18 Pelajar Disahkan Positif COVID-19, #SuaraPelajar Trending Di Twitter

Share

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesi sekolah secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia serta peperiksaan antarabangsa yang setara dengannya bagi sesi 2020 dan 2021.

Sumber Gambar : Harian Metro

Hari ini 20 Januari 2020 merupakan hari pertama persekolahan buat calon yang bakal menduduki SPM dan STPM setelah beberapa kali tertunda akibat pandemik maut ini. Namun, semalam mencatatkan 18 kes baru positif Covid-19 yang melibatkan pelajar di Sabah.

Hal ini sudah tentu menyebabkan kebimbangan dikalangan pelajar sehingga trending di Twitter dengan #SuaraPelajar dan ramai pelajar meluahkan perasaan dan pendapat mereka akan menduduki peperiksaan dalam situasi pandemik yang masih belum terkawal.

Rata-rata warganet yang terdiri daripada pelajar juga meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 . Terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan di kala pandemik COVID-19 kian memuncak.

Ramai faham kepentingan untuk menduduki peperiksaan, tetapi rata-rata pelajar mahukan jalan penyelesaian yang baik dan menyakinkan untuk mereka hadir ke sekolah tanpa perasaan takut.

 

 

Namun ada juga yang tidak mahu peperiksaan penting ini ditunda lagi.

*

Hmmm…..Apa-apa pun mari la kita berdoa bersama-sama agar pandemik ini cepat reda dan berakhir. We know it is a lot to take in. Namun, adakah korang rasa Sektor Pendidikan perlu melakukan penundaan SPM dan STPM ini lagi?

IKLAN