Trio penyampai segmen 3 Pagi Era mengambil peluang bergambar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majliis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, semalam. Turut serta ialah Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran.
Susulan kandungan video yang mencuit sensitiviti perkauman minggu lalu, pengendali stesen radio ERA iaitu Maestra Broadcast tidak akan digantung dan hanya dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Bagaimanapun, tiada tindakan lanjutan akan dikenakan oleh MCMC terhadap trio penyampai radio bagi segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat kerana sebuah entiti syarikat berpendapatan tinggi pada setiap tahun dan berbeza dengan skala pendapatan individu. Maka, hanya tindakan ke atas pengendali stesen dibuat MCMC mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut Fahmi lagi, beliau berpeluang untuk menemui trio penyampai ERA berkenaan sebelum ini dan mendapati mereka benar-benar tertekan apabila terpalit dengan isu yang mendapat perhatian seluruh negara itu.
Ads
“Saya ada bercakap dengan mereka dan mendapati mereka menghadapi tekanan yang hebat. Sebagai selebriti, mereka sentiasa menjadi perhatian umum.
“Saya meminta mereka bersabar dan bertenang dalam menghadapi dugaan ini.”
“Kita tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap mereka kerana mereka sudah melalui banyak cabaran,” ulasnya.
(Dari kiri): Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin Amir Effendy.
Kes ERA Berbeza Dengan Kes KK Mart
Dalam pada itu, Fahmi juga mengulas semula pandangan warganet yang membanding-bandingkan jumlah kompaun RM250,000 yang dikenakan ke atas pengendali ERA dan kompaun RM60,000 ke atas KK Mart dalam kes yang pernah tular sebelum ini biarpun masing-masing melibatkan unsur keagamaan lalu mencuit sensitiviti perkauman.
Ads
“(Kes KK Mart) tertakluk di bawah Kanun Keseksaan. Undang-undang itu berbeza dan tidak melibatkan kandungan dalam talian,” jelasnya ketika ditemui di Majliis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, semalam.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai kemarahan warganet terhadap tindakan trio penyampai ERA berkenaan yang dilihat seolah-olah menghina kesucian agama Hindu menerusi aksi tarian Azad dan laungan (chanting) serta tepukan yang hadir daripada Nabil, Radin dan beberapa kakitangan lain di dalam konti radio.
Setelah sukses dengan filem Kuntilanak tahun lalu, pengarahnya, Rizal Mantovani kembali dengan hasil karya seramnya, Kuntilanak 2.
Masih mengekalkan pelakon cilik dari filem pertama, filem ini bermula apabila ibu kandung Dinda datang mencarinya di rumah anak yatim yang diduduki olehnya bersama kanak-kanak lain.
Dia ingin meluangkan masa bersama Dinda serta mengajaknya tinggal seketika di rumahnya yang terletak di dalam hutan. Namun begitu, pemilik rumah anak yatim itu yang dipanggil Tante Donna tidak memberi kebenaran membuatkan Dinda dan rakan-rakan pergi tanpa pengetahuan Tante Donna.
Apa yang mereka tidak tahu bahawa bahaya yang menanti mereka di rumah tersebut. Apatah lagi, Dinda sekali lagi terpaksa berdepan dengan kemunculan semula Kuntilanak yang pernah dia kalahkan dahulu.
Tapi, kali ini agak berbeza apabila Kuntilanak kali ini turut mempunyai back up. Bagaimana agaknya, mereka akan melawan Kuntilanak kali ini ya?
Filem Kuntilanak 2 turut dibintangi oleh Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy dan Ciara Nadine Brosnan.
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Kuntilanak 2 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.
Menangi tayangan tiket perdana Remaja X Kuntilanak 2
Tarikh: 22 Julai (Isnin)
Masa: 8.45 PM
Tempat: TGV, One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem seram Indonesia, Pocong The Origin bakal menemui korang di pawagam dan yang bestnya, filem ini ditayangkan lebih kurang sehari dua sebelum hari raya.
Dah jadi satu kebiasaan bila ramai yang mengambil kesempatan untuk menonton wayang ketika hari raya kan? Jadi, selepas dah penat beraya di pagi hari, apa kata korang relaks sekejap untuk pergi menonton.
Pocong The Origin mengisahkan tentang mayat seorang penjenayah, Ananta yang mati di tali gantung harus dikebumikan di kampung halaman, Cimacan sebelum bulan purnama. Jika tidak, mayatnya boleh hidup semula kerana ilmu hitam yang diamalkannya sebelum meninggal dunia.
Lantas, anak perempuan Ananta, Sasthi dan pemandu van jenazah, Yama membawa jenazah tersebut ke Cimacan. Sepanjang perjalanan, ada saja halangan dan perkara mistik yang berlaku seakan tidak mengizinkan jenazah dikebumikan di situ.
Road movie
Kebiasaannya kita menonton filem seram yang berlatarkan rumah usang atau pun bangunan tinggal, tapi kali ini, Pocong The Origin memberi sedikit kelainan kerana hampir 80 peratus jalan ceritanya berkisarkan sepanjang perjalanan menghantar jenazah ke kampung halaman.
Melalui jalan hutan yang sunyi dan gelap, sudah tentu korang dapat mengagak apa yang bakal terjadi. Time ni dah ready la nak tutup mata dan telinga.
Kalau leka sikit, tup tup tiba-tiba korang akan menjerit sebab terkejut. Bayangkanlah situasi van jenazah yang rosak di tengah-tengah hutan pada waktu malam.
Memang menyeramkan.
Pelakon hebat
Filem yang berdurasi 90 minit ini menampilkan hero Eiffel Im In Love, Samuel Rizal dari sisi yang berbeza. Memegang watak Yama yang sedikit menghiburkan dengan pertuturan bahasa Jawa membuatkan penonton berasa agak janggal kerana mungkin tidak pernah melihat dia dengan karakter sedemikian.
Namun begitu, watak Yama dilihat menjadi antara yang terpenting kerana dia adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar jenazah sebelum waktu bulan purnama.
Selain Nadya Arina yang berperanan sebagai anak perempuan Ananta, Sasthi dilihat sebagai seorang anak yang taat dan tidak pernah menyalahkan ayahnya walaupun seorang penjenayah. Nilai kasih sayang yang ditonjolkan sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati penonton.
Cuma sayangnya filem ini sepertinya anti klimaks dan yang membuatkan ia nampak macam terburu-buru nak menamatkan cerita.
Okay taknak bagi spoiler, apa kata korang saksikan sendiri Pocong The Origin di pawagam berhampiran pada 4 Jun nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo.
“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” coretnya ringkas.
Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada aktor popular, Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.