
Sudah beberapa kali sebenarnya grup popular, Backstreet Boys turun ke rantau Asia Tenggara tetapi mereka enggan berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir mereka ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 di Stadium Negara. Tahun lalu, mereka memilih Singapura untuk jelajah Larger Than Life yang berjaya menarik 20,000 orang peminat di Stadium Nasional negara itu.
Nampaknya, nasib kita pada tahun 2019 juga masih tak bertuah selepas senarai penuh bandaraya Asia untuk tour Backstreet Boys dikeluarkan petang tadi di laman web rasmi mereka. Pengumuman itu juga dilakukan melalui video di Facebook.

Sepanjang bulan Oktober hadapan, mereka akan menjelajah ke sekitar Asia terutamanya di Asia Tenggara. Antaranya termasuklah:
12 Oktober – Tokyo Jepun
13 Oktober – Tokyo Jepun
16 Oktober – Osaka, Jepun
19 Oktober – Macau, China
22 Oktover – Taipen, Taiwan
24 Oktober – Bangkok, Thailand
26 Oktober – Jakarta, Indonesia
28 Oktober – Manila, Filipina
30 Oktober – Singapura
Jadi bagi korang yang nak menonton Backstreet Boys secara live, bolehlah rancang percutian ke Bangkok, Jakarta, Manila atau Singapura kelak.

Tiket fan club akan mula dijual lebih awal pada 28 Mac ini dan berakhir pada keesokan harinya. Sementara itu, tiket selebihnya akan dijual pada orang ramai pada 1 April jam 10 pagi.
Bagi yang tak ada bajet lebih untuk tiket penerbangan dan cas hotel tu, korang masih ada konsert Westlife Ogos ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu Sukar Cari Baju Renang, Hanis Zalikha Kenalkan Koleksi Cruise Lengan Panjang

Untuk korang yang aktif beriadah dan bersukan, pastinya aktiviti berenang dan bermain air menjadi perkara yang mengujakan
CUMA..
Yes, it is a big but. Cumanya, pakaian renang selalu menjadi isu yang sensitif kepada ramai perempuan.
Ada yang tidak selesa dengan isu pakaian ketat, tidak menutup lengan dan kaki sepenuhnya. Ada juga yang sukar mencari pakaian renang yang flattering dan cantik.
Itulah isu yang dihadapi oleh selebriti dan ahli perniagaan, Hanis Zalikha dan memberikannya inspirasi untuk memperkenalkan koleksi Cruise 2020 – pakaian renang.

“Hanis selalu pergi ke kawasan pantai untuk bercuti. Dan selalunya Hairul yang akan membawa anak-anak ke kolam renang dan pantai, manakala Hanis tidak akan berenang kerana tidak mempunyai pakaian renang yang sesuai dan cantik.
“Itu yang menginspirasikan Hanis untuk keluarkan koleksi ini. Tak nak dah sekadar duduk di tepi sedangkan hati teringin sangat nak bergembira bermain air dengan ahli keluarga sendiri.



“Lima tahun Cakenis sudah berada di pasaran, Hanis sendiri tak sangka kami memulakan tahun 2020 dengan koleksi pakaian renang. Sejak kami gelarkan jenama Cakenis sebagai jenama gaya hidup (lifestyle) dan bukan sekadar jenama hijab, kami lebih bebas untuk memperkenalkan koleksi berlainan.
“Tahun lalu, sudah ada koleksi intimate wear dan koleksi solekan C by Cakenis. Jadi sekarang saya rasa kami sudah bersedia untuk koleksi renang ini,” kata isteri kepada pelakon, Hairul Azreen ini.
Acara launching pada hari ini diacarakan oleh bekas Miss Universe Malaysia, Deborah Henry dan ada sebab mengapa Hanis memilih beliau.

“Hanis memilih Deborah Henry kerana saya ingin menunjukkan bahawa wanita setinggi kami di luar sana kini boleh menggayakan seluar renang dengan kepanjangan yang cukup.
“Tiada lagi seluar renang senteng..”
“Koleksi ini mempunyai full piece swimwear di mana ia berlengan panjang dan berseluar panjang. Terpulang kepada korang sama ada ingin memakainya sebagai satu set atau salah satu.
“Ia juga didatangkan dengan wrap di bahagian luar. Senang untuk korang ke mana-mana selepas tamat beriadah di kolam renang atau pantai,” jelasnya lagi.


View this post on Instagram
Sebelum ni rupanya kalau bercuti Hanis akan pakai seluar renang Hairul 😂🤭 #remaja #majalahremaja
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Koleksi Cruise ini menggunakan material chiffon yang mudah kering, flowy dan cantik. Saiznya pula mudah digayakan oleh ramai perempuan – dari XS ke XXL.
Bagi yang berminat, korang boleh ke laman web Cakenis untuk mendapatkannya pada harga RM289 saja.
Mana tahu, korang boleh turunkan berat badan dengan berenang seperti Ruhainies..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod Akhir More Than Friends Ditangguh, Salah Seorang Pelakon Dikuarantin

Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.
Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.
Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.
10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).

Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.
Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk Ke Raudhah Tujulah Ke 6 Tiang Istimewa Ini! Doa & Solatlah Di Tepinya

Ramadan yang bakal tiba kurang dalam tempoh dua bulan ini pasti membuatkan ramai umat Islam yang berkemampuan memilih melakukan ibadah umrah di sana.
Tidak hanya ketika Ramadan, Makkah dan Madinah, bumi yang sentiasa barakah ini sentiasa menjadi pilihan umat Islam untuk dikunjungi.
Jika korang berpeluang mengerjakan umrah dan mungkin haji dalam masa terdekat ini, ketahui makna di sebalik 6 tiang yang ada di dalam Raudhah yang selalu dikatakan sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa.

Perkongsian ini telah dikongsikan oleh saudara Azrul Azbani di fbnya berkenaan maksud di sebalik 6 tiang ini. Ia bukan sekadar tiang tetapi punyai makna yang mendalam untuk kita merasai lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.
Semoga kita menjadi insan terpilih di hari akhirat kelak.
Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya. Antara Tiang tersebut ialah:-

- Tiang Sarir- Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin di mana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi (anak panah warna hijau).

- Tiang Ali / Tiang Pengawal- Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.

Tiang ini merupakan tempat pertemuan Rasulullah dengan orang luar yang mahu bertemu Baginda. - Tiang Wufud (Deligasi) – Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari delegasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.

- Tiang Aishah – Tiang ni sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni. Mintak doa banyak-banyak.

Hanya kerana berbohong kepada Rasulullah, Abu Lubabah mengikat dirinya tiga hari di tiang ini kerana berasa malu dengan perbuatannya - Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) – Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

Jika sebatang pohon kurma pun menangis jika ditinggalkan Rasulullah hingga baginda memujuknya, kita sebagai khalifah juga seharusnya berusaha untuk lebih dekat dengan sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw (tanda oren) - Tiang Muhallaqah – Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengn aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

- Mehrab Nabi – Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-oleh telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ni kepada semua. Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa tak tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat saja kat mana yang boleh. So sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui.
#khadamharamaintravelandtour #mutawwif #ootdjubahputih #umrahekonomi#diarikhadamharamain
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





