
Baru-baru ini, penyanyi Elyana telah pun berkongsi tentang tahap kesihatannya yang terkini, iaitu dia hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit itu.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk korang fahami.
Tanda dan gejala Kanser Limfoma
– Benjolan di leher, ketiak atau pangkal paha (tanda utama)
– Demam berpanjangan
– Hilang selera makan
– Hilang berat badan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa yang berisiko?
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti:
– Pesakit autoimun
– Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
– Penerima organ
– Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma

Faktor umur :
Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
Tahap Limfoma

Jika korang mempunyai sebarang simptom atau pun tanda-tanda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Walaupun masih muda, jangan ingat yang korang tidak terlepas daripada dihidapi kanser. Sesungguhnya penyakit ini tidak mengenal mangsa.
Sumber: KKM, myhealth.gov.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan Datuk Misbun Sidek Menarik Perhatian Kelab India, Langkah Baharu Legenda Badminton

Kehebatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih badminton bertaraf dunia terus mendapat pengiktirafan apabila legenda negara itu kini berada di India bagi memulakan tugas kejurulatihannya bersama Hatsun Badminton Centre di Thiruthangal, Tamil Nadu.
Pelantikan ini sekali gus menandakan langkah antarabangsa pertamanya di luar Malaysia.
Kehadiran Misbun Sidek di India bukan sekadar simbol kepercayaan, malah mencerminkan reputasi serta kredibilitinya dalam membentuk pemain bertaraf dunia, hasil rekod cemerlang beliau bersama beberapa pemain terbaik Malaysia sebelum ini.
Pusat latihan yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Madurai itu dilengkapi fasiliti moden termasuk gelanggang latihan lengkap serta trek larian di kawasan seluas 10 ekar.
Kemudahan bertaraf tinggi ini menjadi platform terbaik buat Misbun mencurahkan pengalaman dan kepakaran beliau kepada bakat muda India yang sedang meningkat naik.
Keputusan untuk menerima tawaran tersebut dibuat selepas Misbun melihat sendiri kesungguhan dan komitmen tinggi pihak pengurusan kelab, selain tertarik dengan jumlah besar pemain muda yang aktif menyertai kejohanan antarabangsa.
Kesungguhan Kelab India Jadi Faktor Penentu
Menurut Misbun, pihak pengurusan kelab telah beberapa kali menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat beliau, sekali gus membuktikan kehebatan Datuk Misbun Sidek terus ditagih di luar negara.
“Mereka sudah bertanya banyak kali, jadi saya membuat keputusan untuk pergi dan berkongsi ilmu badminton yang saya ada bersama mereka,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook Nusa Mahsuri.
Misbun Sidek di India melihat potensi besar dalam kalangan pemain muda kelab yang aktif menyertai kejohanan antarabangsa, walaupun kebanyakan mereka bukan daripada skuad kebangsaan.
Beliau menjelaskan bahawa kumpulan pemain kelab di India merupakan aset besar kerana mereka berani mencuba dan mempunyai tahap komitmen yang tinggi, selain disokong oleh jurulatih tempatan yang juga terdiri daripada bekas pemain.
Misbun menegaskan kehadirannya bukan sekadar untuk melatih pemain, sebaliknya turut membuka ruang untuk beliau menimba pengalaman baharu dengan mengadaptasi budaya luar serta menggabungkan ideologi kejurulatihannya sendiri.
“Saya mempunyai budaya saya sendiri untuk Malaysia, namun saya mahu melihat bagaimana ideologi yang saya ada boleh digabungkan dan dikongsi bersama mereka kerana mereka juga mahu pemain berada di tahap dunia,” ujarnya.

Misi Melahirkan Pemain Nombor Satu Dunia Keempat
Dalam projek kejurulatihan ini, Misbun bergandingan dengan jurulatih tempatan, Rajinikanth, di Pusat Badminton Hatsun di Sivakasi, Tamil Nadu, dengan misi besar melahirkan pemain nombor satu dunia buat kali keempat.
Sebelum ini, Misbun mencipta sejarah apabila berjaya membimbing Datuk Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Datuk Seri Lee Chong Wei untuk menduduki ranking nombor satu dunia, dan beliau percaya misinya masih belum berakhir.
“Saya sudah melahirkan tiga pemain nombor satu dunia dan kini masih mencari yang keempat. Mungkin pemain itu berada di India,” katanya.
Salah satu nama yang mencuri perhatian Misbun Sidek di India ialah pemain ranking ke-88 dunia, S Rithvik Sanjeevi, juara Masters Odisha 2024, yang dilihat memiliki potensi besar untuk berkembang di bawah bimbingan legenda kejurulatihan Malaysia itu.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bakal Pengantin Perlu Jalani Ujian Swab Sebelum Nikah, Ini Respon Netizen

Sejak dari tahun lepas lagi, bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga menerima ujian ketika pandemik COVID-19 ini kerana ada yang terpaksa membatalkan pernikahan mereka. Sehingga kini, masih ramai lagi bakal pengantin yang terpaksa menghadapi situasi ini dan ada yang mengambil keputusan untuk melakukan majlis akad nikah sahaja.
Dengan keadaan situasi seperti sekarang, majlis perkahwinan tidak boleh dijalankan dan hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa akad nikah.

Namun, ia tertakluk kepada kerajaan negeri tersebut sama ada ingin menetapkan syarat-syarat lain sebelum bakal pengantin dinikahkan.
Di Kedah, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian COVID-19 sebelum majlis akad nikah bermula 1 Februari 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.
Ujian saringan tersebut boleh dilakukan dimana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM termasuk swasta dengan kos yang perlu ditanggung sendiri.
Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula perlu mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis kerana JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk merentas daerah atau negeri.
Akad nikah juga akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, nampaknya keputusan ini menerima kritikan netizen yang menganggap ia hanyalah akan menyukarkan lagi untuk bakal pengantin dan memerlukan mereka mengeluarkan kos tambahan bagi melakukan ujian swab tersebut.






Namun begitu, ada juga yang memberi pandangan usaha ini salah satu jalan terbaik bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Hm, macam mana pula dengan pendapat korang?
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Evertts Gomes, Mierul Aiman, ALPHA, Wani Kayrie & Ramai Lagi Bakal Beri Sokongan Untuk Cabaran sooka Gilerrr

Kalau korang merupakan peminat penstriman dan cabaran ekstrem, bersedialah!
Platform penstriman paling pesat diminati, sooka bakal memeriahkan bahagian Piazza, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil menerusi acara ‘sooka Gilerrr Streaming Challenge’ yang merupakan cabaran penstriman secara langsung pertama seumpamanya di Malaysia.
Semangat ‘Gilerrr’ Rakyat Malaysia
Kempen sooka Gilerrr bukan sekadar untuk hiburan semata-mata. Ia sebenarnya simbolik kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang tak pernah berhenti menonton drama sambil melakukan rutin harian masing-masing. Tidak kiralah korang sedang memasak, sedang bersenam di gym atau sedang melakukan tugasan tertentu, korang tidak perlu berenggang dengan peranti untuk menonton sebarang program kegemaran hanya menerusi sooka.
Budaya penstriman kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Melalui kempen ini, sooka ingin meraikan obsesi rakyat Malaysia terhadap hiburan dengan cara yang berani, menyeronokkan, positif dan interaktif sambil mencampur adukkan sedikit identiti tempatan yang berwarna-warni.
Cabaran Penstriman Paling Ekstrem
Cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge ini bakal menguji peserta untuk menstrim secara langsung sambil menyelesaikan pelbagai cabaran fizikal dan mental tanpa henti. Peserta bukan sekadar perlu menonton tetapi juga melalui ujian sebenar yang menguji ketahanan, kemampuan fokus dan skil multitasking mereka.

Secara tidak langsung, cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge merupakan manifestasi sebenar kepada ‘semangat tak berhenti menstrim’ yang menjadi sebahagian daripada identiti jenama sooka.
Barisan Selebriti & Persembahan Hebat
Bagi menghangatkan acara berkenaan, sooka turut akan menampilkan empat orang duta sooka masa kini terdiri daripada barisan selebriti muda tempatan seperti Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie, dan Kimberly Chuah. Masing-masing tampil dengan persona menyeronokkan dan berani, selari dengan karakter jenama sooka.
Selain itu, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan penampilan istimewa finalis pencarian Dewi Remaja 2025, Astro Star Quest Top 12 dan bintang-bintang Astro Originals & Shorts seperti Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim dan Mierul Aiman.



Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menambah kemeriahan tetapi juga bakal mempamerkan kepelbagaian kandungan hiburan yang ada di sooka; daripada konten sukan, drama, filem hinggalah program muzik tempatan.
Hadiah Bernilai RM100,000 Menanti Pemenang!
Kalau korang ingin tahu, hadiah lumayan cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge bukan sahaja menanti para pesertanya. Penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM100,000; termasuklah kenderaan Proton e.MAS 5, Samsung 85” QLED Smart TV, iPhone 17 Pro Max 512GB, MacBook Air 15”, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3, Dyson Hair Dryer dan banyak lagi.
Sekiranya korang ingin berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah tersebut, jangan lupa to mark your date untuk menyertai acara penuh adrenalin ini di Pavilion Bukit Jalil dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge turut disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai rakan penaja lokasi yang menawarkan suasana premium dan mudah diakses serta Vida sebagai rakan penaja minuman.
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar diri menerusi laman sesawang sooka.my.
@sookamalaysia🔥 Kim dah accept challenge dari Evertts. Kau tunggu apa lagi?! Kalau rasa kau lagi GILERRR, jom tunjuk kat sooka Gilerrr Streaming Challenge 💥 🗓 29 NOV 2025 |📍PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil ⏰ 9AM–10PM 💰 RM100K worth of prizes! 👉 Register now at sooka.my/m/whats-new/challenge Takde sooka lagi? Download & subscribe sekarang!♬ original sound – sooka malaysia
Teruskan menstrim platform penstriman tempatan yang menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, dari sukan langsung, drama tempatan, hiburan sehingga filem antarabangsa, semuanya direka khas untuk penonton Malaysia yang suka menonton di mana sahaja, bila-bila masa.
Platform ini boleh diakses melalui aplikasi mudah alih dan laman web, dengan langganan fleksibel serta percubaan percuma, menjadikannya pilihan utama untuk peminat hiburan yang sentiasa on-the-go.
@remaja.my Gandingan dua anak seni kelahiran ✨negeri di bawah bayu✨ ini mungkin belum pernah lagi disatukan dalam frame yang sama. Tetapi di bawah ☂️ sooka giler, we got them⚠️ Nantikan Remaja edisi digital November 2025 bersama dua daripada empat penghias wajah hadapan bulan ini, @Evertts Gomes & @WANI KAYRIE di www.remaja.my. #MajalahRemaja #EverttsGomes #WaniKayrie #sooka #sookaMalaysia ♬ sonido original – Steve
@remaja.my Seorang atlet 🥊 dalam Generasi: Perfect 10. Seorang lagi pula doktor ‘Ponti-No-Anak’ yang ada deria ghaib luar biasa dalam 👩🏻⚕️👻 Dr. Pontianak 2. Tapi satu persamaan di antara mereka adalah kedua-dua drama lakonan mereka itu boleh korang strim di sooka je! Nantikan Remaja edisi digital November 2025 bersama dua daripada empat penghias wajah hadapan bulan ini, @Kimberly Chuah & @Aiman Ameer di www.remaja.my. #MajalahRemaja #KimberlyChuah #AimanAmeer #sooka #sookamalaysia ♬ 4batz – Blknbt
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


