Berita

“Tanam Sayur Di Rumah, Kurangkan Bergantung Pada Import” -Mohamad Sabu Ajak Rakyat Mulakan Dari Rumah

Share

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, menyeru rakyat untuk menggunakan ruang di rumah masing-masing bagi menanam sayuran. Langkah ini dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Beliau menjelaskan bahawa konflik geopolitik bukan sahaja isu luar negara, malah kesannya boleh menjejaskan

rantaian bekalan makanan global. Walaupun kesan tersebut mungkin tidak dirasai secara langsung, gangguan berterusan boleh sampai ke meja makan rakyat.

“Tanam Apa Yang Mampu, Walaupun Ruang Terhad”

“Sebab itu, Bang Mat hendak ajak semua, kalau ada ruang walaupun kecil di rumah, tanamlah apa yang mampu. Cili, sayur, ulam. Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan kebergantungan dan dalam masa sama jadi satu usaha yang bermanfaat untuk keluarga,” katanya menerusi satu hantaran di

Facebook.

Buktikan Ruang Terhad Bukan Halangan

Pada Disember lepas, Mohamad membuktikan bahawa ruang tanah terhad bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam. Beliau berjaya memanfaatkan tanah di sekeliling rumah untuk menanam tanaman seperti

pandan dan ulam raja.

Beliau juga berkongsi pelbagai hasil tanaman yang dinikmati selepas kejayaan menternak ikan tilapia dan menanam bawang Rose Ehsan beberapa bulan sebelumnya.

Kerajaan Terus Perkukuh Sistem Makanan Negara

Selain usaha individu, Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan akses rakyat sentiasa terjamin.

“Ini tanggungjawab yang sedang dan akan terus kita laksanakan. Yang penting, kita sama-sama ambil peranan. Mulakan dengan apa yang ada. Insya-ALLAH, usaha kecil hari ini akan jadi kekuatan besar untuk masa depan,” kongsinya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath