Kebangsaan Kejohanan Ohana 2018 ini juga terlebih dahulu pernah menewaskan Nafiizwan Julai lepas sebagai persediaan sebelum Sukan Asia ni.

 

04

Mohammad Syafiq Kamal

Kacak dan baru berusia 22 tahun!

Pemain berketinggian 179sm ini juga merupakan antara pelapis terbaik. Kami yakin dalam masa beberapa tahun lagi, Syafiq juga mampu untuk mencapai kedudukan pemain senior lain.

 

Sekali lagi, Congrats Boys!

 

IKLAN