
Dalam perkembangan terkini mengenai kepulangan para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan nasib pelajar program matrikulasi di seluruh negara.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) iaitu Adzman Talib, kementerian akan membenarkan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah, Kelantan dan Johor untuk pulang ke kediaman masing-masing bermula 9 hingga 17 Oktober ini.

Manakala, para pelajar di kolej matrikulasi di negeri lain pula dibenarkan pulang dari 10 hingga 18 Oktober ni.
Beliau turut berkata bahawa ibu bapa dan penjaga pelajar dibenarkan untuk memasuki ke kompaun koleh tersebut untuk bertemu pelajar namun harus mengikuti standard piawaian (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun, agak malang bagi pelajar yang berasal dari kawasan yang berada dalam zon merah apabila ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk hadir dan bertemu pelajar di kolej matrikulasi.
Malah, pelajar juga TIDAK DIBENARKAN untuk pulang ke rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah itu.
Ini demi menjaga keselamatan pelajar dan pentadbir di kawasan kolej sejagat.
Sabarlah guys. Bagi mereka yang masih keliru garis panduan yang telah dikemaskini oleh kementerian, KLIK DI SINI bagi mengikuti norma baharu yang ditetapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Ini Kesan-Kesan Sampingan Yang Perlu Anda Tahu

Heboh baru-baru ni tentang produk kosmetik yang ditarik balik notifikasi dan dilarang dijual dalam pasaran kerana mengandungi racun.
Rasanya dah selalu sangat kita dengar tentang produk kosmetik beracun ni tapi masih dalam kesamaran tentang kesahihannya.
Namun, Medical Mythbusters Malaysia telah pun membongkar senarai tujuh produk yang telah terlibat antaranya adalah seperti:
1. Nuriz Kosmetik – D’solve Plus (hydroquinone dan tretinoin)
2. Nuriz Shoppe – Beau One Whitening Cream 3 in 1 (hydroquinone)
3. Cantiqa Face Toner (hydroquinone)
4. Rzac Platinum Toner (hydroquinone)
5. Magic Cream (merkuri)
6. Dnars Sunny Cream (merkuri)
7. Night Cream Dollys Pinky (merkuri)

Produk -produk ini dilaporkan mengandungi tretinoin, hydroquinone dan juga merkuri. Kalau nak tahu sama ada produk kosmetik yang dipakai mengandungi bahan-bahan terlarang atau tidak, lihat saja keberkesanan mencerahkan kulit yang dijanjikan dalam masa yang sangat singkat.
Logik atau tidak?
Kesan sampingan
Masih ramai yang tidak sedar tentang betapa bahayanya ketiga-tiga bahan ini kepada kulit wajah. Sedikit pencerahan telah pun dilakukan oleh saudara Fahmi Hassan tentang kesan sampingan tretinoin, hydroquinone dan merkuri dalam produk kosmetik.

Tretinoin
Ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih. Kulit boleh menggelupas dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Bagi sesetengah orang pula, kulit boleh menjadi teruk seperti kesan melecur.
Hydroquinone
Ia akan menyebabkan kulit menjadi merah. Warna kulit juga akan berubah dan kulit menjadi terlalu sensitif. Kadar perlindungan kulit kepada sinar UV matahari akan berkurangan. Ini boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Merkuri
Ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit dan menyebabkan kerosakan bada buah pinggang dan sistem saraf. Jika anda mengandung, kesannya juga turut terkena pada bayi dalam kandungan dan mengganggu perkembangan otak mereka.

Jadi, bayangkan jika produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini disapu pada kulit wajah. Selepas itu, tangan yang memegang krim tersebut dimasukkan dalam mulut dan bahan-bahan tersebut diserap dalam tubuh anda.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Jangan hanya nak cepat nampak cantik, anda sanggup untuk menanggung risiko-risiko ini.
Sedarlah sebelum terlambat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk 71 Tahun Nikah Gadis 18 Tahun Di Subang, Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran

Kalau dah jodoh tak ke mana.
Walau berbeza usia namun sudah tertulis jodoh antara kedua insan ini.
Di Indonesia, viral kisah seorang datuk dikenali sebagai Abah Sarna berusia 71 tahun dari Kelurahan Majasari, Mukim Pagaden, Subang, Jawa Barat menikah dengan gadis, Noni berusia 18 tahun berasal dari Bunut Pangsor, Mukim Pagaden, Daerah Subang, Jawa Barat.
Perbezaan usia antara keduanya adalah 53 tahun.
Pernikahan keduanya mulai viral selepas dimuat turun di akaun facebook Ririn Priyanti
“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI,” (kalian kalah dengan lelaki tua, bujang jangan cemburu) tulis Ririn Priyanti


Sama seperti pasangan pengantin lain, ada majlis persandingan antara kedua mempelai ini. Mereka mengenakan gaun dan persalinan pernikahan berwarna putih dan pink. Malah menukar baju sehingga dua kali dengan warna berbeza.
Keduanya nampak begitu mesra dan langsung tidak kekok di hadapan orang ramai. Malah Noni tersenyum sipu saat dicium suaminya di hadapan orang ramai ketika majlis persandingan mereka.
Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran Mewah
Sama seperti pasangan pengantin lain, hadiah hantaran antara yang menjadi tumpuan.
Uniknya Noni dihadiahkan sebuah motosikal Honda PCX 150 (carian mendapati di Malaysia ia dijual RM11,844) selain barang keperluan rumah seperti tilam, almari dan kelengkapan rumah tangga yang lain). Dan kesemua barang hantaran itu dibawa dengan dua buah kenderaan yang mengiringi semasa majlis pernikahan mereka.


Wow, memang berada atuk nie!
Masa yang sama, Abah Sarna turut menyerahkan mas kahwin 11 gram emas selain wang Rp10juta rupiah (kira-kira RM3000)
Apa pun, semoga keduanya berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadi jangan risau kalau jodoh korang bukan rakan sebaya atau lebih muda kerana Allah sudah menentukan jodoh kita sejak di luh mahfuz lagi.Sumber : Tribunnews
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

Tinggal kurang lagi sebulan Pilihan Raya Umum (PRU14) akan diadakan. Kalau korang perasan, jalan raya pun dah penuh dengan bendera parti masing-masing.
Ramai yang tak sabar dan ada juga yang teruja kerana baru pertama kali nak mengundi. Namun begitu, jangan suka-suka sangat ye gaiss. Ada perkara yang perlu korang tahu, sekiranya melalukan perbuatan terbuat korang boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan denda.
Apa yang tak boleh buat tu?
1. Menerima makanan dan minuman daripada orang yang tidak dikenali

Kalau ada yang menawarkan makanan, minuman atau apa saja sebelum, semasa atau selepas proses pengundian, korang dinasihatkan untuk tidak menerima sebarang tawaran ni.
Terutamanya bila orang tu memberitahu ini adalah sebagai tanda terima kasih kerana mengundi. Sekiranya berlaku seperti situasi ini, pi jauh-jauh daripada mereka.
Sebab apa?
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 telah menegaskan bahawa penerimaan rasuah ini sebagai sebahagian daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Korang boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun, denda di antara RM1,000 dan RM5,000 dan digantung untuk mengundi selama 5 tahun.
Ingat, panas macam mana pun nanti beli air sendiri je kay? Hiks!
2. Membawa kertas undi keluar dari stesen mengundi

Dalam keadaan apa sekali pun, korang tidak boleh membawa kertas undi keluar dari stesen mengundi. Tidak kiralah sama ada kertas undi tersebut tidak digunakan, kosong at atau berlebihan.
Jika disebabkan oleh kesilapan petugas, kembalikan semula kertas undi yang berlebihan itu tadi dan bukannya membawa keluar dari stesen.
Sebelum keluar, make sure tak ada sebarang kertas yang mencurigakan di tangan dan poket baju/ seluar korang.
Kalau tak nanti, tak pasal-pasal korang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan digantung untuk mengundi selama 5 tahun.
3. Menunggu atau melepak di sekitar pusat pengundian selepas membuang undi

Lepas dah mengundi tu lebih baik korang terus balik, dah tak perlu la nak melepak-lepak lagi. Menunggu dalam jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi dianggap sebagai kesalahan pilihan raya seperti yang dijelaskan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
a. Dalam jarak 50 meter daripada had mana-mana stesen mengundi
b. Tunggu atau melepak, kecuali ketika menunggu giliran untuk masuk ke stesen mengundi
Sekiranya korang melakukan kesalahan-kesalahan ini, hukuman yang bakal diterima adalah penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
4. Pakai pakaian yang mempunyai logo parti

Pada hari pilihan raya nanti, korang tidak dibenarkan memakai sebarang pakaian yang mempunyai nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik.
Ini termasuk dalam Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana tidak ada seorang pun boleh berbuat demikian pada hari mengundi:
a. Dalam jarak 50 meter dari had mana-mana stesen pengundian, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, penutup kepala, perhiasan, botol air atau payung yang mempunyai nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.
Paling selamat, pakai je pakaian biasa yang tak ada kena mengena dengan pilihan raya. Kalau degil juga, korang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
5. Majikan tak beri masa yang cukup untuk pekerja pergi mengundi

Setiap majikan mesti memberi kebenaran untuk pekerja keluar mengundi jika tidak diberi cuti. Majikan juga tidak boleh potong gaji korang sesuka hati dengan alasan, tiada pada waktu kerja.
Majikan yang berbuat demikian bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000
Ha, nanti jangan ada yang berani nak buat macam-macam okay? Selamat mengundi!
Sumber: Ask Legal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

