Masalah lewat datang haid tidak boleh dipandang remeh oleh golongan perempuan. Bukan hanya faktor kehamilan, ada beberapa yang sebenarnya perlu korang ambil tahu.
Berikut merupakan 12 kemungkinan kenapa masalah lewat datang haid yang wajib perempuan ambil tahu.
1. Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, baru lepas menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan pada tubuh badan, seterusnya mengganggu kitaran haid korang.
2. Hormon prolaktin berlebihan
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid korang datang lewat berbulan-bulan.
Bagi yang sudah berkahwin, sekirany susu keluar dari putig payudara atau pening kepala, eloklah kalau korang terus berjumpa doktor kerana kemungkinan besar korang mengalami masalah hyperolatinemia.
3. Ubatan
Mungkin korang ada mengambil ubat-ubatan seperti jamu, menjalani rawatan tradisional atau program menguruskan badan, ia pun salah satu kemungkinan besar punca haid datang lewat.
4. Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan penurunan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda korang menghidap penyakit tiroid. Check haid korang sama ada ia keluar dengan sedikit atau tak ada langsung, segeralah berjumpa dengan doktor.
Ads
5. Tekanan
Bila dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid. Jadi, tekanan dalam bentuk fizikal dan mental juga boleh mempengaruhi hormone dan seterusnya, haid korang.
6. Obesiti
Berat badan berlebihan boleh memberi ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormone estrogen. Hormon yang berlebihan akan menyebabklkan haid terganggu dan seterusnya kelewatan haid.
Cuba kurangkan 10 peratus daripada berat korang dan kemungkinan besar kitaran haid korang akan kembali seperti biasa.
7. Terlalu kurus
Terlalu kurus pun boleh beri masalah kepada kitaran haid korang. Hal ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu aktif seperti atlet. Dapatkan semula berat badan ideal untuk menggembalikan kitaran haid yang normal.
Ads
8. Tersilap kira
Dikatakan 40 peratus golongan perempuan gagal mengingati tarikh sebenar haid mereka. Jika dalam kitaran 21-35 hari, haid korang adalah normal. So make sure, catit dalam kalendar hari pertama haid korang setiap bulan supaya tak ada la risau sangat nanti.
9. Ubah cegah kehamilan
Kalau korang ada ambil hormon pencegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon, ia mungkin jadi sebab haid korang datang lewat. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terhasil. Jadi jika benar korang memang menggunakan kaedah ini, jangan risau. Tapi, untuk yang dah berkahwin saja okay?
Ads
10. Menyusu badan
Ibu yang masih menyusu badan juga berkemungkinan haid tidak akan datang selama berbulan-bulan.
11. Menopaus
Wanita yang berusia lewat 40-an dan mengalami haid yang semakin sikit atau jarang keluar haid adalah salah satu tanda menopaus.
Untuk mengesahkannya, korang boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh dibuat. Peringkat umur sebegini juga disarankan untuk membuat ujian pap smear bagi memastikan tidak mengalami masalah pangkal rahim.
12. Hamil
Kalau korang dah kahwin dan tiada masalah seperti yang telah dinyatakan di atas, maka confirmlah korang memang tengah pregnant. Kalau nak kepastian, buat pregnancy test dan berjumpalah dengan doktor.
Kalau dah sampai berbulan-bulan tak datang haid tu, mesti risau juga kan?Apa-apa pun, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar.
Bila dah dengar sendiri daripada mulut doktor dan tak ada apa-apa masalah yang kronik barulah lega sikit kan?
Walaupun ramai di kalangan korang yang gemar untuk ‘bersiap’ dan bersolek pada setiap hari, 3 daripada 5 orang remaja perempuan akan skip langkah awal solekan iaitu bedak asas!
Bedak asas ataupun foundation merupakan alat solek yang jarang digunakan oleh remaja kerana ia 1) Melambatkan proses bersolek 2)Merimaskan kulit dan 3) Sukar untuk dipakai.
Hhm, sebenarnya mudah je nak pakai foundation ni kalau korang tahu caranya.
Pada acara pelancaran Matte Serum Foundation oleh Chriszen Malaysia pada minggu ini, penulis berkesempatan untuk mendapat beberapa tip berguna daripada jurusolek terkenal, Ayang Kamell berkenaan penggunaan foundation.
01
Pilih Warna Yang Betul
Satu masalah yang dihadapi oleh ramai perempuan semasa membeli foundation adalah mereka memilih warna yang salah. Mesti korang pernah hadapi situasi ini, semasa mencuba tester di kaunter nampak okay je warna foundation pada kulit tangan. Tapi semasa mencuba di rumah dan keluar dari rumah dengan foundation itu, muka nampak bercapuk sis!
Okay, sebenarnya warna foundation itu yang tak sesuai dengan kulit muka korang.
Instagram Lain orang, lain shades yang sesuai untuk korang.
Pertama, sepatutnya korang mencuba foundation pada jawline dan bukannya pada belakang tapak tangan. Pilih satu jawline dan ratakan foundation di situ. Tunggu hingga 15 minit dan lihat efek warnanya. Jika tidak kena dengan warna kulit, itu bukanlah foundation untuk korang.
02
Guna Jari Je
Ramai Beauty YouTubers selalu memakai berus ketika meratakan foundation. Kita pun terikut-ikutlah nak guna berus juga. Sebenarnya, penggunaan jari adalah lebih baik! Menurut Ayang, jari kita mempunyai garisan halus (grain) yang bagus untuk meratakan foundation pada kulit muka.
Tapi kalau korang mekapkan orang lain, barulah perlu menggunakan berus kerana faktor kebersihan.
03
Terlebih Tarikh Luput
Ramai memandang rendah akan tarikh luput alat solek. Katanya, ini bukan makanan. Jadi kalau terlebih pakai seharusnya tak ada masalah. Betul ke?
Instagram Selalu, label tarikh luput ni ada pada botol foundation.
Sebenarnya, kita tak dinasihatkan untuk memakai foundation melebihi tempoh yang ditetapkan. Korang boleh lihat label berbentuk tin terbuka pada botol foundation.
Jika ia menyebut 12M bermakna foundation tersebut hanya boleh digunakan untuk 12 bulan saja. 24M pula mewakili 2 tahun. Selepas tempoh tu, buang sajalah sis. Tekstur foundation pun dah tak boleh tahan lama.
04
Tak Tahan Lama
Akhir sekali, masalah yang selalu dihadapi adalah foundation mudah ‘luntur’ daripada wajah. Selain faktor berpeluh, sebenarnya tak ada alasan untuk foundation yang bagus luntur dalam tempoh 8 jam pemakaian.
Korang boleh pastikan ia kekal on fleek dengan memakai primer terlebih dahulu. Bukan saja ia membuatkan foundation tahan lebih lama, malah primer yang mempunyai kandungan serum akan memelihara liang pori sebelum korang meratakan foundation.
Secara tak langsung, kulit korang sihat dan ‘tak tersumbat’ walaupun dilapisi foundation.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kemenangan gadis berusia 20 tahun ini menyaksikan perwakilan berdarah Asia akan mewakili negara barat itu ke pertandingan berprestij Miss Universe 2022.
Amelia Tu dilahirkan di Montreal, Quebec, Kanada sebelum berpindah ke China dan tinggal bersama datuk dan neneknya. Kemudiannya ketika dia berusia 3 tahun, keluarganya berpindah semula ke Kanada dan menetap di Vancouver.
Merupakan antara peserta termuda dalam pertandingan, Amelia mengetepikan 53 lagi peserta untuk merebut gelaran juara sekaligus mendapat peluang untuk mewakili Kanada.Madison Kvaltin dari Ontario telah dinobatkan sebagai naib juara manakala Yuliya Shcherban dari Saskatchewan di tempat ketiga.
Kali terakhir negara tersebut berjaya mara sebagai semi-finalis di pentas Miss Universe adalah pada tahun 2018.
Ketika dalam sesi soal jawab di peringkat top 5, Amelia yang fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan Cina, menerima soalan berkaitan nasihat untuk gadis muda yang memiliki masalah tentang keyakinan diri.
Jawabnya, “Salah satu kenyataan yang saya gemari oleh Eleanor Rosevelt berbunyi, tiada sesiapa yang boleh membuatkan anda berasa rendah diri tanpa kebenaran anda. Saya akan meberitahu gadis-gadis muda untuk memahami kenyataan ini sepenuhnya dengan mencipta jalan kehidupan mereka sendiri dan jangan pernah membenarkan orang lain menakrifkan versi kegembiraan mereka. Semua orang memiliki kebolehan untuk membentuk parameter kejayaan mereka dan itu merupakan perkara yang saya percaya.
Berdiri dengan ketinggian 170cm, Amelia menjadikan menari, menyanyi dan melancong sebagai hobinya. Dia juga seorang penyokong alam sekitar yang tegar. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang biologi dan perniagaan di Universiti California, Berkeley.
Kanada setakat ini pernah memenangi dua gelaran Miss Universe iaitu pada tahun 1982 menerusi Karen Baldwin dan tahun 2005 menerusi Natalie Glebova.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kita membayangkan uniform seorang pramugari, semestinya rekaan baju yang ketat dan skirt pendek sudah sinonim. Di negara kita, Malaysia Airlines kekal dengan rekaan kebaya pendek dipadankan bersama sarung labuh berbelah di hadapan manakala AirAsia dengan kot dan skirt pendek rona merah menyala. Sepatu bertumit tinggi pula melengkapkan gaya keseluruhan uniform.
Mengambil pendekatan berbeza, baru-baru ini SkyUp yang merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Ukraine telah mentransformasikan uniform rasmi pramugarinya kepada stail yang lebih selesa dan sopan.
Uniform lama SkyUp
.
Dari pemakaian skirt pendek dan blazer sendat, pengurusan penerbangan ini terlah menukar uniform pramugarinya kepada penggayaan stail pantsuit yang merangkumi blazer longgar, seluar panjang longgar dan kasut Nike Air rona putih untuk keselesaan maksimum.
Uniform baru yang lebih moden dan selesa.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook, SkyUp menjelaskan, “Kerjaya pramugari sudah diwujudkan hampir serratus tahun dahulu. Sepanjang masa ini, banyak perkara telah berubah dan paling penting sekali, wanita juga sudah berubah. Kerjaya ini memerlukan visi yang baharu berserta dengan perubahan besar yang jelas. Dan sekarang kami memulakan perubahan tersebut.”
Uniform pantsuit berona jingga itu dihasilkan oleh jenama fesyen terkenal Ukraine, GUDU akan dipadankan dengan aksesori skaf berona biru dari jenama GUNIA PROJECT. Kebiasaannya skaf akan dililit di leher, namun dalam tatagaya pemakaian baharu, skaf tersebut dipinkan di bahu kanan.
.
Protokol penampilan juga menjalani perubahan ketara. Jika sebelum ini pramugari perlu mengikat sanggul rambut mereka. Kini mereka boleh melepaskan rambut tanpa diikat dan hanya perlu didandan ringkas dengan gaya loose wave. Untuk solekan pula gaya semulajadi masih disarankan namun mereka dibenarkan untuk bereksperimen dengan rona jingga dan biru untuk solekan mata.
It is such a breath of a fresh air! Menarik dan penampilan pramugari juga nampak moden. Paling penting keselesaan yang terjamin.