Setelah melancarkan video muzik Let Me bulan lalu, Zayn Malik is on the roll dengan muzik video terbaru dan ia telahpun mencapai kedudukan nombor 41 dalam senarai Trending.
Entertainer merupakan single terbaru Zayn Malik dan ia dikeluarkan seiring dengan muzik video melalui akaun YouTube Vevo-nya. Sarat dengan adegan pendek yang dimuatkan ke dalam sebuah video, ramai yang memuji video tersebut – sama seperti respons mereka terhadap video-video sebelum ini.
Namun, satu perkara lagi yang SAMA di antara semua video muzik Zayn adalah penampilan model perempuannya yang – hhm – tak ubah seperti sosok wajah bekas kekasihnya, iaitu model Gigi Hadid.
Okay, okay, lets recap. Entertainer adalah video sequel kepada Let Me yang dilancarkan bulan lalu. Di dalam Let Me, model yang dimaksudkan iaitu Sofia Jamora membuat penampilan kali pertama. Sudah tentu jika namanya pun sequel, Sofia akan terlibat sama di dalam Entertainer, kan?
Sofia yang mirip dengan wajah Gigi membawa watak sebagai kekasih yang telah membohongi Zayn. Emosi tersebut turut jelas kedengaran pada lirik Entertainer.
When you lied to my face, I could see the truth.
Every step with the way I knew, how you fooled me, boo.
Adakah Zayn akan meneruskan sequel ‘percintaan curang oleh model berwajah seakan Gigi Hadid’ ini untuk video muzik seterusnya? Hhm, kenalah tunggu. Apapun, korang decide sendiri jika Sofia memang mirip Gigi?
Baca: Zayn Malik Makin Keliru Gara-Gara Gigi Hadid Main Tarik Tali
Ramai Panik Saat Pesawat Langgar Awan Seolah Pesawat Akan Terhempas, Faktanya Turbulence Tak Bahaya Pun!
Pernah tak semasa naik kapal terbang, berlaku goncangan yang kuat ketika pesawat melanggar awan tebal sehingga kita merasakan seolah-olah kapal terbang dinaiki akan terhempas.
Biasanya juruterbang akan mengumumkan agar semua penumpang memakai tali pinggang masing-masing dan duduk di kerusi bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Goncangan udara atau disebut turbulence ini pastinya membuatkan ramai penumpang panik kerana dalam tragedi nahas udara, jarang mangsa terselamat bila berada di atas 30,000 kaki berdasarkan tragedi-tragedi nahas udara sebelum ini.
Sebelum ramai panik dan kecut perut untuk menaiki kapal terbang, ini 9 fakta tentang turbulence yang kaki melancong kena tahu.
1- Umumnya turbulence tak bahaya pun : Kadang-kala turbulence berlaku dalam penerbangan dan pastinya saat mengalaminya, ramai penumpang berasa takut dan berasa tidak selesa. Ada berbagai tingkat dan jenis turbulence yang disebabkan oleh sejumlah faktor . Ini kerana di langit, ada arus naik dan turun, arus termal termasuk Clear Air Turbulence (CAT) atau dalam bahasa mudahnya, turbulence udara cerah yang mana faktor ini berlaku dari kecepatan dan arah angin yang berubah dengan cepat.
- Cedera akibat turbulence berlaku tapi sangat jarang : Federal Aviation Administration menyatakan sekitar 58 penumpang pesawat alami luka akibat turbulence setiap tahun. 2/3 jumlah itu adalah pramugari dan penumpang yang tidak memakai tali pinggang saat turbulence berlaku. Ikut kiraan kes hanya 20 orang dari 800 juta penumpang yang terbang di Amerika Syarikat alami luka khususnya pada ketinggian 30,000 kaki atau lebih di udara.
- Pilot biasanya tahu turbulence akan berlaku : Dalam banyak kes, pilot biasa sudah dapat mengagak akan berlakunya gejolak udara di depan mereka. Sebab itulah tanda memasang tali pinggang diberi lebih dahulu agar penumpang lebih bersedia. Pilot mengetahui hal ini kerana laporan cuaca sebelum penerbangan, radar kokpit dan laporan dari pesawat yang sudah melalui kawasan turbulence.
- Namun ada fenomena Clear Air Turbulence : Turbulence udara cerah adalah turbulence paling berbahaya. Ini kerana fenomena ini berlaku di langit tidak berawam dengan pemandangan yang sempurna. Masa yang sama, CAT ini tiada tanda-tanda dan kebanyakan kecederaan adalah disebabkan oleh CAT ini.
- Frekuensi turbulence udara cerah semakin meningkat : Memandangkan pemanasan global semakin berlaku, frekuensi atau kekerapan untuk terjadinya turbulence udara cerah semakin meningkat. Para ilmuan berpendapat, keadaan dunia pada masa kini meningkatkan risiko ini berlaku dua kali ganda dari sebelumnya.
- Turbulence tidak akan sebabkan pesawat terhempas :- Satu hal yang perlu difahami, turbulence tidak akan mengakibatkan pesawat jatuh terhempas. Goncangan kuat berlaku tapi tak akan sampai buat pesawat terjatuh ya. Ini kerana kapal terbang telah dilengkapi sistem yang lengkap untuk apa jua cuaca dan keadaan.
- Juruterbang sudah dilatih menghadapi turbulent : Untuk mencegah atau menghadapi turbulence, juruterbang telah dilatih untuk mempelajari keadaan cuaca, membuat perencaan tepat, memilih route perjalanan yang tepat dan tahu bagaimana untuk menenangkan penumpang yang cemas saat berlaku kejadian ini.
- Perhatikan tanda pemakaian tali pinggang : Ramai ambil sikap tidak pedulikan saat tanda pemakaian tanda tali pinggang terpancar. Ramai ambil remeh dan menganggap tidak penting. Seharusnya penumpang harus peka dengan semua situasi dalam pesawat.
- Ada teknologi membantu pesawat hindari turbulence : Sejumlah kapal terbang sedang menguji teknologi canggih yang dapat membantu pesawat menghindari turbulence dengan menggunakan laser ultraviolet dengan menguji getaran udara di depan pesawat.
Jadi jangan bimbang yang tentang turbulence kerana ianya tidak berbahaya jika kita mengikut arahan seperti memakai tali pinggang saat disarankan memakainya.
“Cik Akak, Cik Abang, Bukan Semua Baju Boleh Disarung Ke Badan Ya”, Perunding Imej Kongsi 5 Kesilapan Berpakaian
Dress up! Baik lelaki mahu pu perempuan, hari ini selesa menyarung apa saja pakaian ke badan. Asal cantik dan selesa tanpa mengambil kira situasi lokasi, majlis dan siapa yang ingin ditemui adalah kesilapan dalam tata cara etika berpakaian yang sebenar-benarnya. Tidak hairanlah, ada masa dan ketika, pakaian dikenakan ke tubuh tidak bersesuaian sehingga terasa janggal.
Menyedari ramai silap dalam menyarung pakaian sesuai, perunding imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan baik lelaki mahu pun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!
Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :
- Lokasi: Sebelum menghadiri majlis, kenal pasti dulu lokasi hendak dituju. Contohnya, majlis kahwin. Lebih sopan jika lelaki mengenakan t-shirt berkolar berbanding round neck. Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.
- Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa– Berpenampilan kemas adalah dituntut dalam semua majlis. Lebih baik begitu dari terasa janggal. Ini kerana kadang kala kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Contohnya, jika dia adalah prospek perniagaan kita, pekerjaan masa depan kita dan sebagainya. Jika pada kali pertama pertemuan soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.
- Pakai baju lebih dari saiz badan –Ramai orang berisi biasanya akan mengenakan baju yang lebih besar untuk menutupi bentuk badan. Ini salah kerana baju besar akan lebih membuatkan seseorang kelihatan lebih besar. Jika saiz badan M, pakailah M. Jangan ambil L. Lelaki dan perempuan agak sama dalam hal ini kerana mereka mahu menutupi kekurangan diri itu. Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu ke pinggang. Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.
- Suai dan padan – Ramai orang silap dalam aspek ini. Sebagai contoh, bagi perempuan, contohnya jika dia mengenakan kemeja plain tetapi dia pakai tudung satin. Kenapa nampak silap di sini? Kata Wawa Idris, satin dianggap kain yang mewah, berkilauan dan cantik tetapi kalau dipadankan dengan kemeja dari cotton, ada kesilapan di situ. Nampak kurang sesuai dengan pemilihan fabrik.Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.
- Personaliti– Ini paling penting kerana orang harus kenal pasti personaliti dirinya. Kata Wawa Idris, jika sudah kenal, barulah seseorang individu itu tahu bagaimana mengenakan pakaian sesuai untuk dirinya. Namun untuk ujian personaliti diri ini, satu ujian berbentuk soalan harus dilalui terlebih dahulu. Dari situ pakar perunding imej akan mengenal pasti personaliti individu tersebut.Misalannya, kalau seorang itu natural sporty (suka pakai baju tanpa gosok, boleh pakai baju sama berulang kali, main sarung tanpa kisah), sebagai perunding imej saya sudah boleh nampak karektor individu itu semasa bertemunya. Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.
Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.
PM Finland Terbaru Berusia 34 Tahun! Adakah Malaysia Juga Bakal Ada?
#GirlPower!
Era pemerintahan sedunia telah berubah sama sekali kebelakangan ini.
Jika di Malaysia kita berbangga dengan perlantikan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia & Sukan pada tahun lalu lantas menjadi menteri termuda pernah dilantik dalam parlimen negara.
Di Finland pula pada minggu ini, Sanna Marin yang baru berusia 34 tahun bakal memacu tampuk kepimpinan negara tersebut sebagai Perdana Menteri Finland.
Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Pengangkutan & Komunikasi Finland.
Perubahan ini berlaku setelah Perdana Menteri Finland, Antti Rinne kehilangan kepercayaan di parlimen lalu Sanna dipilih sebagai pemimpin baru.
Upacara mengangkat sumpah dijadualkan akan berlangsung pada minggu ini dan secara automatik, Sanna akan menjadi peminpin negara termuda pernah dilantik.
Untuk pengetahuan korang, Sanna memulakan karier politik beliau pada usia 27 tahun.
Situasi mirip berlaku pada Syed Saddiq yang dilantik pada usia 25 tahun. Adakah beliau bakal berpeluang untuk memimpin negara satu hari nanti?