
TikTok bukan aplikasi yang asing lagi buat masyarakat Malaysia, malah ramai mengunakan medium ini untuk menyebarkan info dan ilmu yang berguna.
Mungkin kedengaran agak pelik, namun semalam Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz melalui akaun TikToknya menyeru Keluarga Malaysia berbagi idea untuk Bajet 2022 yang bakal dibentangkan tak lama lagi.
@tzafrul_azizAnda ada idea untuk Bajet 2022? Rakam dan upload ke TikTok! ##KeluargaMalaysia ##MYInclusiveBudget ##Bajet2022 ##fyp ##foryoupage♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz
Melalui video tersebut, katanya pihak Kementerian Kewangan (MOF) ingin mendengar saranan rakyat Malaysia untuk penyediaan Bajet 2022, terutamanya golongan belia.
Jangan lama-lama dan panjang-panjang janji pandangan dan hasrat korang tentang Bajet 2022 didengari Menteri Kewangan kita. Video berdurasi lebih satu minit di TikTok sudah memadai.
Jangan lupa juga untuk letakkan hashtag #MYInclusiveBudget dan #Bajet2022 untuk mudahkan pihak MOF mengesan video anda. Boleh menghantar idea berkait Bajet 2022 di laman web https://budget.mof.gov.my/ms dan klik di bahagian Kertas Konsultasi Awam.
Okay jom….jap, penulis nak buka akaun TikTok sat…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menakutkan! 50 Peratus Penduduk Dunia Terdedah Ancaman Banjir, Ribut, Tsunami Menjelang…

Adakah ini petanda bumi semakin tuadan nazak? Ia juga gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..
Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru. Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan jangkaan Malaysia dan Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050.
Agak menakutkan bagi penduduk di sekitar pulau, bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.

PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.
Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan bahawa melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.
PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.
Bencana Tsunami bukan gurauan, ratusan orang meninggal. Ribuan orang kehilangan rumah yang telah musnah. Malah ia mampu memusnahkan seluruh bandar.
Moga Allah melindungi Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roti Canai Dinobat Sebagai ‘Street Food’ Kedua Terbaik Dunia

Pantang ditolak apabila diajak ‘breakfast’ roti canai. Bukan setakat sarapan sahaja, makanan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia ini juga sudah menjadi santapan harian tanpa mengira waktu.
Lebih sedap dan mengeliurkan lagi, apabila roti canai dihidangkan bersama teh tarik mahupun milo. ‘Tersangatlah ‘padu!
Terbaharu, TasteAtlas yang mengeluarkan ranking ’50 Makanan Jalanan Terbaik di Dunia’ di laman Twitternya, telah mengiktiraf sarapan popular Malaysia ini sebagai makanan jalanan kedua terbaik dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Rambut Lebat Dan Kekal Sihat? Ini Antara Makanan Yang Anda Boleh Ambil

Roti canai dibuat dengan doh tepung, air, telur, lemak dan bahagian dalam dan lapisan luar yang rangup ini memperolehi 4.8 bintang daripada lima bintang secara keseluruhannya.
Sementara itu, makanan guotie dari China mendapat tempat pertama. la sejenis ‘dumpling’ China yang digoreng, berasal dari kawasan China Utara yang mengandungi daging cencang, kubis China, daun bawang, halia, wain beras, serta minyak biji bijan.
Di tempat ketiga pula ialah espetos Sepanyol, diikuti oleh taco, hidangan kebangsaan Mexico. Kegemaran popular lain dalam senarai ialah kebab doner, shawarma dan dosa.

Selain itu, diklasifikasikan sebagai makanan jalanan negara seberang Indonesia, bubur ayam berada di tempat ke-13.
Sebelum ini, Roti Canai pernah dinobatkan sebagai ‘juara’ makanan jalanan terbaik di dunia selepas menduduki tempat pertama dalam kajian yang sama dilakukan oleh portal Taste Atlas pada tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Taste Atlas & BFM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu Bukan Orang Senang, Najib Asaddok Kini Berjaya Bina Empayar Perniagaan

Nama Najib Asaddok memang tidak asing lagi di Malaysia, terkenal sebagai jurulatih pemasaran dalam talian yang telah membimbing ramai peniaga untuk berjaya.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok sebelum ini pernah membuat sesi ‘live’ dan dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu;
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Pemilik MAMASAB Bakery, Bekas Juru X-Ray Kini ‘Jutawan Kek’
‘Apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’

Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata. Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.

“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
DARI SEKOLAH SUDAH BERNIAGA
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
BACA LAGI : Bermula Dengan Percutian Di Jeju, Wanita Ini Kini Usahawan Pelancongan Berjaya Korea
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

