
Viral di media sosial apabila gambar-gambar selebriti lelaki diedit bertukar menjadi gemuk di aplikasi Face App. Memang lain betul rupanya jika barisan selebriti ini berbadan besar. Hiks!
Malah, pelakon kacak Aaron Aziz juga turut memuat naik hantaran di laman Facebooknya dengan kapsyen “Siapa punya kerja ni?!!! Dah lama tak makan bubur ke? Tahi ah.. dengan tanda pagar #terimakasihburukkanAbg #siasiaAbggiGym #Buatlagipls #Abgmcmmonyet.

Jom kita lihat lagi antara selebriti yang telah diedit menjadi gemuk di aplikasi Face App.
1. Fattah Amin

2. Zizan Razak

3. Syafiq Kyle

4. Zul Ariffin

5. Izzue Islam

6. Shaeizy Sam

7. Ben Amir

8. Bront Palarae

9. Shukri Yahya

10. Sharnaaz Ahmad

11. Nazim Othman

12. Fendy Bakri

13. Kamal Adli

14. Betto Kusyairy

Amacam, gemuk pun masih comel dan helok kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suami Dibunuh Kerana Tak Sama Taraf, Kini Kausalya Jadi Pejuang Anti-Kasta Di India

Korang pernah dengar tak tentang kasta?
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, di India masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang berpegang teguh kepada sistem kasta. Dan ada sesetengah percaya kepada konsep ‘pembunuhan terhormat’ atau honor killing semata-mata mahu menjaga maruah keluarga.
Percaya atau tidak walau pun kedengaran lapuk, perkara perihal kasta dilihat sebagai satu isu sensitif bagi sesetengah masyarakat di sana. Misalnya, wanita yang berasal daripada kasta yang lebih tinggi dilarang berkahwin dengan lelaki berkasta rendah.
Peristiwa honor killing ini terjadi kepada seorang wanita yang berpendidikan tinggi, Kausalya. Suaminya, Shankar dibunuh dan dia cedera akibat serangan yang berlaku pada 13 Mac 2016 di siang hari bersaksikan ramai orang awam ketika mereka berdua berada berdekatan stesen bas bandar Udumalaipet.

Kausalya dan Shankar berkahwin pada tahun 2015 selepas mereka saling mengenali ketika sama-sama menyambung pengajian di sebuah kolej kejuruteraan di Pollachi. Namun perkahwinan itu hanya bertahan 10 bulan sahaja apabila pasangan ini diserang oleh keluarga Kausalya.
Kausalya berasal dari kasta Thevar manakala Shankar pula dari kasta paling rendah iaitu Dalit. Perbezaan ini mencetus kemarahan keluarga Kausalya yang bersama malu kerana anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang berasal dari kasta paling rendah.
Pembunuhan Shankar akan menjadi kes pertama dari Tamil Nadu yang memasuki Biro Rekod Jenayah Kebangsaan yang disenaraikan sebagai pembunuhan terhormat pada tahun itu. Ekoran indsiden menyayat hati ini,

Pada Disember 2017, Mahkamah Sesyen Tiruppur telah menjatuhkan penghakiman penting yang menyifatkan pembunuhan atas nama kehormatan adalah kejam dan menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh utama Chinnasamy yang merupakan bapa kepada Kausalya, bersama lima yang lain. Dua lagi masing-masing diberi hukuman penjara tempoh dua kali hayat dan hukuman penjara tempoh lima tahun. Ibu Kausalya pula, Annalakshmi dan tiga yang lain dibebaskan.
Walaupun begitu keputusan ini telah berubah dan ia mengejutkan banyak pihak. Pada 22 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Madras membatalkan keputusan mahkamah sesyen dan membebaskan Chinnasamy dan dua yang lain. Hukuman mati ke atas pembunuh upahan diringankan kepada penjara 25 tahun. Mahkamah Tinggi telah menyalahkan pihak pendakwaan kerana gagal membuktikan konspirasi dalam kes tersebut.

Kini pada usia 28 tahun, Kausalya sudah pun berkahwin sekali lagi pada tahun 2018. Walaupun sudah berkahwin dengan lelaki lain, namun dia tidak pernah berhenti dalam usahanya membawa kesedaran untuk menghapuskan sistem kasta yang telah diamalkan. Bahkan semasa upacara perkahwinan, Kausalya dan suami barunya berikrar untuk meneruskan perjuangan mereka menentang diskriminasi kasta. Suami barunya, Sakhti berasal dari kasta yang sama sepertinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: The Hindu, Times of India
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gambar Lama! Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands Selamat Digunakan

Beberapa hari lalu, tular di media sosial laluan keadaan bukit Cameron Highlands yang agak merbahaya kepada pengguna yang menggunakan laluan terbabit. Dalam perkongsian itu berdasarkan gambar diambil menggunakan drone menyaksikan hakisan jelas kelihatan di bukit yang sering menjadi persinggahan orang ramai yang mahu ke Cameron Highlands melalui susur Simpang Pulai.
Bagaimana pun, ekoran kejadian tular itu, kerajaan Perak tampil menjelaskan isu viral yang melibatkan laluan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai – Cameron Highland yang mana visual tular mana menurut mereka ianya adalah gambar lama.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa laluan tersebut selamat untuk digunakan.
“Pihak Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa visual yang tular itu adalah gambar lama yang telah dibangkitkan semula di media sosial.
“Kerajaan negeri juga dengan ini memberi jaminan bahawa Jalan Persekutuan Ft 185 Simpang Pulai – Cameron Highland adalah selamat untuk digunakan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan mengejut bersama pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perak (JKR) di kawasan tersebut beberapa hari lalu.

Katanya, beliau berharap rakyat lebih bertanggungjawab untuk tidak menularkan gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.
Katanya lagi, pihak kerajaan negeri melalui agensi teknikal JKR telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati memang terdapat cerun yang rebak berdekatan dengan jalan berkenaan yang berpunca daripada hakisan air hujan dan keadaan muka bumi yang merupakan kawasan lembah tetapi ianya tidak seteruk seperti gambat yang tular di media sosial.
“Hasil pemerhatian, runtuhan cerun ini berlaku dicerun tambakan yang merupakan cerun tanah.
“Kerja-kerja penambahbaikan cerun telah dijalankan iaitu Tie Back Wall dan Micropile Slab di sebahagian Kawasan cerun runtuhan ini dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan jalan tidak mengalami sebarang mendapan atau keretakan.
“Memang pihak JKR ada membuat pemantauan gerakan tanah setiap tiga jam sekali bagi kawasan yang berisiko terhadap tanah runtuh dan sebagainya,” katanya.
Tambah beliau, permohonan kos sebanyak RM120 juta dibuat membaiki cerun dan akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan secepat mungkin.
“Kita akan memastikan projek pembaikkan ini dapat di senaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) agar satu penyelesaian yang terbaik dapat dimuktamadkan.
Sementara itu, beliau juga menasihati pengguna jalan yang melalui kawasan tersebut supaya tidak berhenti dan mengambil gambar kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan berhenti.
“Kita berharap pengguna jalan raya supaya tidak mengambil gambar dan berhenti kerana kawasan itu adalah kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir, berehat, mengambil gambar dan sebagainya.
“Memang ada pegawai JKR di kawasan cerun tersebut dan saya amat bersetuju untuk meletakkan papan tanda tetapi terdahulu memang ada papan tanda, garisan berkembar dan sebagainya tetapi masyarakat masih tidak mematuhi,” katanya.
So korang, laluan tu selamat ya dan jangan bimbang untuk melaluinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rentetan Isu Remaja Bunuh Diri, Syed Saddiq Ajak Belia Jumpa Bincang Isu Ini

Berita tentang remaja bunuh diri semalam memberi pelbagai reaksi daripada masyarakat dan Menteri Belia dan Sukan juga tidak terkecuali turut melahirkan kebimbangan berikutan dengan isu tersebut.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi kenyataan di laman twitternya mengatakan bahawa isu ini tidak boleh dipandang ringan dan harus dijadikan sebagai perbincangan nasional.
“I am genuinely worried about the state of our Youth’s mental health. It’s a national issue which must be taken seriously. A national discussion must take place. I’m free at 5.30pm on Friday. Let’s dialogue at IIUM Econs Cafe. Buka puasa sekali.”
I am genuinely worried about the state of our Youth’s mental health. It’s a national issue which must be taken seriously. A national discussion must take place. I’m free at 5.30pm on Friday. Let’s dialogue at IIUM Econs Cafe. Buka puasa sekali.#iCoverYouhttps://t.co/4E77E5FV2e
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 14, 2019
Remaja berusia 16 tahun ini terbabit dengan kes bunuh diri apabila dia membuka ruangan undian di laman instagramnya dengan catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L’ pada kotak undi. D membawa maksud die (mati), manakala L bermaksud live (hidup).
Mangsa juga dikhabarkan turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F***KING LIFE I’M TIRED’ di dalam Facebook.
Memandang situasi ini sebagai satu perkara yang serius, Syed Saddiq mahu mengadakan perjumpaan dengan belia Malaysia pada Jumaat ini, sekali gus untuk berbuka puasa bersamanya sekali bagi membincangkan masalah ini.
Wah, ini satu inisiatif yang patut dipuji kerana YB sanggup turun padang untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh para remaja.
Semoga perjumpaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang ditanggung oleh golongan belia.
Okay apa lagi, Jumaat ni kalau free bolehlah kita berdiskusi bersama YB. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

