Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, terutamanya pelajar dan di Indonesia, seramai 29 daripada 164 penuntut Malaysia di Jawa Timur didapati positif dalam pemeriksaan rapid test COVID-19 dan tidak dibenarkan pulang menaiki pesawat ke tanah air.
Menurut Bernama, semua pelajar Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Magetan, Jawa Timur perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 27 April lalu.
29 pelajar yang didapati positif COVID-19 kini sedang menjalani rawatan lanjut dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Ads
Gambar hiasan
Pada sidang media 19 April lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster COVID-19 baharu di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.
Kluster berkenaan melibatkan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia seramai 43 pelajar dari Temboro, satu daripada tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.
Ads
Apa-apa pun kita doakan agar kesemua pelajar Malaysia disana dilindungi dan cepat sembuh. Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia ini adalah satu usaha bagi mengelakkan penularan terus berlaku.
Ads
Semoga keluarga pelajar tersebut tabah menghadapi dugaan ini.
Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Pemain tengah Harimau Malaya dan juga Kapten Pasukan Selangor FC, Brendan Gan mengesahkan dirinya menghidap kanser testis dan bakal direhatkan buat sementara waktu bagi Liga Malaysia (Liga M) musim ini, lapor Kosmo! Online.
Lelaki berdarah kacukan Malaysia-Australia itu berkongsi menerusi laman Instagram yang beliau sudah melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut dan sedang menjalani proses pemulihan.
“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.
“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan,” tulis pemain berusia 33 tahun itu.
Malah, pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu turut bersyukur dikelilingi individu yang memberikan sokongan seperti ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.
“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” ujarnya.
Kanser alat sulit atau Testis boleh menyerang lelaki semuda 15 hingga 34 tahun. 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit.
Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor ok?
Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:
Testis tidak turun dari abdomen (cryptorchidism)
Masalah pembentukan sistem pembiakan (gonadal dysgenesis)
Sejarah kanser testis dalam keluarga
Pernah mengalami kanser yang sama
Menghisap rokok
Menghidap HIV
Simptom ia berlaku
Sekiranya ia berlaku kepada korang, mungkin akan muncul beberapa simptom terhadap individu termasuklah:
Muncul ketulan atau benjolan pada buah zakar
Skrotum berasa berat atau beban
Testis menjadi bengkak dan sakit
Sakit dalam perut atau pangkal paha
Keluar cecair dari skrotum secara tiba-tiba
Rasa sakit atau tidak selesa dalam zakar atau skrotum
Payudara menjadi besar dan sakit
Sakit pada bahagian belakang tubuh badan
testis
Seandainya ia telah merebak ke bahagian tubuh badan yang lain pula, mungkin ini perkara yang akan berlaku:
Sangat cepat penat
Hilang selera makan
Penyusutan berat badan yang ketara
Rasa sakit di bahagian abdomen
Sakit kepala
Sakit belakang
Batuk berdarah
Bengkak nod limfa
Sebelum ini, ketiadaan Brendan mengundang persoalan peminat bola sepak tempatan kerana tidak beraksi ketika skuad Gergasi Merah bertemu Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super minggu lalu.
Lebih menjadi tanda tanya apabila kesebelasan utama pasukan Selangor memegang jersi No.88 milik Brendan ketika sesi bergambar sebelum perlawanan.
Ok guys, selepas ni harap korang lebih peka ya?
Sumber : Kosmo! Online, Instagram Brendan Gan, Hello Doctor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan wabak koronavirus (Covid-19) membuatkan sebahagian penduduk dunia berada dalam keadaan panik sehingga mencetuskan pelbagai ‘malapetaka’ kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada jangkitan
Terbaru, menerusi data hasil kajian daripada pasukan saintis perubatan Universiti Perubatan Nanjing yang dikenali oleh Dr Jianging Wing, Ketua Bahagian Urologi di Hospital Suzhou, mendapati Coronavirus ini menjadi ancaman terbesar kepada pesakit lelaki.
Ia akan menjejaskan tahap kesuburan mereka kerana mendapati bahawa coronavirus COVID-19 biasanya menyerang ACE2 ( Angiotensin Converting Enzyme 2) dalam tisu manusia.
ACE2 (Angiotensin Converting Enzyme 2) paling banyak dijumpai pada jaringan buah pinggang dan testis, terutamanya sel tubular buah pinggang, sel-sel dan sel-sel Leydig dalam saluran-saluran seminiferous dalam buah zakar. Kerosakan yang dilakukan kepada tisu-tisu ini boleh meninggalkan luka, dan akibatnya menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.
Kajian itu telah dijalankan berdasarkan data yang mereka perolehi daripada 146 pesakit lelaki, namun ia akan dikaji semula dan boleh diakses secara dalam talian di medRxiv.
Ahli-ahli pasukan juga telah menasihati pakar perubatan dan doktor untuk memantau secara dekat fungsi buah pinggang pesakit lelaki mereka untuk memastikan mereka dapat mengesan apa-apa kelaianan semasa rawatan.
Jadi marilah kita menjaga kesihatan diri masing-masing dan terhindar dari penyakit bahaya ini.
Seorang tukang sapu di Thailand secara tidak sengaja menjadi perhatian ramai selepas videonya dimuat naik oleh seorang jurugambar dari Rusia tular di TikTok.
Jurugambar tersebut, Semyon Rezchikov, sering merakam potret individu yang ditemuinya semasa mengembara ke negara-negara baharu.
Kali ini, ketika berada di Chinatown, Bangkok, dia sempat merakam seorang wanita yang sedang menjalankan tugas sebagai penyapu jalan.
Dalam video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, kelihatan wanita itu yang dikenali sebagai Meen sedang bekerja di kawasan Jalan Yaowarat.
Lengkap dengan seragam rasmi Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), bertopi, serta membawa penyapu dan penyodok, Meen kelihatan fokus menjalankan tugasnya.
Satu momen menyentuh hati berlaku apabila Meen, yang sedang mengesat peluh menggunakan lengan baju, menyedari kehadiran kamera. Dia sempat merenung ke arah lensa tanpa sebarang senyuman. Namun sejurus ditunjukkan gambar polaroid miliknya, wajah Meen berubah ceria.
“Cantik,” katanya ringkas, sambil mengakui kemampuan berbahasa Inggerisnya agak terhad.
Video tersebut meraih perhatian daripada netizen yang memuji keaslian kecantikan Meen dan menyifatkannya sebagai ‘natural beauty’. Ramai turut meninggalkan komen positif dan menyokong wanita ini.
Meen turut membalas di ruangan komen untuk mengucapkan terima kasih kepada Semyon dan mereka yang memberi kata-kata semangat.
Malah, ada individu yang sempat menawarkan diri untuk menjadikan Meen sebagai ‘kanvas solekan’ dan meminta wanita itu membalas mesej yang dihantar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...