Filem seram antara genre favorite masyarakat Malaysia yang sering kali mendapat sambutan jika ditayangkan di pawagam. Bagi korang yang memang suka dan tercari-cari filem seram apa yang nak ditonton, berikut kami senaraikan antara 15 filem seram yang best dan berbaloi
1. Friend request
Apabila seorang pelajar kolej menolak permintaan rakan oleh seorang gadis misteri dalam laman sosial, dia mendapati dirinya terpaksa berhadapan dengan roh jahat yang mahu membunuh rakan-rakan baiknya.
2. Ghost Coins
Filem seram ini mengisahkan tentang dua orang pelajar bernama Ton dan Jack yang popular dengan video yang dibuat mereka iaitu mencabar dan menghina kepercayaan tahayul. Mereka kemudiannya telah merancang untuk melakukan `prank` terhadap Tor, iaitu adik kepada Ton, dengan membawanya ke tanah perkuburan untuk membalas dendam selepas Tor melukai hati Bee yang merupakan gadis kesayangan Jack.
Mereka merancang mahu menggari tangan Tor dengan tulang mayat, namun mereka terjumpa mayat yang mana di dalam mulutnya terdapat duit syiling. Ton yang tamak telah mengambil duit syiling itu dan tiba-tiba mayat tersebut mula bergerak dan Tor yang ketakutan telah melarikan diri. Mereka kemudiannya telah sesat dalam kegelapan dan terpaksa mencari jalan keluar.
3. Ghost Wife
Seorang pelajar sekolah tinggi, Nard, menjalin hubungan dengan Mac, seorang senior di sekolahnya. Apabila Nard hamil, ibunya memujuknya supaya menggugurkan bayi itu manakala ibu Mac memaksa lelaki itu memutuskan hubungan dengan Nard dengan menghantarnya belajar ke luar negara.
Bagaimanapun, Nard mati ketika sedang menggugurkan anaknya. Dia kembali sebagai hantu dan mula menghantui apartment yang pernah didiaminya sebelum ini.
4. Makmum
Diadaptasi dari filem pendek yang berkisar mengenai entiti menakutkan yang mengganggu seorang wanita ketika sedang menunaikan solat.
5. Don’t Knock Twice
Filem arahan Caradog W. James ini mengisahkan tentang Jess, seorang ibu yang terdesak untuk kembali berhubung dengan anak perempuannya, Chloe. Dia kemudian mendapati Chloe terlibat dengan kuasa sihir yang disangkanya hanya mitos ahli sihir.
6. Gonjiam: Haunted Asylum
Menurut penduduk tempatan, Hospital Gonjiam Psychiatric secara tiba-tiba telah ditutup pada tahun 1990 berikutan beberapa siri kematian misteri pesakit. Kini, seorang wartawan penyiaran ambil keputusan untuk merakam rancangan yang diberi judul “Horror Times” di tempat itu.
Dia telah mengambil beberapa orang yang sanggup meneroka kawasan berhantu itu ketika bersiaran langsung. Tidak lama kemudian roh terseksa mula keluar dari kegelapan dan menunjukkan mengapa tempat itu adalah tempat paling berhantu di Korea.
7. The Exorcism of Emily Rose
Filem ini mengisahkan seorang budak yang bernama Anneliese telah dirasuk dan dikatakan salah satu rakaman audio di dalam babak filem tersebut merupakan rakaman asal yang telah direkodkan semasa upacara menghalau syaitan dilakukan. Kisah ini terjadi pada 49 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1968.
8. The Possession
Diangkat daripada kisah benar menceritakan tentang seorang remaja wanita yang membeli sebuah kotak antik yang dijual di laman Ebay. Tanpa disedari rupa-rupanya kotak tersebut adalah kotak puaka yang sesiapa sahaja memilikinya akan berhadapan dengan kejadian paranormal.
9. Ghost Ship
Pada satu malam, kapten bot dan anak kapal Nong bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran mereka. Tetapi mereka telah terjumpa sesuatu mengejutkan iaitu mayat isteri pemilik bot bernama Mia yang digantung di tiang bot. Penemuan mayat itu mencetuskan kekecohan di antara anak kapal.
Kapten itu mengambil keputusan untuk membuang mayat itu di tengah laut. Bagaimanapun perkara lain terjadi apabila mayat yang disembunyikan di bilik enjin hilang. Roh Mia telah bebas dan mencetuskan panik di tengah lautan. Mia telah mengganas, dan anak kapal tidak dapat melarikan diri. Keadaan semakin teruk apabila ribut melanda. Cara untuk menyelamatkan bot dan semua orang adalah dengan mencari mayat Mia.
10. Hell Fest
Sekumpulan rakan mengunjungi taman tema yang dipanggil Hell Fest. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas. Dia telah menyerang rakan-rakan itu tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.
11. Munafik 2
Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.
12. Beddua: The Curse
Bertahun selepas tamat pengajian, hubungan persahabatan Melek, Burcu, Eda dan Ayla masih lagi kukuh. Bagaimanapun, selepas bertemu dengan seorang pawang bernama Havel, kehidupan mereka berubah buat selama-lamanya.
13. Sebelum Iblis Menjemput
Alfie membesar dengan berdikari sendiri selepas bapanya Lesmana mengabaikannya dan ibunya Intan, yang kemudian meninggal dunia secara misteri. Kini Lesmana berkahwin semula dan mempunyai dua anak dengan isteri barunya. Alfie berasa janggal dengan Lesmana dan keluarga barunya, tetapi apabila Lesmana jatuh sakit, Alfie nekad mahu mencari punca mengapa bapanya jatuh sakit secara misteri dan kekayaannya mula hilang.
Anda mungkin berminat dengan
Dia kemudian melawat sebuah villa yang dia pernah lawati bersama ibu bapanya. Di sana dia menjumpai ibu tiri dan adik beradik tirinya. Apabila mereka mula mati seorang demi seorang, Alfie mendapat tahu yang bapanya pernah membuat perjanjian dengan Syaitan dengan mengorbankan darah dagingnya sendiri untuk kekayaan.
14. Santet: Black Magic
Selepas tinggal bertahun di Amerika, Rendy pulang ke kampung halamannya di Indonesia bersama isteri dan dua anak mereka. Dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit dan tinggal berseorangan selepas bapanya membunuh diri.
Ibunya secara tiba-tiba mula menyerang isteri dan anaknya, dan apabila ibunya muntah darah, kaca dan paku di hadapan mereka, Rendy membawa ibunya ke hospital walaupun tahu tiada perubatan moden yang dapat membantu. Rendy mula menyedari ibunya terkena sihir hitam iaitu santau.
15. The Texas Chainsaw Massacre
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan-rakan yang menjadi mangsa kepada sebuah keluarga kanibal ketika dalam perjalanan untuk melawat sebuah rumah ladang lama. Watak Leatherface dan butiran plot di dalam filem ini diilhamkan oleh jenayah hidup sebenar pembunuh bersiri Ed Gein.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang telah mengharamkan tayangan filem ini kerana aduan tentang keganasan filem tersebut.
Selamat menonton!
∞
Sejak kebelakangan ini, penampilan Zahirah MacWilson yang semakin selesa mengenakan hijab mencuri perhatian ramai, terutama selepas beberapa perkongsiannya di media sosial memperlihatkan perubahan tersebut.
Namun bagi Zahirah, perubahan itu bukan sekadar mengenai penampilan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan peribadinya untuk terus belajar dan memperbaiki diri secara perlahan-lahan.
Menurut Zahirah, dia sendiri masih melalui proses untuk menjadi individu yang lebih baik dan berharap dapat terus istiqamah dengan pilihan yang dibuat.
“Saya pun masih belajar dan masih mencuba untuk kita perbaiki diri, slowly but surely, go to the path yang benar.
“Insya-Allah, I hope saya pun boleh istiqamah and just keep spreading positive vibes,” katanya.
Zahirah MacWilson Terharu Terima Sokongan Ramai
Dalam melalui fasa baharu tersebut, Zahirah turut meluahkan rasa terharu apabila menerima begitu banyak kata-kata semangat dan sokongan.
Lebih istimewa, sokongan itu bukan sahaja datang daripada keluarga dan rakan selebriti, malah turut diterimanya menerusi kiriman mesej daripada individu dari Malaysia, Indonesia, Australia serta beberapa negara lain.
“I got a lot of DMs and I am so touched by people from all over Asia actually, daripada Australia, Indonesia, Malaysia, friends, family, celebrity friends.
“Everyone has been so supportive and I really thank everyone and I wish everyone as much peace as I have found.”
Sokongan yang diterima nyata memberi makna kepada Zahirah MacWilson ketika dia melalui perubahan dalam kehidupan peribadinya. Dalam masa yang sama, kata-kata positif daripada orang sekeliling menjadi antara perkara yang menguatkan semangatnya untuk terus memperbaiki diri.


Anggap Iman Sebagai Perjalanan Peribadi
Berkongsi mengenai pandangannya terhadap istiqamah, Zahirah percaya perubahan akan terasa lebih mudah apabila seseorang mengelilingi diri dengan individu serta nilai-nilai yang baik.
“Surround yourself with the right people, surround yourself with good values, practice those good values, and benda tu akan jadi second nature.”
Baginya, nilai positif juga perlu diterapkan dalam kehidupan seharian termasuk ketika bekerja serta berkomunikasi dengan orang di sekeliling.
Pada masa sama, Zahirah melihat agama dan keimanan sebagai satu perjalanan yang sangat peribadi serta tidak seharusnya dibuat sehingga terasa terlalu rumit.
“Religion isn’t supposed to be complicated. It’s very personal, faith is very personal, but it’s also something that everyone is open to learn and rediscover.”
Pandangan tersebut turut menggambarkan bagaimana dia memilih untuk menjalani proses perubahan tanpa terburu-buru. Setiap langkah dilalui sebagai ruang untuk terus belajar, mengenali diri dan mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan sehariannya.

Bakal Kongsi Perjalanan Apabila Tiba Masanya
Dalam pada itu, Zahirah berharap perubahan yang sedang dilaluinya dapat membuka ruang kepada peminat untuk melihat sisi dirinya yang terus berkembang dari semasa ke semasa.
Malah, dia tidak menolak kemungkinan untuk berkongsi lebih lanjut mengenai kisah penghijrahannya suatu hari nanti, termasuk bagaimana perjalanan tersebut bermula serta cabaran yang pernah dilalui.
“I hope that with this new change, people get to see a side of me that kind of grows with them along the way.
“Insya-Allah one day I pun boleh share my story, my journey, how it all started.”
Buat masa ini, Zahirah memilih untuk menjalani proses tersebut secara perlahan-lahan sambil terus belajar, memperbaiki diri dan berharap agar diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah.
Perubahan Zahirah MacWilson juga memperlihatkan bahawa perjalanan berkaitan iman dan memperbaiki diri boleh berlaku secara berperingkat. Baginya, apa yang penting adalah terus berusaha, berada dalam lingkungan yang baik dan menyebarkan aura positif kepada orang lain sepanjang perjalanan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Khabar duka buat industri seni hiburan baru-baru ini apabila pelakon era 1990-an, Ridani Ghani dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas bertarung dengan penyakit kanser ovari di Hospital Selayang kira-kira jam 7 pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram rakan karib beliau, Yaya Maembong mengesahkan pemergian tersebut dengan memaklumkan perkembangan terkini kepada umum serta berkongsi detik awal menerima berita berkenaan.
“Al-Fatihah buat sahabat kami, Ridani Ghani yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2026”
“Pergimu meninggalkan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” katanya.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas keadaan kesihatannya semakin merosot dalam beberapa hari kebelakangan ini, sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi tersebut. Pada masa yang sama, Yaya turut memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan.
Sebelum ini, Ridani telah dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu apabila tahap kesihatannya menunjukkan penurunan yang ketara dan memerlukan pemantauan rapi daripada pihak perubatan.
Keadaan Allahyarham juga dilaporkan berada dalam fasa kritikal dan memerlukan rawatan intensif, sebelum kemudian dipindahkan ke wad penjagaan paliatif bagi memberi sokongan rawatan yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Dalam perkembangan berkaitan, keluarga Allahyarham memaklumkan bahawa beliau meninggalkan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faris Syamir Jaafar (35), dan Muhammad Faiq Faisal Jaafar (33), yang kini berada dalam keadaan reda dengan pemergian ibu mereka.
Terdahulu, penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera turut berkongsi hantaran di media sosial yang memaklumkan keadaan Ridani yang semakin tidak stabil ketika menerima rawatan di hospital.
Untuk rekod, sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama popular era 90-an termasuk Romeo dan Juliet, Kilauan serta siri Spektra yang pernah mencetuskan fenomena pada ketika itu.
Sumber: Instagram Yaya Maembong
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Setiap bulan ada saja filem best yang ditayangkan di panggung wayang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aktiviti menonton bersama kawan-kawan jadi acara wajib.
Bagi kaki movie, mereka tidak berkira-kira untuk keluar duit membeli tiket wayang asalkan dapat mengikuti setiap filem yang ditayangkan.
Korang dah ready nak serbu pawagam lagi? Berikut kami senaraikan antara filem best yang bakal ditayangkan sepanjang November ini.
1. Midway
7 November 2019
Sebuah filem aksi arahan Roland Emmerich berkisarkan tentang Pertarungan Midway, yang diceritakan oleh para pemimpin dan pelayar yang bertarung di Teater Pasifik Perang Dunia Kedua. Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy Moore, Dennis Quaid, Darren Criss dan Woody Harrelson, filem Midway antara yang ditunggu-tunggu tahun ini.
2. Doctor Sleep
7 November
Filem ini adalah adaptasi dari novel Stephen King pada tahun 2013 dengan judul sama, yang merupakan sekuel kepada novel “The Shining” pada 1977 yang juga diadaptasi ke layar perak pada 1980.
Kali ini ia memberi fokus kepada anak Jack Torrance, Dan, yang kini sudah dewasa tetapi masih trauma dengan kejadian yang berlaku di Overlook Hotel. Dan bergelut dengan kuasa psikiknya, yang digelar `the shining`. Dia menemui tujuan baru dalam hidup selepas bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai kuasa sepertinya.
3. Ford V Ferrari
14 November 2019
Demi menandingi kereta lumba Enzo Ferrari di 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966, pereka kereta Amerika Carroll Shelby dan pelumba kereta Ken Miles bekerjasama untuk membina sebuah kenderaan revolusi bagi syarikat Ford Motor Co. Mereka perlu mengatasi undang-undang fizik, masalah peribadi masing-masing serta penglibatan korporat bagi membina kereta lumba tersebut.
4. Charlie’s Angels
14 November
Dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano, ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.
5. Frozen 2
21 November 2019
Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.
6. Ejen Ali: The Movie
28 November
Filem animasi Malaysia yang ditunggu-tunggu, Ejen Ali: The Movie bakal menggegarkan pawagam pada akhir November ini. Paling gempak, filem ini ditayangkan serentak di negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
7. Last Christmas
28 November
Kate bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.
8. Knives Out
28 November
Perjumpaan sebuah keluarga yang aneh menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.
Sumber: cinema.com.my
∞