Membaca ayat Al-Kursi merupakan salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu.
Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.
Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat Al-Kursi serta zikir lain.
13 Kelebihan Jika Amalkan Ayat Kursi Terutamanya Hari Jumaat
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
Ads
4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Ads
8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
Ads
13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Sekadar info, ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi. Ia juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang ambil kesempatan untuk membasuh baju di dobi lebih-lebih lagi menggunakan perkhidmatan mesin pengering baju (dryer) di sana supaya baju tidak berbau hapak.
Maka, ramailah berpusu-pusu memenuhi kedai dobi menunggu giliran untuk mengeringkan pakaian masing-masing. Tapi korang tahu tak, bukan semua pakaian sesuai dimasukkan dalam dryer ini.
Menurut The Spruce, beberapa jenis pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering.
1. Baju Dalam
Bra menggunakan spandeks dan bahan elastik bagi meregangkan dan memberi sokongan. Suhu yang tinggi boleh merosakkan bahan-bahan sedemikian dan mencatatkan bentuk pakaian dalam anda.
Cara mencuci pakaian dalam ini adalah cuci dan jemurkan. Ia membantu untuk mengekalkan bentuk dan tidak merosakkan.
2. Beg
Tidak seharusnya beg ditempatkan di mesin pengering kecuali 100 peratus kainnya diperbuat dari jenis kapas. Suhu yang tinggi menyebabkan bahan luarnya mencair atau melengkung dan dapat merosakkan struktur bahagian dalam beg.
3. Pakaian kulit dan suede
Selain itu, anda tidak disarankan untuk menggunakan mesin pengering walau pakaian tersebut basah-kuyup. Suhu yang tinggi menyebabkan kain berubah bentuk atau ‘retak’. Cara untuk mengeringkannya adalah dengan mengantungkan barangan kulit agar kering dengan sendirinya atau dibawah sinaran matahari.
4. Pakaian jenis sutera dan kain halus
Kain sutera, renda dan jaring tipis tidak diseharusnya dikeringkan menggunakan mesin pengering. Suhu tinggi menyebabkan kedutan yang hampir mustahil untuk dihilangkan.
Seterusnya, membahayakan kerana pakaian berjenis ini boleh tersangkut dan merosakkan mesin pengering anda.
5. Pakaian sukan
Kelima, pakaian sukan diperbuat daripada serat sintetis berteknologi tinggi seperti pakaian dalam. Ia berfungsi memberikan sokongan dan menghilangkan kelembapan sewaktu bersukan.
Bagi menjaga kualiti dan bentuknya, hindari menggunakan mesin pengering dan biarkan ia mengering dengan sendirinya.
6. Sweater
Pakaian ini diberbuat dari benang jenis kait yang boleh menghilangkan bentuknya jika dicuci dengan salah. Suhu penegring menyebabkan benang meregang.
7. Pakaian renang
Pakaian renang hendaklah dicuci selepas menggunakannya bagi menghilangkan kotoran. Pakaian ini akan terbelit dengan sendirinya dan rosak jika menggunakan mesin pengering.
8. Pakaian bermanik
Akhir sekali, kain yang mempunyai manik tidak sepatutnya dikeringkan menggunakan mesin pengering. Tetapi dibiarkan mengering sendiri dengan jemur bagi mengelakkan manik tercabut atau manik yang digam meleleh.
Sumber: Kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali tampil lantang menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap trend selebriti dan pempengaruh yang semakin rancak menyertai pertarungan sukan Muay Thai dalam pelbagai acara.
Menerusi sebuah perkongsian video di Tiktok, Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (21) menyifatkan fenomena tersebut boleh menjatuhkan maruah sukan Muay Thai sekiranya terus dibiarkan tanpa kawalan.
Dalam pada itu, menurut Jojo tindakan segelintir individu ini juga bukan sahaja tidak menjaga adab malah turut memberi kesan buruk kepada imej serta perkembangan sukan berkenaan di Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh atlet profesional.
Kredit foto: IG Johan GhazaliAntara selebriti yang terlibat dalam pertarungan Muay Thai
“Betul-betul memalukan sekarang, ada influencer, selebriti, macam-macam orang yang acah nak jadi fighter. Berlatih dua tiga minggu lepas itu nak naik ring. Korang nak gaduh, acah jadi fighter suka hati kaulah,” katanya.
“Tapi bila korang masuk dalam sukan Muay Thai, tolonglah jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai dekat sini. Lagi-lagi kebanyakan penganjur zaman sekarang semua tak ada etika,” ujarnya.
Selain menegur peserta, Jojo turut menzahirkan rasa kecewa terhadap penganjur acara yang menurutnya lebih mementingkan populariti dan pemasaran murahan berbanding menjaga integriti sukan tersebut. Jelasnya, situasi ini boleh memberi impak negatif terhadap masa depan Muay Thai di negara ini.
Kredit foto: IG Johan GhazaliAntara pencipta kandungan media sosial yang terlibat dalam pertarungan Muay Thai
Meskipun acara melibatkan selebriti dan pempengaruh seperti ini mampu menjanjikan pulangan kewangan yang besar, namun ia tetap berisiko merosakkan reputasi dan usaha berterusan yang telah dilakukan oleh penggiat Muay Thai profesional.
“Faham event-event macam ini banyak duit. Tapi macam mana Muay Thai dan fighter Muay Thai nak maju kalau asyik join fight macam ini? Marketing murah, lawan dengan selebriti, influencer. Sekali dua okaylah, tapi bila dah melampau, ia rosakkan sukan,” jelasnya lagi.
Pada masa yang sama, Jojo mengingatkan bahawa penglibatan selebriti dan pempengaruh tidak salah, namun perlu dilakukan secara beretika dan terancang supaya tidak menjejaskan perkembangan sukan tersebut di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
“Daripada segi marketing, influencer dan selebriti memang boleh tolong. Tapi dalam masa yang sama jangan melampau. Pakai otak,” pesan Jojo di akhir video.
Sebagai salah seorang jaguh sukan muda yang sering mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, Jojo sekali lagi menegaskan bahawa Muay Thai sepatutnya dimartabatkan sebagai sukan profesional yang dihormati, bukannya dijadikan sekadar platform hiburan atau strategi pemasaran murahan oleh pihak tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemaraan dua buah negara Asia ke pusingan kalah mati di Piala Dunia FIFA 2022 telah menyamai kejayaan sama yang dicatatkan pada edisi 2002 di Korea Selatan-Jepun dan edisi 2010 di Afrika Selatan.
Sekali lagi, Jepun dan Korea Selatan membawa maruah dan sokongan peminat seluruh benua di atas bahu pemainnya apabila bersedia menentang lawan masing-masing dalam perlawanan pada 5 Disember (Isnin).
Jepun yang bakal menentang Croatia demi mara ke pusingan suku akhir enggan terlalu mendabik dada dengan kejayaan ke atas kuasa bola sepak seperti Sepanyol dan Jerman sebelum ini. Namun, mereka juga enggan tampil kerdil dan tidak berkeyakinan dalam perlawanan esok.
Cukuplah sekadar ‘Samurai Biru’ mengetahui detik menewaskan dua pasukan gergasi dunia, Sepanyol 2-1 dan Jerman 2-1 telah menyuntik keyakinan yang tinggi kepada seluruh pasukan.
Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu. FOTO: Reuters
Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu melihat kejayaan anak buahnya itu sebagai detik membanggakan; bukan sahaja kepada negara mereka tetapi juga buat arena bola sepak Asia.
“Banyak perkara yang boleh kita pelajari. Asia juga boleh menang di peringkat dunia.. Jepun boleh menang di peringkat dunia.
“Saya fikir semua orang di benua Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita,” ulas Moriyasu.
FOTO: Reuters
Corak permainan ‘ultra defensive & passive’ Jepun di mana mereka bertahan dengan tekanan pada separuh masa pertama sebelum kembali mengejar dari belakang terbukti sebagai strategi berjaya.
Japan’s second goal in their 2-1 win over Spain was checked by VAR to determine if the ball had gone out of play.
The video match officials used the goal line camera images to check if the ball was still partially on the line or not. pic.twitter.com/RhN8meei6Q
Penguasaan bola Jepun sekadar mencapai peratusan 22% ketika menentang Sepanyol dan 35% ketika menentang Jerman. Ini bermakna Jepun tahu untuk membaca bila dan bagaimana cara terbaik untuk merobek gawang lawan.
Adakah mereka akan meneruskan kecemerlangan tersebut dalam perlawanan 16 pasukan terakhir esok? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.