Dua pensyarah muda dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengharumkan nama negara apabila menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) di University of Oxford, United Kingdom. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dunia akademik, malah menjadi inspirasi besar buat anak muda Malaysia yang bercita-cita tinggi.

Mereka ialah Dr Fitri Fareez Ramli, 37, yang menamatkan pengajian dalam bidang Psikiatri dengan tajaan Yayasan Khazanah, serta Dr Azlan Helmy Abd Samat, 42, yang menamatkan pengajian dalam bidang Sains Perubatan Kardiovaskular dengan tajaan Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kajian yang beri impak besar dunia perubatan

Dr Fitri Fareez menumpukan penyelidikannya terhadap penggunaan ubat ebselen, iaitu ubat yang masih belum dipasarkan tetapi berpotensi menjadi alternatif kepada lithium bagi rawatan penyakit bipolar dan kemurungan. Kajian beliau membuktikan bahawa ebselen mempunyai cara kerja seakan lithium, namun dengan profil kesan sampingan yang lebih baik. Atas sumbangan penyelidikan ini, beliau menerima beberapa anugerah berprestij termasuk President’s Recognition for Young Investigators Award daripada International College of Neuropharmacology (CINP).

2 Pensyarah UKM Raih PhD Di Oxford, Angkat Nama Malaysia Di Persada Dunia!
Dari kiri Dr Fitri Fareez dan Dr Azlan Helmy, masing-masing telah mengharumkan nama UKM setelah berjaya menamatkan pengajian PhD di University of Oxford sekali gus membuktikan keunggulan akademia tanah air di persada antarabangsa.

Menurut laporan Sinar Bestari, selain itu, beliau juga seorang yang berbakat dalam seni lukisan. Karya-karyanya yang bertemakan kesihatan mental pernah dipamerkan di National Army Museum dan Royal Lancaster London, sekaligus melayakkan beliau menerima Race Equality Recognition Award daripada Department of Psychiatry, University of Oxford.

Ads

Sementara itu, kajian Dr Azlan Helmy pula memberi fokus kepada diagnosis penyakit jantung dengan menggunakan electrocardiography (ECG) yang dibandingkan dengan hasil imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Kajian beliau berjaya membuktikan potensi ECG sebagai alat diagnosis berketepatan tinggi, khususnya bagi pesakit Covid-19 dan Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM), iaitu penyakit genetik yang sering dikaitkan dengan kematian mengejut. Penyelidikan beliau diiktiraf melalui Early Career Award for Translational Research di Persidangan Society of Cardiac Magnetic Resonance (CMR), London.

Inspirasi untuk generasi muda Malaysia

Kedua-dua pensyarah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah aktif dalam pelbagai projek penyelidikan antarabangsa. Kini, mereka telah kembali ke tanah air untuk menyumbang kepakaran dalam bidang perubatan serta membuka jalan kepada kajian baharu yang memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Ads

Kejayaan Dr Fitri Fareez dan Dr Azlan Helmy membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar dunia. Buat remaja hari ini, kisah mereka adalah bukti bahawa tiada yang mustahil jika kita berani bermimpi, berusaha keras dan konsisten dalam mencapai impian.

Ads

Pesan untuk remaja: Jika mereka boleh melakar kejayaan di University of Oxford, anda juga mampu cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diminati!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads