12 Langkah Yang Perlu Korang Tahu Sekiranya Disahkan Positif COVID-19

Share

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menetapkan bahawa pesakit COVID-19 tahap satu dan dua perlu menjalani rawatan serta kuarantin di rumah dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pesakit tahap satu dan dua akan diberikan tempoh selama 10 hari untuk berada di rumah sebelum perlu menjalani ujian saringan pada hari terakhir.

Gambar hiasan

Oleh yang demikian, sekiranya korang atau ahli keluarga terdekat disahkan positif COVID-19, ini 12 langkah yang perlu korang tahu semasa melakukan pemantauan kendiri di rumah.

1. Sentiasa berada di rumah dan pastikan korang boleh dihubungi setiap masa.

2. Duduk di bilik yang berasingan daripada ahli rumah yang lain. Sebaiknya bilik ada kemudahan bilik air. Jika terpaksa berkongsi bilik air, bersihkan permukaan yang disentuh seperti tombol pintu, kepala pili dan peralatan lain setiap kali selepas digunakan.

Gambar hiasan

3. Elakkan interaksi secara bersemuka dengan ahli rumah yang lain. Sekiranya tidak dapat dielakkan, pastikan kedua-dua pihak memakai pelitup muka.

4. Lapor status kesihatan korang kepada anggota kesihatan apabila dihubungi atau melalui aplikasi MySejahtera setiap hari.

5. Jika gejala bertambah teruk, hubungi 999 atau terus ke hospital berdekatan dengan segera menggunakan kenderaan sendiri.

6. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.

Gambar hiasan

7. Amalkan adab batuk dan bersin yang betul. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.

8. Buang tisu dan pelitup muka yang telah digunakan ke dalam bungkusan yang diikat sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Cuci tangan serta merta.

9. Tidak berkongsi peralatan makanan dan penjagaan diri.

10. Cuci peralatan yang digunakan untuk makan dan minum sebelum digunakan semula.

11. Pastikan pengudaraan rumah yang baik dengan membuka tingkap.

12. Tidak menerima pelawat.

Gambar hiasan

Perkara pertama yang korang perlu lakukan setelah disahkan positif COVID-19 adalah jangan panik. Lakukan kesemua langkah yang telah dikongsikan ini dan jangan lupa untuk memberi update kepada KKM.

Semoga bermanfaat!

Sumber: KKM

IKLAN