“Malaysia ni banyak sangat makanan sedap la. Susah nak diet”. Itu adalah antara kata-kata yang selalu kita dengar. Tapi sejauh mana kebenarannya atau ia hanya alasan kerana malas nak berdiet?
Namun begitu, tak dinafikan makanan di Malaysia ni memang sedap belaka. Cuma, kandungan setiap makanan yang dimakan tu mengandungi kalori, nutrisi dan lemak yang tinggi.
Tak caya? Ini antara senarai 10 makanan Malaysia yang paling menggemukkan menurut Kevin Zahri, personality fitness Malaysia.
1. Nasi lemak
Hidangan nasi lemak (karbohidrat, protein, lemak) mengandungi lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori dan kalau korang makan nasi lemak tambah ayam goreng (240 kalori) atau sambal sotong (170 kalori).Sedap kan?
Tapi, mampu tak nak bakar semula lemak tu lepas makan?
2. Roti canai
Sarapan favorite rakyat Malaysia
Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kenyang ke makan sekeping je? Kalau makan dua keping dah 600 kalori. Kalau nak bakar 600 kalori tu balik kena berlari 90 minit atas treadmill. Tu baru hidangan breakfast, belum masuk lunch, snek dan dinner lagi.
3. Nasi goreng
Ads
Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi kira-kira 630 kalori kerana ia adalah hidangan bergoreng, ditambah pula dengan ayam, telur dan sedikit sayur menjadikan nasi goreng kurang seimbang.Kalau nak makan juga, cuba jangan lebih daripada segenggam nasi.
4. Ais krim
Mengandungi tinggi lemak dan gula, serta kalori. Dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. So, sebelum makan fikir la dulu ye.
5. Burger
Meleleh air liur ni kalau tengok time tengah diet
Makanan ringan ini memang tinggi kalori kerana daging kisar mengandungi tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Kalau dah makan burger, takkan kosong je kan. Mesti ada keju, sos cili, mayones, kalau nak yang special ada pula telur.Jadi, sebiji burger boleh mengandungi lebih daripada 1000 kalori. Wow!
Ads
6. Mi kari
Hidangan mi kadang-kadang memang menyelerakan juga. Tapi, kandungan kalori dalam mi kari adalah 500. Kalau rasa teringin juga nak makan, apa kata gantikan dengan mi sup, sebabnya makanan ini hanya 380 kalori. Lebih rendah sikit berbanding mi kari.
7. Makanan bergoreng
Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat: 9 kalori) dan lebih-lebih kali kalau menggunakan minyak yang sama. Jadi, kurangkan makanan bergoreng dang anti dengan alternatif lain seperti rebus atau panggang.
Ads
8. Susu pekat manis
Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi kira-kira 60 kalori dan sememangnya ia kurang elok kerana kandungan lemak yang tinggi walaupun merupakan sumber kalsium. Gantikan dengan minuman susu rendah lemak.
9. Roti manis dan donut
Kecur air liur kalau tengok
Ada yang tidak mengambil nasi dan menggantikannya dengan roti kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada kegemukan. Sebaliknya, roti manis atau donut memang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut biasanya mengandungi 200 kalori.
Kalau nak lebih sihat, boleh gantikan dengan roti wholemeal.
10. Mayones
Suku cawan mayones mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g. Untuk penggemar tegar mayones, rasanya boleh la ubah cara makan tu ya.
Sebenarnya, tak salah kalau korang nak makan. Tapi, perlu jaga portion makanan yang diambil. Lepas makan tu, pandai-pandai la bakar semula ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama novelis Ramlee Awang Murshid bukanlah calang-calang orangnya. Bagi peminat novel thriller tempatan, Ramlee Awang Murshid mempunyai sentuhan mata pena yang sentiasa tidak pernah gagal membawa imaginasi mereka ke dalam cereka ciptaannya.
Salah sebuah judul novelnya yang sentiasa disebut ialah Tombiruo. Kini karyanya diterjemahkan pula ke layar perak dengan menampilkan kerjasama luar biasa daripada empat penerbit iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan.
Karya ke bentuk filem ini diberi judul, Tombiruo: Penunggu Rimba. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan ini merupakan pertama kali mereka menerbitkan filem. Kejayaan novel Tombiruo yang diulang cetak sehingga 18 kali sejak tahun 1998 menjadikan penanda aras bahawa filem ini mampu mendapat sambutan hebat di kalangan peminat filem tempatan.
Wan Suraya (Nabila Huda) bersemuka dengan Tombiruo/Ejim (Zul Ariffin).
Remaja berkesempatan menonton sendiri filem aksi drama ini pada majlis Gala Premier yang berlangsung semalam. Sejujurnya, penulis belum berkesempatan untuk membaca novel Tombiruo sebelum menonton filem ini. Langkah diatur ketika menuju ke pawagam tidak disertai sebarang expectation.
Namun, cukup teruja apabila melihatkan barisan pelakon yang cukup hebat menampilkan Zul Ariffin (sebagai Tombiruo/Ejim), Farida Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussain (Pondolou), Dato’ M.Nasir (Tan Sri Berham), Hasnul Rahmat (Juslan), Dynas Mokhtar (Baizura), Faye Kusairi (Salina), Farah Ahmad (Monsiroi) dan Michael Chen (Wong).
Secara kasarnya, Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan tentang Ejim, seorang lelaki misteri yang digelar Tombiruo dan diangap sebagai penunggu rimba. Sejak kecil, Ejim telah berdepan dengan pelbagai cabaran sehingga nyaris meragut nyawanya. Tetapi ada sesuatu yang istimewa dengan Ejim dan juga hutan didiaminya.
Dilahirkan dengan memiliki wajah bukan manusia, Ejim sering disisihkan oleh masyarakat dan menjadi mangsa diskriminasi. Ejim membesar dengan penuh rasa amarah yang terbenam dalam hatinya. Kehadiran ‘ayahnya’ Pondolou yang banyak mengajar erti kehidupan membuatkan Ejim lebih tenang dan mengawal dirinya.
Kemunculan syarikat Anak Bumi di hutan didiami Ejim mula mendatangkan masalah. Kontroversi tentang isu pembalakan telah membawa tragedi dan membuatkan Ejim bertindak demi mencari keadilan.
Tan Sri Berham (Dato’ M.Nasir) bersama isterinya, Bonda (Datin Marlia Musa) dan anaknya, Salina (Faye Kusairi).Mampukah wartawan Sinar TV, Wan Suraya (Nabila Huda) merungkai misteri di sebalik legenda penunggu rimba, Tombiruo?
Perkara pertama yang menarik perhatian penulis ialah kesan khas CGI yang digunakan. Sejujurnya, penulis berasa cukup bangga dengan kemampuan produksi tempatan menghasilkan sebuah filem dengan CGI cukup hebat. Ketelitian serta penggunaan CGI yang tidaklah keterlaluan tetapi kena pada masanya membuatkan jalan ceritanya menjadi lebih menarik.
Pengarah, Seth Larney telah memainkan peranan cukup baik dan sentuhan aksi yang ditonjolkan juga cukup hebat. Menurut Farid Kamil, mereka berlatih selama dua minggu untuk mendapatkan babak yang dikehendaki manakala tempoh 4 minggu pula diambil untuk belajar koreografi serta diajar basic tentang silat sendeng.
Tombiruo (Zul Ariffin) si penunggu rimba!
Aksi pertarungan antara watak Farid Kamil dan Zul Ariffin juga digarap dengan cukup baik. Rasa cukup kagum terutamanya dengan Farid Kamil yang menonjolkan ‘buah’ silat di layar perak. Pelakon yang paling menonjol dalam filem ini pula ialah Nabila Huda yang membawakan watak seorang wartawan Sinar TV.
Melakonkan watak sebagai investigative journalist bukanlah satu perkara yang mudah. Nabila dilihat cukup komited dengan lakonannya dan tidak berlebih-lebihan apabila melakonkan babak yang agak tegang. Penulis juga tertarik dengan lakonan Hasnul Rahmat yang pada mulanya menyembunyikan belangnya. Nak cakap lebih-lebih nanti spoiler pula. Apa yang boleh penulis kongsikan, tontonlah filem ini di pawagam pada 12 OKTOBER 2017 dan rasai sendiri kelainan yang dibawa Tombiruo: Penunggu Rimba.
Rating: 4/5 bintang
Saksikan trailer Tombiruo: Penunggu Rimba
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila kru produksi berjalan sebelah mereka je semasa di set penggambaran drama 3 Gadis Manis musim 3, ramai yang memuji mereka sentiasa wangi tak kiralah semasa di ruang indoor ataupun di luar.
Rahsia mereka adalah.. losyen daripada NIVEA je!
Koleksi NIVEA ini mempunyai tiga jenis varian, terpulang kepada apa yang korang suka. Dalam drama 3 Gadis Manis ini, karakter Ruhainies, Puteri Aishah dan Julia Farhana saling memberi inspirasi untuk terus #StayStrong menangani cabaran hidup serta – hhm – mencari cinta sejati.
Disebabkan mereka bertiga berbeza dari segi personaliti, tak hairanlah masing-masing menyukai varian losyen berbeza daripada NIVEA.
Contohnya Ruhanies memegang watak Maya Kirin yang lembut, adil dan bertanggungjawab. Tak hairanlah dia menjadi seorang pembuat kek. Oleh itu, NIVEA Rose & Argan Oil in Lotion bersesuaian dengannya. Sebagai The Rose Girl, Kirin sentiasa berbau ‘manis’ memikat dan kulit selembut sentuhan ros. Gitu!
Rose & Argan Oil In Lotion 400ml RM21.50
Bagi Puteri Aishah sebagai Icha yang merupakan seorang doktor haiwan, Puteri perlu sentiasa yakin dengan dirinya, ceria dan jujur melakukan tugasan. Tapi kadang-kadang, dia pun mudah hilang sabar. Sebab itulah NIVEA Vanilla & Almond Oil in Lotion ni bersesuaian untuk menenangkannya semula.
Vanilla & Almond Oil Oil in Lotion RM21.50
Kalau korang seorang yang berkelulusan arkitek, sedikit berusia (hey bukan tua okay!) dan bersungguh-sungguh melakukan kerja, mesti korang boleh relate dengan watak Julia Farhana sebagai Sabrina. Dia amat menyukai NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion. Tak terlalu sweet tetapi masih berbau fresh.
Cherry Blossom and Jojoba Oil Oil in Lotion RM21.50
Bagi yang ingan tahu kisah kesudahan Ruhainies, Puteri Aishah dan Julia Farhana, jangan lupa menonton kesemua 8 episod dalam musim ketiga 3 Gadis Manis: Flowers Always Bloom di www.3gadismanis.com.my
Korang pun boleh mencuba kuiz personaliti di laman web www.3gadismanis.com.my bagi mengetahui karakter pelakon mana yang sama dengan koran. Barulah senang nak tahu losyen NIVEA paling sesuai dengan diri korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, acap kali isu kesihatan mental dibincangkan warganet di media sosial. Ada yang memerlukan rawatan pakar, tetapi ada juga yang dianggap ‘sakit’ dek kerana pengambilan dadah berbahaya.
Melalui satu hantaran di aplikasi X, pelakon Izara Aishah berpendapat gangguan mental hanya dianggap sah jika seseorang itu tidak sedang dipengaruhi oleh dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine).
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai dengan lebih dari 6,000 retweet dan 9,000 tanda suka. Isu ini menjadi perbincangan orang ramai apabila beberapa netizen mempunyai pandangan yang berbeza.
Girl seriously. It’s not mental illness when you’re high. That’s it. That’s the whole tweet. https://t.co/UQm8Z0JtBi
Netizen yang dikenali sebagai Nurul Izzah menyatakan bahawa dadah mungkin dianggap sebagai penyelesaian paling mudah bagi pesakit mental yang kurang sokongan.
Namun, pelakon ini menekankan pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) akan memberikan kesan yang lebih teruk.
Kata Izara, berikutan tweet tersebut, beberapa netizen telah memanggilnya bodoh kerana menyatakan bahawa ketagihan dadah merupakan salah satu bentuk gangguan mental.
Tanpa mahu berbalah, menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menegaskan bahawa seseorang tidak dapat dianggap sakit mental jika sedang dipengaruhi oleh dadah.
Jadi apa pendapat korang? ‘Valid’ atau tidak untuk melabel ketagihan dadah sebagai satu bentuk penyakit mental?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Instagram Izara Aishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!