3 Sharifah Bergabung Dalam ‘BIKIN FILEM’, Kisah ‘Menganjing’ Dunia Lakonan Tempatan?

Share

 

“I nak tengok filem Melayu macam filem Hollywood.”

 

Impian untuk menerbitkan sebuah filem gempak dan diminati oleh ramai orang itu memanglah bukan satu kerja yag mudah.

Tak semua orang tahu betapa susah dan renyahnya proses menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Yang kebanyakan orang kita tahu adalah mengkritik sesebuah filem kerana kurangnya teknologi CGI, jalan cerita yang klise dan lakonan yang kurang memberangsangkan.

Tapi di sebalik filem berdurasi lebih sejam yang korang tonton itu, adakah korang faham apa yang dilalui oleh pihak produksi?

Penulis merasakan itu adalah satu kekuatan yang dipegang oleh filem terbaru Astro Shaw berjudul BIKIN FILEM ini.

Kata penerbitnya iaitu Mohamad Zubir Badarshair, BIKIN FILEM memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

“Kami ingin membuka mata lebih ramai pihak agar tidak mengkritik secara keterlaluan terhadap filem tempatan yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan meraka yang melaluinya saja yang dapat memahami,” jelas Zubir.

Secara ringkasnya, BIKIN FILEM menceritakan mengenai kisah yang selalu terjadi di sebalik pembikinan sebuah filem. Haa, gosip-gosip yang selalu korang baca dalam portal dan surat khabar tu. Agak-agak betul ke semua tu terjadi?

BIKIN FILEM bermula dengan adegan seorang bintang filem (Sherry Alhadad) bernama Khaty Bale yang terkenal dengan gosip-gosip liar. Khaty ingin menerbitkan sebuah filem berjudul ‘Dendam Berbalas’ dan diarahkan oleh Rahim G (Azhan Rani).

Sepanjang pembikinan Dendam Berbalas, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh pihak produksi dan pelakon untuk menjayakan filem tersebut. Bukan itu saja, setiap kru, barisan pelakon dan pengarah Dendam Berbalas juga mempunyai macam-macam kerenah dan ragam sendiri.

Well guys, Remaja belum berkesempatan untuk menonton filem karya Latiff Zami dan terbitan Zubir Badarshair ini.

Namun menerusi klip acah yang baru dimuat naik oleh Astro Shaw semalam, nampaknya filem ini mempunyai lebih banyak mesej tersirat walaupun ia bergenre komedi. Macam nak ‘menganjing’ industri lakonan tempatan pun ada juga. Hehe..

Pada hemat penulis, BIKIN FILEM mampu menjadi di antara filem terbaik tempatan yang pernah ditayangkan pada tahun ini. X-factor

yang ada BIKIN FILEM bermula dengan barisan pelakonnya.

Gabungan ‘3 Sharifah’ iaitu Sherry Alhadad, Sharifah Sakinan (Yasmin Gamat) dan Scha Alyahya (Zarina Ishak) saja sudah membuatkan kita bayangkan gelak dekah yang akan menyusuli babak masing-masing.

BIKIN FILEM juga kelihatan ‘kuat’ di atas kertas dengan adanya kemunculan Azhan Rani, Mark Adam (Malik Rizzuan Chin), Ucopppp (Sufian Kassim), Erra Fazira (Datin Azizah), Jasmin Hamid (Kakak Zarina lakonan Scha), Syazwan Zulkifly, Azrel Ismail, Amerul Affendi dan ramai lagi!

Malah, dalam klip acah berdurasi 2 minit 7 saat ini, kemunculan sebentar Kamarool Hj Yusoff sebagai Bomoh Hujan sudah menjadikan Bikin ‘worth-watching’.

Penulis juga tertarik dengan beberapa dialog yang dimasukkan ke dalam klip acah (teaser)

Contohnya seperti monolog Erra Fazira yang menyebut, “Kalau awak benar-benar seorang pembikin filem, awak mesti nak penonton merasa puas dengan karya kolaborasi kan? You have to be strong.” Ia menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan strategi yang perlu ada untuk menjadikan sesebuah naskah itu berjaya.

Monolog ‘royan’ yang menyebut, “Kenapa filem kita tak laku?! Tahu tak puncanya? Puncanya sebab kita!” juga merupakan satu persoalan yang selalu bermain di minda pengkarya dan peminat dunia filem tempatan.

Kadangkala skripnya bagus, para pelakonnya berpengalaman tetapi entah di mana silapnya, filem terbitan Malaysia masih tidak mendatangkan keuntungan atau tidak mampu menarik perhatian penonton untuk mengunjungi pawagam. BIKIN FILEM cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan itu.

BIKIN FILEM bakal ditayangkan menerusi Astro First (Saluran 480) bermula 5 November ini. Dengan hanya RM15, korang boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Korang juga boleh strim filem ini menerusi aplikasi Astro Go atau On Demand.

*

Selain BIKIN FILEM, ini adalah satu lagi filem terbaru yang diterbitkan oleh Astro.

 

IKLAN