11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Ebit Lew Akhirnya Didakwa

Share

Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada dakwaan dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Orang Bajau 

Terbaru, Ebit Lew yang berusia 37 tahun telah tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom sekitar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Foto Via Sinar Harian

Dimaklumkan, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ebit Lew kini sedang berada di Sabah dalam menjalankan kerja-kerja amal.

BACA LAGI : Sering Hulur Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber : Sinar Harian 

IKLAN