10 Kali Kate Middleton Berpakaian Mirip Princess Diana, Jom Tengok!

Share

 

Mana tumpahnya kuah jika tidak pada nasi.

 

Walaupun Kate Middleton hanya bergelar menantu kepada mendiang Princess Diana namun beliau seringkali menjadikan mendiang sebagai ikon fesyen.

Hari ini semasa sesi pengumuman kelahiran bayi ketiga beliau bersama Prince William, beliau dilihat memakai blaus merah yang kelihatan mirip blaus Princess Diana semasa kelahiran Prince Harry.

Terdapat 9 lagi insiden di mana mereka berpakaian mirip dan seiras. Jom tengok!

 

Princess Diana sedang mengikuti raptai acara perkahwinan beliau dengan Prince Charles pada tahun 1981. Kate Middleton pula mengunjungi pusara Princess Diana sebagai penghormatan di Memorial Garden.

 

Princess Diana dan Kate memilih kot dan topi hitam ketika menghadiri acara memperingati jasa tentera sempena Remembrance Day.

 

Walaupun mempunyai jarak 20 tahun, Princess Diana (1995) dan Kate (2015) kelihatan cantik dalam dress berpetak. Pilihan kasut tinggi mereka berdua juga serupa.

 

Ini merupakan antara momen ‘Deja Vu’ yang paling diingati peminat keluarga diraja Britain. Princess Diana melawat ke Shaukat Khanum Memorial Hospital pada tahun 1996. Kate pula melawat Masjid Assyakirin di Kuala Lumpur ketika lawatan pertama beliau ke Malaysia pada tahun 2012.

 

Princess Diana dan Kate menggemari rekaan peplum. Princess Diana kelihatan bersama Prince Charles pada tahun 1986 manakala Kate pula dari tahun 2012.

 

Satu lagi bukti bahawa mereka menyukai rekaan peplum tetapi kali ini pada suit pula. Lebih menarik, kedua-dua suit dikancing dengan tali pinggang slim.

 

Selain kelihatan cantik dalam pakaian berwarna garang, mereka juga cantik dalam pakaian pastel. Princess Diana memilih rekaan Catherine Walker pada tahun 1985 manakala Kate menyarung dress rekaan Emilia Wickstead pada tahun 2012.

 

Walaupun berlainan warna rambut, namun kedua-dua cantik memakai fabrik hijau dengan corak checkered. Princess Diana berada di Venice pada tahun 1985 manakala Kate di Scotland pada tahun 2012 dalam busana Alexander McQueen.

 

Semasa kelahiran Prince George iaitu putera pertama Prince William dan Kate Middleton, Kate dikatakan mengambil momen bersejarah itu dengan memilih corak polka dot, iaitu corak yang sama pada pakaian Princess Diana selepas melahirkan Prince William.

 

Nampaknya, Kate Middleton selesa untuk memilih Princess Diana sebagai ikon fesyen beliau apabila sekali lagi, memakai pakaian mirip mendiang hari ini selepas melahirkan bayi diraja ketiga keluarga beliau pada Jumaat minggu lepas.

Kate melalui wakil rasmi istana mengakui, beliau memilih pakaian berwarna sama sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang terhadap mendiang.

 

* * * * *

Walaupun kedua-duanya kelihatan cantik, stail siapakah yang lebih korang gemarkan?

Stail moden dan effortless Kate Middleton atau stail retro dan fashionable Princess Diana.

IKLAN