10 Filem Korea Terkenal Ini Rupanya Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Share

Selain daripada menghasilkan karya drama terbaik, Korea juga banyak menerbitkan filem-filem yang menarik untuk ditonton. Terdapat banyak filem Korea yang mendapat jumlah kutipan yang tinggi, antaranya Miracle In Cell No. 7, Train To Busan dan Extreme Job.

Namun, mungkin ramai yang tak tak bahawa terdapat beberapa cerita yang difilemkan itu sebenarnya adalah diinspirasikan daripada kisah benar.

Berikut merupakan antara 10 filem Korea yang diadaptasi menurut kisah realiti.

1. Memories of Murder

Filem ini diadaptasi daripada kisah pembunuh bersiri pertama di Korea Selatan. Walaunpun ia tidak disebut, namun pada tahun 1986 dan 1991, 10 orang wanita didapati dibunuh di Hwaseong. Tapi, filem Memories of Murder ini memberi fokus kepada cerita dua orang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri tersebut.

2. The Chaser

Berdasarkan pembunuh bersiri Korea, Yoo Young Chul juga mengakui bahawa dirinya seorang kanibal. Dia telah membunuh 21 orang, kebanyakannya pelacur dan lelaki tua yang kaya. Young Chul melakukan jenayahnya itu di antara September 2003 dan Julai 2004. Menurut kenyataan yang di buat di kaca TV, lelaki itu berkata “Wanita tidak boleh menjadi pelacur dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan.”

3. Northern Limit Line

Filem ini ditayangkan pada tahun 2002 berdasarkan peristiwa kehidupan sebenar sewaktu Pertempuran Kedua Yeonpyeong. Kisah ini menceritakan tentang bot peronda Korea Utara yang menyeberang ke perairan Korea Selatan melancarkan serangan mengejut keatas bot peronda Korea Selatan Chamsuri 357.

Insiden itu berlaku pada malam sebelum perlawanan terakhir Piala Dunia 2002, menyaksikan enam pelaut di bot Chamsuri 357 terbunuh, mencederakan 18 orang lain, dan memusnahkan bot peronda.

4. As one

Berdasarkan kisah kehidupan nyata pemain ping pong Korea Selatan dan Korea Utara yang bersatu untuk bermain dalam Kejuaraan Dunia 991 di Chiba, Jepun. Filem ini menggambarkan semua perjuangan yang mereka hadapi untuk bersama-sama menjadi satu pasukan yang bersatu.

5. Signal

Siri jenayah terkenal ini sebenarnya diilhamkan daripada beberapa kes jenayah di kehidupan nyata yang berlaku di Korea Selatan, termasuklah kes pembunuhan bersiri Hwaseong yang terkenal.

6. Silenced

Menceritakan tentang kisah pelajar bermasalah pendengaran yang dianiaya selama bertahun-tahun sebelum kedatangan seorang guru baru di sekolah tersebut. cerita ini berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku di sekolah, dimana pelajar cacat pendengaran menjadi mangsa gangguan seksual oleh ahli fakulti. Ia bahkan menggambarkan proses mahkamah yang menjatuhkan pihak fakulti dengan hukuman minimum.

7. Battleship Island

Filem ini menjadi kontroversi kerana menceritakan tentang perjuangan masyarakat Korea Selatan pada tahun 1945, iaitu ketika Perang Dunia Kedua. Dianggarkan lebih kurang 400 orang Korea Sealtan menjadi tahanan Jepun dan dipaksa bekerja di perlombongan arang batu. Di Pulau Hashima, Nagasaki, buruh-buruh paksa ini dilayan dan diperlakukan dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan.

8. Don’t Cry Mommy

Daripada kisah benar Miryang Gang Rape, menceritakan tentang seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh 44 orang pelajar lelaki sekolah menengah selama setahun. Namun begitu, filem ini hanya diinspirasikan daripada kes tersebut kerana lebih banyak fiksyen daripada fakta.

9. Hope

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang kes Cho Doo Soon pada tahun 2008, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang diperkosa dan dipukul oleh lelaki mabuk berusia 57 tahun di tandas awam. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun kepada lelaki itu dan ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana menyifatkan hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

10. Cart

Diilhamkan daripada insiden yang berlaku pada tahun 2007 di sebuah pasar raya Homever yang memecat pekerja sementara yang kebanyakannya wanita. Pekerja yang dipecat dan kesatuan pekerja telah melancarkan mogok di hadapan pasar raya selama 512 hari sehingga masalah itu diselesaikan.

Patutlah jalan ceritanya menyentuh hati, rupa-rupanya daripada kisah benar.

Sumber: Koreaboo, Kakimuvee

IKLAN