Kadang-kadang kita selalu terfikir kenapa la handphone ni cepat sangat habis bateri. Rasanya baru je charge, tapi bateri dah low. Korang pernah tak alami situasi macam ni?
Selain daripada masalah kerosakan bateri, sebenarnya penggunaan aplikasi yang tidak sesuai boleh menjadi punca bateri handphone korang cepat habis.
Untuk pengguna Android, terdapat lebih kurang 10 aplikasi yang dikenal pasti dapat menghauskan bateri telefon dengan cepat.
Cuba check handphone korang sekarang, ada tak guna aplikasi-aplikasi berikut:
1. Netflix
Budak-budak sekarang mana tengok TV kan, so ini antara aplikasi untuk menonton movie yang digemari oleh anak-anak muda.
2. Snapchat
Sat muka kucing, sat muka anjing. Suka kan? Ha, kalau korang nak tahu, makin banyak filter yang digunakan, makin kuat la dia ‘makan’ bateri handphone.
3. Photo Grid
Ads
Lebih kurang sama macam aplikasi Snapchat, Photo Grid ni pun menjadi salah satu sebab kenapa bateri handphone korang cepat ‘kong’.
4. LINE: Free Calls & Messages
Uish, tak sangka kan aplikasi yang selalu digunakan ni rupa-rupanya jadi penyebab bateri cepat habis. Walaupun aplikasi ini percuma tapi jaga-jaga eh. Jangan lupa bawa sekali power bank korang.
5. ES File Explorer File Manager
Aplikasi ni ada banyak sangat iklan selingan yang sedikit sebanyak boleh kacau hayat bateri telefon.
Ads
6. Beaming Service for Samsung
Aplikasi pre-installed pada Samsung Galaxy ini berfungsi untuk menyimpan barcode atau QR Code. Selain cepat makan bateri, aplikasi ini juga mendapat rating yang sangat buruk di Google Play Store.
7. Clean Master
Walaupun aplikasi ini banyak kegunaannya, tapi ia merupakan pemakan bateri secara senyap.
8. Super Bright LED Torch
Ads
Gunakan je la torch light yang ada pada handphone korang tu kalau tak nak bazir bateri dengan penggunaan aplikasi torch yang lain.
9. Samsung Watch On
Aplikasi ini berfungsi sebagai alat kawalan jauh televisyen. Hmm, pakai remote TV je tak boleh ke wey? Hiks!
10. Amazon Shopping
Syok sangat shopping sampai tak sedar bateri handphone dah nak mati. Pernah?
Kesimpulannya, apa saja aplikasi yang korang guna, gunakanlah dengan baik. Kalau dah tahu ia jadi punca bateri cepat kong, jangan lupa bawa powerbank sekali okay?
Berita baik untuk korang yang bakal mengambil peperiksaan terutamanya calon SPM dan STPM.
Prihatin dengan semua pihak yang terjejas akibat banjir yang melanda disebahagian negeri Malaysia terutamanya pelajar dan calon yang terpaksa menjalani peperiksaan besar SPM dan STPM. Celcom dan Umobile kini diihat telah mula menawarkan pelan khusus untuk pelajar SPM dan STPM dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ataupun online. Ia telah bermula hari ini sehingga 30 April 2021 dan penawaran harganya juga masih sama iaitu RM20/sebulan untuk kuota data sebanyak 15GB.
Sumber : Celcom
Jangan terlepas peluang guys, Ini cara untuk apply.
Terma dan syarat pakej ini adalah ia terbuka kepada semua pelajar SPM atau STPM yang lahir antara 2001 sehingga 2004 dan ia boleh dilanggan melalui dua cara berbeza – iaitu menerusi aplikasi MyUMobile atau UMB. Untuk memudahkan semua, berikut kami sertakan cara untuk mendaftar :
MyUMobile
1) Menerusi aplikasi MyUMobile
Muat turun aplikasi MyUmobile menerusi Google Play, App Store atau AppGallery
Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu, kemudian pilih ‘Adds-On’
Pilih ‘Pakej Data SPM/STPM’
Sahkan pembelian anda
2) Menerusi UMB
Dail *118*3*12#
Sahkan pembelian anda
Dalam perkembangan berbeza, UMobile turut hadir dengan penawaran data tambahan sebanyak 10GB untuk dua minggu dengan hanya RM5 sahaja. Data ini boleh dilanggan melalui aplikasi MyUMobile.
Celcom
Untuk pelan Celcom pula terbuka kepada pengguna baru mahupun pengguna sedia ada yang boleh membuat peralihan melalui aplikasi Celcom Life setelah dimaklumkan Celcom melalui SMS.
Penawaran ini adalah selari dengan pengumuman SKMM sebelum ini yang ingin menawarkan pelan data pada harga lebih mampu milik untuk memudahkan proses pembelajaran oleh pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.
So apa tunggu lagi, jom la apply…
SUMBER RUJUKAN: UMOBILE, Celcom
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan terbaru daripada jenama gajet gergasi, Apple.
Pertengahan tahun ini, ramai yang membincangkan tentang keluaran telefon pintar iPhone 12 yang dijangkakan akan dilancar sama ada pada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.
Namun sementara menunggu pelancaran tersebut, Apple belum lagi mengisi slot bulanan akan datang dengan keluaran apa-apa produk baharu.
Namun sejak 2 hari kebelakangan ini, spekulasi bertiup kencang apabila ramai pakar dan peminat gajet yang merasakan Apple bakal melancarkan 2 produk baharu.
Apple dijangka mengadakan sebuah acara pelancaran bagi model terbaru iPad Air 4 dan Apple Watch Series 6.
Apple Watch Series 5.Apple iPad 3.
Ini selepas beberapa item aksesori seperti casing untuk model iPad Air 4 2020 telahpun diperkenalkan di laman wen Amazon oleh beberapa pengusaha seperti ZtotopCase dan TiMOVO.
Itu tentang iPad Air 4.
Berkenaan Apple Watch Series 6 pula, ada yang mengatakan ia mungkin benar ataupun tidak. Ini kerana ramai merasakan Apple bakal melancarkan Apple Watch SE terlebih dahulu, iaitu model mirip Apple Watch Series 3 versi mampu milik.
Teori ini disokong oleh ramai pakar gajet yang mendakwa sesuatu akan dilancarkan oleh Apple pada 8 September (hari ini!)
Menurut akaun Twitter LeaksApplePro yang diketahui umum selalunya mampu untuk meramal sebarang perkembangan baru daripada Apple, syarikat itu kata mereka akan melakukan pengumuman pada hari ini sekitar jam 11 pagi waktu Amerika Syarikat (EST)
Ini juga disokong oleh beberapa posting lain di media sosial yang kini sedang hangat dibincangkan.
Apa pendapat korang? Mungkinkah ura-ura ini menjadi kenyataan pada hari ini?
Setakat ini, pihak Apple masih belum memuat naik sebarang poster promosi mengenai apa-apa pelancaran produk ataupun pengumuman baru di media sosial mereka.
Zaman sekarang ini ramai manusia yang terlalu ‘bijak’ sehinggakan line WiFi jiran sebelah pun mereka boleh ‘hack’. Tambah pula, dalam waktu pandemik sejak dua tahun lalu di mana ramai yang melakukan kerja dan pembelajaran di rumah.
Bukan semua orang mampu untuk melanggan pakej internet yang laju, malah kebanyakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan internet jalur lebar mengenakan kontrak selama dua tahun bagi perkhidmatan mereka.
Namun, ia bukanlah alasan untuk membenarkan orang lain mencuri line WiFi rumah kita kan?
Sebenarnya, korang boleh mengesan individu yang ‘mencuri’ WiFi dengan mudah. Trik ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hafizi Zain, di mana dia menunjukkan cara-cara untuk mengesan pencuri WiFi di rumah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Muat turun aplikasi Fing di App Store atau Play Store
2. Seterusnya, klik mengikut info yang dipaparkan
3. Kemudian klik ‘scan for device’
4.Korang akan lihat senarai peranti yang tengah connect dengan WiFi korang
5. Kalau ada device yang meragukan, klik ‘remove device’
Bila dah tahu caranya, selepas ini bolehlah korang sering menyemak jika ada peranti-peranti yang tidak berkenaan menceroboh WiFi di rumah korang.