Rasanya semua pengguna Apple sudah sedia maklum dengan iOS yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.
iOS 13 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna umum secara rasmi pada September tahun ini. Antara iPhone yang menyokong iOS 13 adalah seperti berikut:
• iPhone SE
• iPhone 6s, iPhone 6s Plus
• iPhone 7, iPhone 7 Plus
• iPhone 8, iPhone 8 Plus
• iPhone X
• iPhone Xr
• iPhone Xs, iPhone Xs Max
Terdapat beberapa fungsi baru yang menarik bagi korang yang akan mengupdate sistem iOS ini. Jom kita lihat antara yang menarik.
1. Sign In With Apple
Sejak skandal data di Facebook yang membolehkan Cambridge Analytice mengakses sekitar 87 juta profil pengguna socmed tersebut, privasi pengguna mula dipandang serius oleh Apple. Fungsi Sign In With Apple dikatakan lebih selamat kerana data peribadi tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga.
2. Dua kali lebih pantas
Apple kini menjanjikan akan memberi dua kali ganda lebih pantas berbanding iOS 12, 30 peratus kelajuan Face ID dan muat turun aplikasi 60 peratus lebih rendah.
3. Dark mode
Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan fungsi dark mode pada iOS 13 dan iPadOS. Mod gelap akan dipapaparkan pada semua aplikasi dari Apple, termasuklah paparan lain seperti notifikasi dan lain-lain.
Ads
4. Find My
Jika sebelum ini ia dibahagikan kepada dua iaitu Find My iPhone dan Find My Friends, iOS telah menggabungkan kedua-dua aplikasi ini menjadi satu dan dikenali sebagai Find My.
Aplikasi ini berfungsi walaupun tiada sambungan internet selular atau WiFi. Kalau korang kehilangan peranti, korang boleh mengaktifkan fungsi Find My dan seterusnya ia akan memancarkan isyarat lokasi hanya menggunakan Bluetooth.
iPhone yang berhampiran akan mengesan isyarat peranti yang hilang dan menghantar isyarat lokasi kepada korang.
5. Edit Video & Gambar dengan lebih baik
Apple telah memperkenalkan fungsi suntingan terbaru di aplikasi Photos. Korang kini boleh edit gambar dan video dengan setting dan filter yang sama. Ada banyak pilihan yang diperkenalkan, termasuklah video yang boleh rotate.
6. Portrait Light boleh dikawal dan dilaras
Dalam iOS 13, korang boleh mengawal arah sumber cahaya, dedahan, kekuatan kesan khas, sejauh mana kulit wajah dilembutkan dan macam-macam lagi. Gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dengan hanya menggunakan sebuah iPhone.
Ads
7. Siri yang lebih kedengaran lebih real
Siri tidak mahu ketinggalan jauh daripada Google Assistant kerana kedengaran seperti manusia sebenar. Pada waktu ini Siri masih kedengaran seperti robot dan ia akan menjalani penambaikan supaya turut kedengaran seperti manusia sebenar.
8. Pilihan WiFi dan Bluetooth di Control Center
Kalau sebelum ni korang kena pergi ke setting terlebih dahulu untuk membuka WiFi dan Bluetooth, iOS 13 tak perlu lagi. Ia boleh dilakukan hanya dengan Control Center.
9. Sambungan kad SD dan USB flash storage
Korang boleh memindahkan fail dan data dari kad SD atau USB flash storage ke aplikasi files yang ada di iPad atau iPhone.
10. Sambungan kawalan DualShock 4 dan Xbox One S
Menerusi iOS 13, iPhone dan iPad kini boleh disambungkan dengan alat kawalan permainan konsol DualShock 4 PS4 dan Xbox One S untuk korang bermain game.
Ads
11. Dolby Atmos
Apple telah memberikan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang lebih baik bagi memberi pengalaman menonton video, bermain game dan mendengar lagu.
12. Music kini memaparkan lirik
Lepas ni bolehlah korang berkaraoke sebab aplikasi Music di iPhone atau iPad sudah menyediakan paparan selari dengan rentak lagu yang dimainkan. Dah tak payah nak google lirik lagi. Hiks!
13. QuickPath di papan kekunci
Berfungsi seakan Swype untuk menaip tanpa jari diangkat dari skrin boleh dilakukan walaupun dengan hanya sebelah tangan. Ianya lebih mudah bagi mereka yang tidak suka menggunakan papan kekunci pihak ketiga pada iPhone.
14. Pelekat emoji
Selepas iPhone X memperkenalkan Animoji, kini menerusi iOS 13 Apple memperkenalkan ciri seperti Animojo yang dikenali sebagai Memoji. Ada banyak pilihan aksesori telah ditambah bagi membolehkan penghasilan avatar 3D peribadi yang lebih realistik.
15. Fungsi baru aplikasi Health
Apple Health kini boleh mengesan kitaran haid dan tempoh subur wanita. Pengguna wanita akan diberikan notifikasi bila waktu haid akan tiba. History kitaran haid juga boleh disimpan untuk melihat tahap kesuburan.
16. Paparan seakan Google Street View
Fungsi terbaru “Look Around” diperkenalkan oleh aplikasi Maps untuk iOS 13. Ia membolehkan korang melihat paparan jalan yang ingin dituju seperti yang ada dalam aplikasi Google Street View.
Mana-mana individu yang baharu sahaja mendapatkan telefon pintar pasti tidak akan sabar untuk pulang ke rumah, membuka pek bungkusan lalu terus menggunakannya.
Namun tidak bagi seorang wanita dari Amerika Syarikat bernama Karen Green.
Sejak membeli telefon pintar iPhone generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2007, Karen dikatakan masih rapi menyimpan iPhone tersebut tanpa membuka pek bungkusannya waima plastik yang membaluti kotak tersebut!
Foto Hiasan: Pek bungkusan iPhone generasi pertama.
Memetik laporan Business Insider, telefon pintar yang mempunyai kamera dua megapixel dan storan 8 gigabait (GB) itu telah diterima Karen sebagai hadiah setelah dia baru sahaja mendapatkan pekerjaan baru.
Karen bagaimanapun memilih untuk tidak menggunakan iPhone berkenaan pada waktu itu kerana dia telahpun memiliki telefon baharu dan iPhone baginya tidak serasi dengan perkhidmatan rangkaian sedia ada yang dilanggan olehnya.
Lalu, Karen bertindak untuk membalut kotak iPhone tersebut dengan baju tidur dan menyimpannya di dalam gerobok pakaian.
Sehinggalah pada bulan Oktober baru-baru ini, Karen mendapati telefon pintar iPhone generasi pertamanya itu masih dalam simpanannya dan bertindak melelong menerusi LCG Auctions iaitu rumah lelongan yang mengendalikan jualan.
Siapa sangka, ramai pihak berminat untuk membeli iPhone tersebut daripada Karen dan ia berjaya dilelong pada nilai $US39,339.60 atau RM167,508.02.
Whoa!
Spesifikasi iPhone generasi pertama.
Kongsi pihak LCG Auctions, ramai dalam kalangan pembida mempunyai minat yang sama untuk mengumpul telefon lama. Kini, pemilik baharu iPhone itu dikatakan bakal melelongnya semula dan ia dijangka mampu terjual pada nilai $US50,000 atau RM212,000.
Sebagai info, harga asal telefon pintar iPhone generasi pertama pada tahun 2007 dengan storan 4GB adalah $US499 atau RM1,911 manakala storan 8GB pula dijual pada harga $US599 atau RM2,550.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fail gambar, video dan dokumen tak boleh transfer ke PC..
Macam familiar?
Biasalah, bila sudah gunakan smartphone untuk tempoh lebih 4 ke 5 tahun, semua masalah ‘keturunan’ ni akan melanda korang. Nak tukar phone, sayang. Ataupun bajet tiada.
Haa, Samsung ada berita baik untuk korang yang mencari-cari alasan untuk menukar. Hujung minggu lalu, Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan kempen #iChanged di mana ia menampilkan pengguna baru Samsung yang telah bertukar ke jenama tersebut disebabkan tarikan fungsi baru smartphone Samsung.
Galaxy S10 terbaru juga mempunyai fingerprint sensor.
Salah satu tarikan tersebut ialah perisian Smart Switch yang membolehkan penggunanya bebas mengalihkan (transfer) foto, muzik, video dan contacts korang daripada telefon pintar sedia ada ke telefon Samsung yang baru. Ia menampung peranti iOS dan Android, jadi korang tak perlu risau.
Kempen ini juga menggalakkan korang untuk mencuba model telefon terbaru Samsung seperti Galaxy S10 dengan cukup mudah. Hanya untuk tempoh 2 bulan saja dari 31 Mei hingga 31 Julai 2019, Samsung menyediakan promosi yang –boom! – out of this world.
Korang boleh trade in telefon pintar lama (yang sudah bermasalah lah..) untuk mendapatkan Galaxy S10 dan gajet percuma berupa 1 Galaxy Buds bernilai RM499!
Bagi yang tidak mahu trade in dan hanya ingin membeli Galaxy S10, korang pun akan pulang bersama Galaxy Fit-e bernilai RM139, secara percuma.
Baru-baru ini, sekumpulan kecil penduduk dunia bertuah telah menerima sebuah bungkusan yang kecil namun membawa makna yang besar kepada diri mereka.
Tidak, ia bukanlah bungkusan surat layang.
Ia merupakan hadiah istimewa oleh Samsung Electronics kepada peminat Samsung Galaxy terpilih sempena pelancaran model telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Fold.
Yes it is happening guys. Telefon pintar pertama yang boleh dilipat akan menemui pasaran tak lama lagi.
Mereka ini telah menerima jemputan eksklusif ke pelancaran The First Fold experience, DAN mereka adalah di antara orang pertama yang telah mencuba telefon pintar Galaxy Fold.
Ia merupakan inovasi terbaru dalam industri telefon pintar dalam tempoh 1 dekad ini. Dalam video teaser pertamanya, seorang penari dilihat menutup Galaxy Fold seakan menutup beg tangan miliknya.
Dalam pada itu, pihak kamera Samsung juga berjaya merekodkan reaksi wajah beberapa selebriti terkenal yang menerima bungkusan tersebut. Ia termasuklah pemain bola sepak Jerman Mario Gotze, produser muzik Steve Aoki, pelakon Millie Bobby Brown dan ramai lagi.
Dalam video ini, kita sekarang tahu bahawa pengguna Galaxy Fold boleh membuka 3 aplikasi secara serentak dalam skrin yang sama.
Lihat kompilasinya dalam video ini.
Persoalan jika ada selebriti dari Malaysia yang menerima bungkusan jemputan Galaxy Fold ini masih belum terungkai. Antara duta latest yang dilantik oleh Samsung ialah Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli. Namun mereka hanyalah mewakili model telefon pintar Galaxy A70 dan 80.
Tidak mungkin tiada wakil Malaysia yang dijemput. Cuma mungkin mereka belum memperolehi bungkusan ini…
Haih, kalaulah boleh dapat Samsung Galaxy Fold sekarang.
Ia dilaporkan akan dijual pada harga RM8,063 dan mempunyai versi 4G dan 5G pada masa hadapan.
Terdapat ENAM kamera (3 di belakang, 2 di dalam dan 1 di hadapan agar korang boleh mengambil gambar dengan apa cara sekalipun, folded or not.
Ia juga mempunyai 1 bateri di setiap belah. Adakah itu bermakna korang masih boleh menggunakannya jika bateri di satu belah sudah ‘mati’?
Hhm, sama-sama kita nantikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Thailand sempena Aidilfitri akibat krisis bahan api di Thailand, dengan stesen minyak mengehadkan pembelian petrol untuk kenderaan asing.