
Kami pasti korang mesti lemau berkurung dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dilaksanakan dibeberapa buah negeri. Malah di kawasan PKPB dan PKPP pun masih banyak aktiviti yang terbatas untuk dilakukan.
Good Data Corporation akan berkongsi ranking drama dan pelakon popular Korea pada saban minggu. Sekadar membuat kelainan, kami kongsikan K-Drama yang menjadi carian popular di Korea kini.

So apa kata korang hiburkan hari dengan menonton 10 K-Drama yang trending ni.
JTBC – “Nevertheless”
SBS – “The Penthouse 3”
KBS – “Police University”
tvN – “Hospital Playlist 2”
KBS – “Revolutionary Sisters”
tvN – “The Devil Judge”
MBC – “Second Husband”
SBS – “Racket Boys”
tvN – “The Tragedy Of One”
tvN – “You Are My Spring”
Okay cukup la 10 kdrama ni dulu, nanti dah habis tonton semua ni penulis bagi list yang lain okay. Ingat, walaupun dah boleh dine in di kedai makan jangan lupa jaga SOP untuk melindungi diri korang dari pandemik Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tip Simpan Duit Cara Sempoi, Sebulan Boleh Dapat RM3,300

Dalam keadaan negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, ramai daripada kita mengurut dahi memikirkan masalah yang sedang melanda persekitaran ekonomi sekarang, ditambah pula dengan gaji kecil. Apa tip nak menyimpan?

Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang gunakan pada waktu-waktu kecemasan.Yelah zaman pandemik ini, semua benda boleh jadi kan!
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kate Ginting ada berkongsikan tentang tips untuk menyimpan duit yang mudah untuk diikuti.
Bolehlah korang start menabung hari ini!
TIPS SIMPAN DUIT
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Nampak macam mudah tapi kalau tak ada kesungguhan tak jadi juga ye. Kalau simpan RM1 sehari pun, setahun dah dapat RM365. Okay la tu daripada tak kumpul duit langsung kan? Belum lagi masuk duit syiling yang korang simpan tepi juga. Boleh la buat sesak-sesak nanti.
Sesiapa yang baru mula atau pernah saving tapi tak sampai sebulan dah guna duit simpanan tu, jangan guna nilai yang banyak untuk menyimpan. Biar sikit asalkan konsisten.
Faham gaiss? Jom buat!
Sumber: Kate Ginting
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jom Lumba Hafal Surah Ini Sama-Sama Dengan Saya”, Ajak Peminat Hafal Surah Al-Mulk! Usaha Nora Danish Dipuji Peminat!

Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.

“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
@nora.danish96 🤍🤍🤍 #noradanish #artismalaysia #viralvideos #noradanishlover #fyp #foryoupagee #noradanish ♬ original sound – Nora Danish
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pertama Solat Tarawih Di Masjidil Haram Ketika Pandemik

Menunaikan solat di Masjidil Haram merupakan antara impian dan pengalaman yang diidamkan oleh seluruh umat Islam di dunia. Tambahan pula, di bulan Ramadan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil keberkatan bersolat di tanah suci itu.
Walau bagaimanapun, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19, ibadah Haji dan Umrah telah pun dihadkan kerana tidak mahu virus itu terus menular di negara Arab Saudi.
Istimewanya bagi individu yang menetap disana, mereka mendapat kelebihan untuk menunaikan solat Jemaah dan tarawih di tanah haram. Seperti yang telah dikongsi oleh Kashful Azim Shaharuddin, baru-baru ini dia berkesempatan menunaikan solat tarawih di sana.
Menurutnya lagi ini merupakan kali pertama solat tarawih di Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah dibuka kepada orang awam semenjak wabak COVID-19 melanda. Tahun lepas hanya para petugas dua masjid ini sahaja yang dibenarkan untuk solat di sini sepanjang bulan puasa.

Namun, ada beberapa arahan baru yang telah dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi melibatkan SOP di masjid-masjid sepanjang Ramadan dan ia harus diikuti semua Jemaah. Antara arahan yang dikeluarkan adalah jemaah umrah serta jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah mestilah dari salah satu golongan yang sudah mendapat suntikan vaksin lengkap dua dos atau minima 14 hari selepas menerima dos pertama atau mereka yang sudah sembuh dari jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga tidak dibenarkan masuk ke dua masjid utama ini buat masa sekarang.
Sekiranya didapati melanggar peraturan ini, individu tersebut boleh dikenakan hukuman berupa wang berjumlah SR10,000 bagi sesiapa yang mengerjakan umrah tanpa permit dan denda SR1000 bagi sesiapa yang mencuba masuk untuk solat di Masjidil Haram Mekah tanpa permit.
Jom kita ikuti perjalanan Kashful Azim yang telah dikongsi di laman Facebooknya.
Dengan berbekalkan sebuah beg berpakaian ringkas, lelaki itu bertolak dan berdoa supaya dapat solat di dalam masjid bermula waktu Maghrib sehingga Witir malam nanti walaupun telah ada permit solat. Ini kerana di Arab Saudi ni, memang akan ada sesuatu yang akan berlaku last minit sehingga boleh menyebabkan kelancaran perjalanan terganggu. Kena banyak berdoa sikit kalau nak selamat.
Disebabkan Azim dari Madinah, dia telah menempah tiket keretapi laju pergi dan balik. Keretapi Laju Haramain ni baru dibuka semula perkhidmatannya sebelum Ramadhan pada 31 Mac lalu. Harga sehala untuk Business Class adalah SR287.50 dan harga untuk Economy Class adalah SR172.50. Tiket boleh ditempah di webnya.


Setibanya di Masjidil Haram, ada beberapa perkara yang diberitahu oleh polis disana tentang syarat dan kawalan jika hendak solat di masjid tersebut. antaranya adalah seperti berikut:
1. Bagi yang tinggal di hotel/rumah yang jauh dari Masjidil Haram dan ingin ke Masjidil Haram, korang perlu menaiki bas dari checkpoint Kudai atau checkpoint Shisha. Perlu bayar SR20 tambang bas pergi balik atau percuma ikut rezeki hari tersebut.
2. Solat hanya dilaksanakan di bangunan extension di Pintu Malik Abdullah. Hanya mereka yang melaksanakan umrah sahaja boleh masuk ikut pintu Malik Abdul Aziz di hadapan Menara jam.




Alhamdulillah dapat rezeki menunaikan solat tarawih di Masjidil Haram sewaktu pandemik ini. Bukan semua orang berpeluang menjejakkan kaki di tanah haram ketika ini dan peluang yang saudara Azim dapat ini mungkin adalah sebahagian daripada rezeki besar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Marilah kita sama-sama berdoa agar situasi pandemik COVID-19 ini pulih dan kita semua berpeluang lagi menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. InsyaAllah.
Sumber: Kashful Azim Shaharuddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

