
Malaysia sekali lagi menjadi perhatian apabila kumpulan wanita berhijab melayakkan diri ke saringan seterusnya di AXN Asia’s Got Talent 2019. Video yang trending top 10 di laman You Tube itu, mendapat perhatian netizen khususnya Asia.
Video yang dimuat naik 3 hari lalu menunjukkan 4 hijabi yang berasal dari Malaysia menunjukkan bakat mereka dalam nyanyian berkumpulan. Memilih lagu Bad Romance dari Lady Gaga, kumpulan yang diberi nama NAMA, mendapat sambutan hangat dari penonton yang menonton secara live.
Berbeza pendapat dari Jay Park dan Anggun, David mengkritik persembahan mereka yang masih tidak begitu kukuh untuk keperingkat seterusnya. Rata-rata netizen di seluruh Asia memuji penampilan mereka berempat yang bertudung labuh meskipun berada di negara orang, disamping vokal dan persembahan yang memukau. Menepati syariah compliance.



Asian Got Talent merupakan versi Asia rancangan terkemuka mencari bakat America’s Got Talent. Menerusi AXN, dapat disaksikan juri selebriti tiga musim berturut-turut David Foster, Anggun dan Jay Park mencungkil bakat baru di seluruh Asia, yang turut dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton.
That’s right ladies,
“Nothing great can be achieved without passion”
NAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Pelacur Ke Wanita Paling Dihormati, 5 Fesyen Alia Bhatt Dalam ‘Gangubai Kathiawadi’ Jadi Perhatian

Korang dah tonton belum filem hindi berjudul ‘Gangubai Kathiawadi’ di Netflix?
Filem yang menjadi bualan ramai ini merupakan sebuah filem jenayah biografi. Alia Bhat berjaya menjayakan watak ini dengan cukup sempurna. Malah, filem ini menggambarkan kisah kehidupan sebenar Gangubai Kathiawadi, seorang tokoh wanita penuh kontroversi di daerah lampu merah (red-light district) Kamathipura pada tahun 1960-an.

ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Cinta Bollywood Yang Confirm Buat Korang Nangis
Filem ini akan fokus kepada kehidupan Kathiawadi yang dihabiskan di daerah lampu merah Mumbai, sebagai ketua, pengedar dadah, penjenayah dan ahli politik.
Mulai dari tarian ‘Dholida‘nya, dialognya yang penuh kuasa, kepada pelbagai emosi yang dipaparkan kepada penonton. Tetapi selain lakonannya, fesyen statement yang digayakan dalam filem tersebut turut menjadi perhatian. Antaranya ialah :
Bibir Merah Berani

Dalam filem ini, warna gincu Alia semakin gelap dan pekat apabila dia semakin berkuasa dalam filem itu. Jadi, pakai gincu merah dan lihat keyakinan kamu melonjak sekelip mata.
Renungan Tajam Celak Mata

Sepanjang filem, Gangubai tidak lari dengan solekan mata yang berat yang menghidupkan lagi lakonan serta renungan tajamnya. Bila dia mengangkat cermin matanya dengan pandangan tidak berkelip, dia kelihatan cukup memukau.
Perhiasan Kemas Perak

Kepingan perak yang dipakai Alia Bhatt dalam filem Gangubai menghidupkan semula pesona aksesori perak tradisional. Sama ada anting-anting, rantai leher, gelang tangan, gelang kaki mahupun perhiasan hidung.
Bunga Di Rambut

Menggunakan bunga segar sebagai aksesori rambut dilihat sangat klasik dan manis. Mengingkatkan kita tentang memori silam dan memberi statement dengan cara yang sederhana.
Sari Putih Ikonik

Sari tradisional yang dipakai Alia Bhatt untuk hampir keseluruhan filem adalah klasik. Putih merupakan warna yang abadi dan tak lapuk dek zaman, tidak kira berapa umur kamu. Sari putih adalah ikonik!
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat penata gaya pakaian filem ini dan semua crew kerana mereka benar-benar memahami watak Gangubai Kathiawadi – seorang bos wanita yang berkuasa dengan hati emas – dan menggayakannya dengan sewajarnya.
Sebenarnya, banyak filem Bollywood yang berkualiti dan meninggalkan kesan kepada penonton dengan fesyen dan gaya mereka antaranya Poo dari K3G, Mastani dari Bajirao Mastani, dan kini Gangubai Kathiawadi.
BACA LAGI : 10 Selebriti Bollywood Terkaya 2021, Jelitawan Dan Hartawan. Perfect!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : thechannel46.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengecil Dari Enam Ke Tiga Ahli, OUTBREAK Setia Pertahankan Kumpulan

Sejak dahulu lagi, apabila sesebuah grup nyanyian ditubuhkan, tentunya wujud stigma yang mengatakaan mana-mana grup pasti akan berpecah satu hari nanti. Ahli-ahlinya juga dipercayai akan membawa haluan sendiri sama ada dalam industri nyanyian mahupun di luar bidang seni.
Nama-nama grup vokal popular seperti Destiny’s Child, BLUE dan kumpulan dari Malaysia seperti KRU sendiri pada satu waktu mengambil keputusan untuk berpecah. Tidak hairanlah apabila stigma ‘setiap grup akan berpecah’ itu wujud hingga ke hari ini.
Cabaran yang seakan sama nampaknya dihadapi oleh grup tempatan, OUTBREAK yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu. Daripada dianggotai seramai enam orang, satu-persatu ahlinya memutuskan untuk keluar dari grup tersebut hinggalah ia kini dianggotai oleh tiga orang ahli saja.

Bercakap dengan Hakeem Zamall, Shakirin Shah dan Aliff Firdaus daripada OUTBREAK baru-baru ini, mereka akur dengan keputusan tiga ahli lama mereka. Sukar untuk kita mengawal kehendak seseorang bukan. Lalu, dengan kekuatan tiga ahlinya yang setia dan komited bergerak ke hadapan sebagai satu entiti, OUTBREAK meneruskan perjuangan dengan bakat serta potensi yang ada pada mereka.
“Kalau boleh tiada siapa yang nak benda macam ini (kehilangan ahli) berlaku. Kami memilih untuk ketepikan isu lama dan untuk terus berfikiran positif.
“Lagipun konsep grup trio ini jarang ada di Malaysia sekarang, yang banykannya adalah band dan group beranggota ramai. Lalu kami yakin dengan keistimewaan yang kami ada sekarang,” katanya yang bertarung dalam pertandingan Vokal Mania pada tahun lalu.

Tambah seorang lagi ahlinya iaitu Shakirin pula, penambah baikan yang berlaku pada OUTBREAK seperti dari segi paduan vokal dan chemistry yang terjalin di antara mereka juga dapat dirasai oleh peminat sejak mereka bergerak sebagai grup trio.
“Di OUTBREAK, kami tetap menyokong perjalanan karier tiga ahli lama kami. Mungkin misi kami berbeza daripada mereka, namun at the end of the day, kami masih berkawan. Sebagai pendatang baharu, adalah lebih baik untuk kita saling menyokong. Tidak rugi pun, lebih rugi jika berdendam,” ulasnya.


Bercakap mengenai perkembangan terbaru OUTBREAK yang kini semakin aktif di media sosial dengan content viral demi menangkap perhatian pendengar di Malaysia dan Indonesia, mereka baru saja muncul dengan sebuah single baharu berjudul Infiniti.
Dengan hanya memakan masa sebulan lebih sahaja untuk proses rakaman, Infiniti menceritakan tentang misi untuk berjaya. Tanpa mengenal erti penghujung, OUTBREAK mengajak pendengar untuk terus berusaha sehingga berjaya. Ia juga ‘kena’ dengan musim pandemik sekarang yang menyaksikan kes jangkitan harian semakin mencanak naik.
Di kala ada sesetengah daripada kita yang sudah penat untuk bertarung menentang wabak ini, OUTBREAK percaya pada satu hari nanti, bakal ada sinar yang akan menerangi di penghujung jalan.

“Ramai di antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kadang ada impian yang belum tercapai dan mereka mula merasa ‘down’. Oleh itu, menerusi single Infiniti ini kami ingin sebarkan positiviti kepada semua. Have faith sewaktu kita jatuh tersembam.
Kejayaan pasti akan mendatang,
“Buat masa ini, kami masih menantikan waktu bersesuaian untuk merakamkan video muzik. Itu semua perlu dilupakan buat sementara waktu memandangkan kita masih dalam keadaan tersekat dek PKPD di Lembah Klang. Kami akan siapkannya satu hari nanti, jangan risau,” jelas Hakeem.
Bagi korang yang belum lagi mendengarkan Infiniti, klik pautan di bawah dan berikannya like ya!
Saingan BBNU
Dalam era bintang media sosial sekarang, lambakan selebriti baharu di Malaysia saja tidak dapat dinafikan lagi. Saban bulan, ada saja nama baru yang menjadi terkenal dalam sekelip mata. Oleh itu, bagaimana agaknya OUTBREAK sendiri ingin bersaing secara sihat dengan rakan-rakan sebaya mereka dalam industri di Malaysia yang jujurnya, kecil saja. Tanpa strategi berkesan, mana-mana selebriti boleh datang pergi bersilih ganti.
“Kami sedar akan semua itu. Selain strategi yang dipasang oleh pasukan label dan pemasaran OUTBREAK, kami mengikuti rapat trend serta jenis muzik yang berkesan pada zaman in demi memastikan kami kekal relevan.
“Yang penting kami tidak mudah berputus asa. Sewaktu saya menyertai Vokal Mania tahun lalu, kami bertuah kerana dapat bertemu dengan ramai artis senior seperti juri, kak Misha Omar, peserta Aina Abdul dan ramai lagi. Satu nasihat mereka yang kami pegang hingga ke hari ini adalah untuk tidak mudah mengalah. Adatlah, ada yang akan suka ada yang tidak. Fokus kami hanyalah pada mereka yang menyokong dan bukannya pada kecaman yang diterima,” sambung Hakeem.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pekerja Kedai Kek Ini Hasilkan Lukisan Tangan Kreatif, Hasilnya Sangat WOW

Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @wafanorsyazana telah pun berkongsi tentang seorang rakannya yang bekerja di Secret Recipe yang mempunyai bakat melukis yang luar biasa.


Biasanya jika membeli kek, hanya ucapan seperti Happy Birthday sahaja yang akan ditulis dengan tulisan berangkai seumpamanya. Namun, rakannya Aina ini mampu untuk melukis di atas kek dan dia juga telah merealisasikan permintaan adik Wapa yang meminta gambar Unicorn di kek hari lahirnya.

Perkongsian ini telah pun mendapat hampir 13 ribu tanda suka dan 9 ribu retweets di laman sosial tersebut.
Wapa juga turut berkongsi antara hasil seni lukisan atas kek yang dihasilkan oleh rakannya itu.




Memang terbaik dan sangat kreatif!
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana kek itu boleh dipegang secara menegak, Wapa juga menerangkan bahawa kek itu sebenarnya fake cake atau lebih dikenali sebagai dummy cake. Kebiasaannya, dummy cake ini digunakan oleh staff untuk belajar menulis di atas cake. Aina mencurahkan bakatnya atas kek tersebut dan icing cream yang berwarna itu juga disediakan sendiri oleh Aina kerana ingin saja-saja melukis.

Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan Secret Recipe menawarkan servis lukisan kek seperti ini. Khabarnya, Aina bekerja di cawangan Star Avenue, Subang. Sama ada caj tambahan dikenakan atau pun tidak, korang kenalah tanya sendiri okay. Hiks!
Hm, selepas ini kami pun nak singgah ke Secret Recipe Star Avenue jugalah. Hehe!
Sumber: wafanorsyazana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

