Ads

40 Tahun Dewi Remaja: Izreen Azminda ‘Ambil Alih’ Podcast, Rasya Dean Terhibur Habis

Ads

✨ Episod kelapan Dewi Dialog menemukan dua personaliti daripada dua generasi Dewi Remaja yang berbeza iaitu Izreen Azminda Top 3 Dewi Remaja 2005/2006 dan Rasya Dean finalis Dewi Remaja 2018/2019.

Episod kali ini memang kecoh dalam studio apabila Izreen Azminda hadir dengan vibe kakak-kakak yang penuh cerita, gelak dan nasihat, manakala Rasya Dean pula jenis yang cepat terhibur sampai beberapa kali tak dapat menahan gelak sepanjang podcast berlangsung. Definitely a good combo.

Di sebalik suasana santai dan fun itu, kedua-duanya turut berkongsi sisi yang lebih jujur tentang perjalanan mereka apabila Izreen Azminda dan Rasya Dean mengakui pernah melalui fasa insecure ketika berada dalam pertandingan Dewi Remaja, namun pengalaman itulah yang banyak membentuk keyakinan diri mereka hari ini.

Memang banyak juga tea yang tumpah dalam episod ini apabila Izreen turut berkongsi pelbagai nasihat dan pengalaman kepada Rasya sepanjang perbualan mereka. Love the sisterhood energy.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads