Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meraih perhatian warganet apabila memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya, Luna, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Awal berkongsi berita duka tersebut dan menyeru pemilik kucing di sekitar Lembah Klang untuk tampil membantu.
Penderma darah kucing
Menurut Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, Luna kini sedang dirawat di Saint Angel Animal Medical Center, Puchong dan memerlukan penderma darah kucing dengan segera.
“Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Lebih menyentuh hati, Awal turut menegaskan bahawa pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemeriksaan kucing penderma. Beliau hanya mengharapkan keprihatinan pemilik kucing yang tinggal berhampiran untuk hadir bersama haiwan peliharaan mereka bagi membantu menyelamatkan nyawa Luna.
“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing peliharaan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong. Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Impak Maksima ini turut meluahkan harapan agar lebih ramai tampil mendoakan kesembuhan buat Luna, serta memohon agar segala kebaikan yang dihulurkan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.
Warganet dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Awal serta Luna. Ramai yang tersentuh dengan keprihatinan selebriti ini, yang sanggup berkongsi kesulitan demi memberi peluang kedua kepada kucing kesayangannya.
Buat pencinta haiwan, inilah masanya untuk kita sama-sama memainkan peranan dan menyebarkan empati bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada makhluk yang tidak mampu bersuara.