
Jika angka 432 satu jumlah menakutkan, ternyata angka 691 ibarat bom bagi seluruh rakyat Malaysia.
Jika dibanding semalam, terdapat peningkatan sebanyak 259 kes baru dari semalam sekaligus membimbangkan orang ramai. Dalam sidang media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 691 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 13,504 kes bagi 6 Oktober 2020.
Tapi ada sesuatu yang lebih menarik sebelum sidang media itu berlangsung, seramai 212 ribu sudah menanti di hadapan telefon masing-masing untuk mengikuti sidang media khas ini di page Kementerian Kesihatan Malaysia sekaligus membuktikan ramai yang cakna dan prihatin dengan kesihatan diri masing-masing.

Jika di Facebook KKM saja sudah diikuti lebih 200,000 itu belum termasuk page-page lain sekaligus membuktikan rakyat sememangnya ternanti-nantikan pengumuman penting ini.
Dalam pada itu, di sidang media berkenaan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 691 kes baru, 661 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 27 kes bagi bukan warganegara manakala 3 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 87 kes telah pulih menjadikan 10,427 pesakit telah pulih dan discaj.
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 141 kes.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengasuh Sorok Mayat Adam Dalam Peti Ais Hadapi 2 Tuduhan, ANIAYA & LUPUS MAYAT

Pagi tadi, kes kematian bayi berusia 5 bulan yang meruntun jiwa kebanyakan rakyat Malaysia berikutan disorokkan dalam peti ais didengari di mahkamah.
Pengasuh kepada bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui tidak bernyawa dalam peti sejuk mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menganiaya dan melupuskan mayat bayi itu, awal bulan ini.
Tertuduh, Noor Aqilah Abd. Rahman membuat pengakuan tidak bersalah itu dihadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Mengikut pertuduhan pertama, Noor Aqilah, 33, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas Adam Raykal Mohd Sufi Naeif didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala di sebuah rumah di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves antara jam 6.20 petang dan 6.50 petang 3 Julai 2018.



Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu didakwa melupuskan mayat mangsa dengan niat untuk menyembunyikan kematiannya bagi menyebabkan dia terlepas hukuman di lokasi dan masa yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai t-shirt warna ungu dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung. Ibu tertuduh turut hadir bersama keluarganya mengikuti prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Sm Arunjothi membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh atas alasan kes itu berkepentingan awam dan menarik perhatian orang awam.
Bagaimanapun peguam Dinesh Mutal memohon jaminan diberikan dengan kadar minimum memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan dan masalah ekonomi keluarga. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan supaya melapor diri di balai polis dua kali sebulan.
13 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Malaysia Ada Atlet Berbakat Dan Jaguh Muay Thai” Jojo Dipelawa Khabib Untuk Berlatih Di Dagestan

Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”

“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.

“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Ini Berdepan Kematian, Peliknya Saat Dia Menyebut Allahuakbar 3 Kali, Ular Tedung Selar Terus Tunduk & Berlalu Pergi

Seorang wanita cantik terselamat dari maut sekali pun ajal sudah menanti dihadapannya.
Saat berhadapan detik cemas itu, dia hanya menyebut Allahakbar (Allah Maha Besar) sebanyak tiga kali secara perlahan-lahan sambil matanya memandang ke arah ular tedung selar berkenaan.
Ajaibnya, ular berbisa sepanjang 3 meter yang ketika itu sudah mengembangkan kepala dalam keadaan “berdiri” tegak, seakan faham bahawa kita semua adalah makhluk ciptaan Allah.

Terbukti kalimah Allahuakbar ini bukan saja mampu memberikan semangat tetapi mampu menundukkan binatang bisa yang juga makhluk Allah.
Buat sesiapa yang berhadapan dengan detik cemas, jangan sesekali panik. Ingatlah Allah. Perkataan Allah Maha Besar ini ternyata memiliki keajaibannya
Berkongsi detik cemas dilalui baru-baru ini, kongsi Roshaliza Abdul Razak ketika itu dia sedang leka membaca majalah Mingguan Wanita di ruang dapur rumahnya selepas selesai solat Zuhur dan dalam keadaan berwuduk lagi di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri, Sungai Petani.

Sebaik mengangkat kepalanya, dia terperanjat kerana ular tedung selar sudah tegak dihadapan tubuhnya. Ketika itu dia hanya terfikirkan mati sebelum lidahnya basah menyebut kalimah Allahuakbar dengan perlahan.
Sebaik selesai menyebutnya, ular yang mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa minit ini terus menyusur ke bawah almari di rumahnya.
Bacaan di Wikipedia menyatakan, dalam rahang ular ini tersimpan kira-kira 7 ml bisa. Dengan sekali semburan dan patukan, bisa ular ini mampu membunuh seekor gajah dan 20-30 orang manusia. Gerunkan.

Lebih ajaib, sebaik ular itu menyusur, bagaikan faham nyawa tuannya masih belum selamat, kucing peliharaan yang dipanggil Meow seakan faham “bahasa’ apabila Roshaliza memberi arahan untuk menunggu di tempat ular tedung selar bersembunyi sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat dipanggil untuk menangkap ular berkenaan.
Roshaliza yang berketurunan Daeng Perani (kisah lima bersaudara bangsawan Bugis yang terlibat dalam agama dan politik di Kedah pada zaman dahulu berkata, kucingnya setia menunggu di tepi almari dalam keadaan jarak tiga kaki sahaja dari ular berkenaan sehinggalah pihak Bomba datang menghulurkan pertolongan.

“Bagi saya, ini satu pengalaman menakutkan. Saya sendiri tak sangka yang Meow “faham bahasa” untuk menunggu di hadapan almari berkenaan lebih 45 minit sebelum pihak Bomba datang lalu menangkap ular ini.
Memberikan sedikit petua andai berhadapan situasi cemas, kata Roshaliza atau disapa Liza, inilah diamalkannya.
Sebutlah perkataan Allahuakbar dengan perlahan. Janji sebutan nama Allah ini didengari oleh binatang buas atau berbisa.
Tarik nafas dalam-dalam selepas melihat ular pergi. Jangan panik. Jangan terus bergerak kerana ia mampu menarik kembali perhatian ular. Ular tak akan teragak-agak mematuk kalau terasa dirinya terancam.
Selepas ular menjauh, barulah ambil tindakan pantas dengan menghubungi pihak Bomba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

