40 Tahun Dewi Remaja: Saidah Kamarudin & Che’ Puan Datin Mimi Wahedah | Cara Berbeza, Zaman Berbeza
✨ Episod ketujuh Dewi Dialog menyatukan dua figura daripada dua era berbeza, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah daripada pencarian Dewi Remaja 1987/88 dan Saidah Kamarudin, Dewi Remaja 2019.
Zaman berbeza, pendekatan juga berbeza. Che’ Puan Datin Mimi Wahedah berkongsi pengalaman ketika pertandingan masih berteraskan platform majalah serta momen manis dinobatkan sebagai Dewi Favourite selepas lebih dahulu mencipta nama sebagai seorang supermodel.
Saidah Kamarudin pula membawa kisah generasi baharu apabila meninggalkan kerjaya sebagai pramugari untuk melangkah ke pentas Dewi Remaja, membuktikan setiap perjalanan mempunyai waktunya tersendiri.
Dua latar yang berbeza, namun satu pentas yang sama dalam membentuk keyakinan dan hala tuju kehidupan mereka.
Empat dekad berlalu, Dewi Remaja terus berevolusi mengikut peredaran zaman tanpa mengubah semangat dan legasi yang telah dibina sejak dahulu.
Saksikan perbualan penuh mereka dalam episod ketujuh Dewi Dialog.
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #DewiRemaja #DewiDialog #40TahunDewiRemaja
