128 Pelajar Lelaki Dipindahkan, Tanah Runtuh Bawah Kolej Kediaman UIA

Share

Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.

Terbaharu, seramai 128 penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan malam tadi.

Foto: Harian Metro

Menurut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.45 petang ketika hujan lebat. UIA dengan segera mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan berkenaan.

Selepas pemantauan dibuat oleh pihak bomba, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan. Namun, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

Foto: WorldOrgs.com

Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar. Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Semoga pelajar-pelajar di kolej kediaman itu dilindungi dan diharap tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN