Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan rakyat Malaysia, malah turut dirasai oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Siti Nurhaliza menyifatkan berita duka itu sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kerana Allahyarhamah dianggap sebagai sosok ibu yang sentiasa menitipkan kata-kata semangat, kasih sayang dan inspirasi kepada masyarakat.
“Hati saya sangat sedih menerima berita duka ini. Saya merasakan seolah-olah kehilangan seorang ibu yang begitu dekat di hati.
“Tun Hasmah bukan sahaja seorang negarawan yang disegani, tetapi seorang wanita yang sangat lemah lembut, penyayang dan sentiasa membuatkan sesiapa sahaja berasa dihargai apabila berada di samping beliau.
Lambang Kasih Seorang Ibu
Menurut Siti, keperibadian Allahyarhamah yang penuh dengan sifat penyayang dan rendah hati membuatkan Tun Hasmah dekat dengan hati masyarakat daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang.
Ads
Malah, beliau menyifatkan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai lambang kasih seorang ibu buat seluruh rakyat Malaysia.
“Tun Hasmah umpama lambang kasih seorang ibu kepada seluruh rakyat Malaysia. Senyuman, kelembutan tutur kata dan sifat prihatin beliau akan sentiasa dikenang.
“Saya berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama insan-insan terpilih serta dalam kalangan orang beriman.
“Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang amat menyedihkan ini,” ujar penyanyi itu lagi.
Ads
Jasa Dan Kasih Sayang Terus Dikenang
Bagi Siti Nurhaliza, pemergian Tun Hasmah mungkin mengakhiri sebuah perjalanan di dunia, namun segala jasa, kasih sayang serta inspirasi yang dicurahkan Allahyarhamah akan terus hidup dalam ingatan rakyat Malaysia.
Katanya, kepergian sosok ibu yang begitu disayangi itu pastinya meninggalkan ruang kosong yang sukar untuk diisi.
Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini.
Menerusi perkongsian di Threads, penyanyi berkenaan dilihat sugul dan tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi jenazah Allahyarhamah.
Siti turut dilihat mengucup jenazah Tun Siti Hasmah yang kini berada di kediamannya di Seri Kembangan.
Menerusi hantaran sama, kelihatan juga Tun Dr Mahathir yang turut berada dalam suasana dukacita, setia di sisi isteri tercinta pada saat-saat terakhir sebelum Tun Hasmah disemadikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal iaitu melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.
Perkhabaran mengenai keadaan kesihatan Seri Paduka Baginda dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Istana Negara hari ini.
Dinasihatkan Berehat, Tangguh Hadiri Majlis Rasmi
Menurut kenyataan tersebut, Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, Istana Negara turut memaklumkan bahawa majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam juga telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain.
Akan Kembali Bertugas Selepas Kesihatan Pulih
Walau bagaimanapun, Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda akan kembali menjalankan tugas rasmi seperti biasa selepas keadaan kesihatan baginda bertambah baik.
“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,” menurut Istana Negara.
Perdana Menteri Titip Doa Buat Seri Paduka Baginda
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan doa agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik.
Beliau mendoakan Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan dan terus berada dalam lindungan, rahmat serta inayah Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau dalam isu memboikot barangan atau perniagaan yang dikaitkan dengan Israel. Ini termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau sehingga memberikan keaiban kepada mana-mana pihak”
Kredit: Bernama
“Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel tidak boleh diterima sama sekali dan tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadab, melampau serta di luar batas kemanusiaan” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Beliau memberi peringatan itu ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaib dan mengganggu pelanggan menunggu giliran membeli makanan secara pandu lalu di sebuah restoran makanan segera.
Sekaligus mengenai gerakan #Blockout2024 yang bertujuan untuk memboikot selebriti atau pempegaruh yang tidak menggunakan medium media sosial sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Tambah beliau, apa juga tindakan yang diambil dalam kempen solidariti wajar dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. Selain itu, Datuk Dr Mohd Na’im juga menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelak tindakan yang boleh mengundang keresahan awam.
Sekadar info, gerakan #Blockout2024 adalah kempen yang berasal dari luar negara mendapat perhatian orang ramai bagi memboikot selebriti atau pempegaruh yang bekerjasama mempromosikan produk yang didakwa memberi sumbangan kepada Zionis.
Kredit: alhijrah online
Sementara itu, April lalu tular di media sosial video yang menunjukkan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Kuantan yang dilakukan beberapa individu. Susulan kejadian itu, polis telah menahan lima orang kerana disyaki mengugut pelangan berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korea Selatan isytihar amaran merah gara-gara wabak demam babi Afrika (ASF) selepas kes terbaru dikesan di sebuah ladang ternakan babi di daerah Yeoncheon, wilayah Gyeonggi. Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, kes ini disahkan pada malam Ahad, menjadikannya kes kelima tahun ini selepas kali terakhir dilaporkan pada Julai lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, bagi mengawal keadaan, pihak berkuasa mengeluarkan arahan henti operasi selama 48 jam kepada semua ladang babi dan kemudahan berkaitan di kawasan terjejas sehingga jam 8 malam Selasa waktu tempatan. Langkah kecemasan ini diambil untuk mengelakkan penyakit terus merebak ke kawasan lain.
Tindakan Drastik Pihak Berkuasa
Pasukan kuarantin khas telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman di kawasan sekitar serta mengawal akses keluar masuk ladang. Selain itu, proses pelupusan babi yang dijangkiti turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan.
ASF atau African Swine Fever merupakan penyakit berjangkit serius yang hanya menyerang babi domestik dan babi hutan. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya kepada manusia, ia boleh menjejaskan ekonomi dengan teruk kerana tiada vaksin atau rawatan khusus untuk haiwan yang dijangkiti.
Apa Pengajaran Untuk Kita?
Wabak ini mungkin kedengaran jauh dari Malaysia, tapi ia memberi isyarat jelas bahawa kesihatan haiwan juga penting dalam menjaga kestabilan makanan dunia. Apabila sektor ternakan terjejas, harga daging boleh meningkat dan memberi kesan kepada pengguna.
Sebagai remaja, kita boleh belajar bahawa disiplin menjaga kebersihan, sistem kawalan biosekuriti, dan langkah pencegahan awal amat penting dalam mengekang penularan penyakit. Isu ini juga mengingatkan kita bahawa dunia global saling berkait — masalah di satu negara boleh memberi kesan kepada negara lain.
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.