4 Gadis Berhijab Tawan Pentas Asia’s Got Talent Dengan Bad Romance

Share

Malaysia sekali lagi menjadi perhatian apabila kumpulan wanita berhijab melayakkan diri ke saringan seterusnya di AXN Asia’s Got Talent 2019. Video yang trending top 10 di laman You Tube itu, mendapat perhatian netizen khususnya Asia.

Video yang dimuat naik 3 hari lalu menunjukkan 4 hijabi yang berasal dari Malaysia menunjukkan bakat mereka dalam nyanyian berkumpulan. Memilih lagu Bad Romance dari Lady Gaga, kumpulan yang diberi nama NAMA, mendapat sambutan hangat dari penonton yang menonton secara live.

Berbeza pendapat dari Jay Park dan Anggun, David mengkritik persembahan mereka yang masih tidak begitu kukuh untuk keperingkat seterusnya. Rata-rata netizen di seluruh Asia memuji penampilan mereka berempat yang bertudung labuh meskipun berada di negara orang, disamping vokal dan persembahan yang memukau. Menepati syariah compliance.

Asian Got Talent merupakan versi Asia rancangan terkemuka mencari bakat America’s Got Talent. Menerusi AXN, dapat disaksikan juri selebriti tiga musim berturut-turut David Foster, Anggun dan Jay Park mencungkil bakat baru di seluruh Asia, yang turut dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton.

 

That’s right ladies,

“Nothing great can be achieved without passion”

NAMA

IKLAN