Baru sahaja berpindah ke rumah baharu, penyanyi meningkat naik, Syada Amzah akui tidak berdepan sebarang masalah untuk membiasakan diri dengan persekitaran berbeza.
Menurut Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, suasana di rumah tidak berubah kerana orang-orang yang disayanginya masih ada di sekelilingnya.
“Pada saya, tiada banyak yang berubah. Apapun yang berlaku, saya melihat sebuah rumah itu lebih daripada sekadar batu bata.
“Yang lebih penting adalah orang-orang yang berada di dalam rumah itu. Di mana pun saya berada, walaupun di negara lain, kalau saya bersama keluarga, itu adalah rumah saya.
“Jadi, tiada banyak yang berubah kerana rumah saya masih sama secara metaforanya,” katanya kepada REMAJA ketika sesi temu bual minggu lalu.
Ads
Bagaimanapun, adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini akui keadaan rumah yang sedikit kecil berbanding sebelumnya telah memberikan tekanan kepada kucing-kucing peliharaannya sehingga ada yang mati.
“Ketika baru berpindah, kucing-kucing saya agak stres. Jadi, saya perlu luangkan banyak masa bersama. Sebelum ini, saya pernah maklumkan yang saya mahu berikan beberapa ekor kucing kepada orang lain disebabkan keadaan rumah yang semakin kecil.
“Pada saya, kucing-kucing saya adalah keluarga. Bila saya rancang nak bagi kepada orang, saya menangis dan rasa berat hati. Saya dah jaga kucing ini bertahun-tahun.
Ads
“Ketika itu, saya nak bagi 10 daripada 25 ekor kucing yang saya ada. Nak dijadikan cerita, 10 ekor kucing tersebut telah pun mati dalam masa enam hari. Kesemua kucing itu masih kecil,” kongsinya lagi.
Jelas penyanyi itu lagi, pemergian kucing-kucing tersebut memberikan kesan yang cukup mendalam baginya yang telah menjaga mereka dari lahir lagi.
“Selepas membuat pemeriksaan di klinik, doktor memaklumkan kucing-kucing tersebut dikatakan tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan di rumah baharu.
“Kemungkinan sebab stres. Padahal saya bagi makan banyak dan sama seperti yang lain. Bila bawa ke klinik, doktor maklumkan, bila penyakit itu dah merebak, ia tak boleh diselamatkan lagi.
Ads
“Doktor bagitahu, ia bukan virus tapi merupakan satu kondisi toksik kerana kucing-kucing ini tak biasa dengan rumah baharu. Mungkin rumah baharu ini tidak kena dengan antibodi kucing-kucing ini atau mereka rasa terancam,” akhirinya.
Terdahulu, Shila dikatakan mahu menjual rumah keluarga kerana kediaman tersebut dikatakan meninggalkan banyak kenangan tidak menyeronokkan, susulan perceraian ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Instagram Syada Amzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kdrama Extrao rdinary Attorney Woo, drama 16 episod yang bakal melabuhkan tirainya esok dikhabarkan bakal menemui peminat untuk musim kedua.
Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh presiden Lee Sang Baek dari ASTORY yang mengumumkan bahawa siri drama ini akan disambung ke musim kedua dan dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2024.
“Terima kasih atas sokongan ramai penonton, Attorney Woo akan kembali untuk musim kedua. Kami berharap drama tersebut dapat ditayangkan pada 2024. Walau bagaimanapun, proses pelarasan jadual pelakon dan kru menjadi cabaran paling besar. Kami berharap untuk meneruskan musim kedua tanpa sebarang pertukaran pelakon atau sebarang perubahan kepada tenaga produksi,” jelasnya.
Drama Extraodinary Attorney Woo mengisahkan tentang seorang penghidap gangguan spektrum autisme, namun sangat berbakat dalam bidang undang-undan kerana mampu menghafal segala akta perundangan sejak kecil lagi. Keistimewaannya itu menjadikannya seorang peguam dan bekerja di firma guaman terkemuka, Hanbada.
Walaupun seorang autistik, namun kelebihan dan kemahiran Woo Yong Woo menyelesaikan kes menjadi tarikan utama yang membuatkan penonton tertarik dengan drama ini.
Dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Young dan Yoon Kyeong Ha, drama Extraordinary Attorney Woo bakal berakhir pada esok hari. Sehingga kini, drama ini menerima pujian dan jumlah rating yang tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ribuan ucapan tahniah telahpun dilayangkan kepada pasangan serasi, Ayda Jebat dan Nabil Mahir sejak mengikat tali pertunangan kira-kira seminggu yang lalu.
Menariknya, disebabkan ia disempurnakan pada hari kelahiran Nabil yang secara kebetulan jatuh dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis tersebut tetap diteruskan secara online saja.
Menuru adik kepada Ayda iaitu Danial yang dihubungi Remaja, majlis merisik dan pertunangan yang kelihatan ‘seperti diadakan’ di kediaman Ayda hanya menggunakan aplikasi Google Meet untuk bertemu dengan Nabil dan keluarganya.
Foto yang melihatkan mereka berdua di atas pelamin pertunangan hanyalah foto yang disunting seolah-olah mereka berada di lokasi yang sama.
Di mana ada kemahuan, di situ ada pertunangan!
Kongsi Danial lagi, “Nasib baik saya dan keluarga memang berada di rumah Ayda sebelum PKP bermula dan kami stuck di sini. Jadi semua persediaan memang kami lakukan sendiri. Yang paling penat saya lah!” selorohnya.
“Persediaan seperti hantaran, pakaian dan pelamin semuanya menggunakan servis penghantaran (delivery) saja. Walaupun macam pelik dan tidak seperti majlis pertunangan pasangan Melayu lain, yang penting ia berjalan lancar. Keluarga saya menerima Nabil dengan baik, dan begitu juga dengan keluarga Nabil yang menerima Ayda.”
Cantik sedondon dalam persalinan merah jambu cair, penulis tertanya juga perasaan Danial sendiri yang akan menerima seorang abang ipar?
“Mestilah saya gembira dengan news ini. Saya doakan pertunangan kakak saya dan Nabil akan berakhir di jinjang pelamin. Dan terus dapat baby yang comel macam saya! (ketawa). Saya pasti Nabil boleh menjaga kakak dengan baik,” katanya lagi.
Best kan apabila keluarga pasangan dapat menerima kita sebaik mungkin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...