Berita

“2016 Tahun Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang Tidak Pernah Saya Bayangkan Suatu Hari Nanti Akan Jadi Suami Saya -Mimi Lana

Share

Sedekad lalu, Mimi Lana tidak pernah menyangka pertemuannya dengan seorang lelaki tertentu akan mengubah hidupnya sepenuhnya.

Kini, kisah itu menjadi inspirasi ramai, terutamanya buat mereka yang percaya pada kuasa takdir dan kesabaran dalam menanti cinta sejati.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon jelita berusia 30 tahun ini berkongsi beberapa keping foto lama yang dirakam sekitar tahun 2016, sekali gus mengimbau kenangan manis yang tidak ternilai.

Apa yang lebih menyentuh hati, tahun tersebut juga menjadi detik awal pertemuannya dengan suaminya, aktor popular Syafiq Kyle. Mimi berkongsi bahawa ketika itu dia tidak pernah membayangkan lelaki itu suatu hari akan menjadi pasangan hidupnya.

“2016 merupakan tahun saya bertemu dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya bayangkan suatu hari nanti akan menjadi suami saya.

“Lagu yang sama sering diputarkan berulang kali ketika itu. Begitu banyak perkara telah berubah dan berkembang sepanjang 10 tahun ini. Saya benar-benar bersyukur,” coretnya.

Untuk rekod, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kini sah bergelar suami isteri selepas majlis pernikahan mereka berlangsung di Taiping, Perak pada 14 Februari tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath