20 Kluster Pendidikan Dikenal Pasti Oleh KKM, Netizen Saran Guru Terima Suntikan Vaksin Segera

Share

Sudah setahun lamanya masyarakat Malaysia menghadapi situasi wabak pandemik COVID-19 yang nampaknya masih belum reda dan masih lagi menular. Virus ini masih wujud di kluster-kluster yang membabitkan orang ramai di serata negeri.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga memaklumkan terdapat peningkatan kluster pendidikan melibatkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negeri.

Sehingga kini terdapat 20 kluster telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan peningkatan daripada jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.

Foto: Kosmo

Apabila terdapat kes positif yang dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan pelajar, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disindeksi.

Untuk tujuan kawalan, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara bagi pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.

Foto: BERNAMA

Pihak sekolah juga perlu diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kenyataan ini menerima maklum balas daripada masyarat di ruangan komen Facebook Astro Awani yang mencadangkan agar sesi persekolahan dilakukan secara bergilir-gilir.

Ada juga yang menyarankan agar para guru diberikan suntikan vaksin terlebih dahulu kerana mereka juga merupakan frontliners.

Masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin bagi mencegah penularan virus COVID-19. Rakyat berharap agar individu yang bergelar guru diberi keutamaan juga bagi mendapatkan vaksin terlebih dahulu kerana mereka juga memainkan peranan besar dalam masyarakat Malaysia.

Sumber: Astro Awani

IKLAN