13 Fakta Menarik Tentang Park Solomon, Pelakon All Of Us Are Dead Yang Semakin Popular

Share

Drama siri Korea sekali lagi berada di kedudukan teratas penstriman digital Netflix, All Of Us Are Dead mencatatkan tangga pertama ranking global selepas sehari tayangan.

Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.

Instagram: @lomon991111

Apa yang menarik perhatian, pelakon utama siri ini Park Solomon berjaya mencuri hati peminat dengan ketampanan dan aksi lakonan yang ditonjolkan. Baru berusia 23 tahun, nampaknya pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan Korea.

Mesti ramai yang ingin mengenali siapakan jejaka tampan yang berlakon dalam All Of Us Are Dead ini kan? Jom kita lihat antara 13 fakta menarik tentang pelakon lelaki ini.

1. Nama penuhnya Park Solomon, tetapi nama samaran adalah Lomon

2. Dilahirkan pada 11 November 1999, berusia 23 tahun ini

3. All Of Us Are Dead adalah comeback dalam lakonannya selepas membintangi drama terakhir, Sweet Revenge (2017)

Instagram: @lomon991111

4. Memegang watak sebagai Hong Ji Hong sewaktu muda dalam drama bersiri Doctors, lakonan bersama Park Shin Hye

5. Debut pertamanya menerusi Bride Of The Century pada 2014

6. Turut membintangi drama Lookout, Shopaholic Louis dan Legendary Witch

7. Park Solomon turut membintangi filem Horror Stories III membawa watak sebagai PZ3000

8. Mempunyai ketinggian 183cm

Instagram: @lomon991111

9. Bersekolah di Apgujeong High School, satu sekolah dengan Nayeon TWICE

10. Mempunyai jumlah pengikut seramai 2.3 juta, naik mendadak selepas drama All Of Us Are Dead

11. Park Solomon adalah peminat BIGBANG!

12. Pada tahun 2019, Solomon bergandingan dengan pelakon China, Zhang Dada dalam CDrama adaptasi webtoon Korea berjudul Lookism

13. Untuk mendalami peranannya itu dalam CDrama, pelakon ini belajar bahasa Mandarin

Korang dah habis tonton drama bersiri ini belum?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN