
Pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin, sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.
Peguam syarie mewakili Zizi, Noorhaiza Mariena Mat Ramli, berkata prosiding perceraian berlangsung secara baik dan mengikut persetujuan bersama.
Walaupun Zizi adalah pihak yang memfailkan permohonan cerai, dia enggan mengulas lanjut.
“Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insya-Allah… Terima kasih semua,” katanya.
Sementara itu, Yusuf dilihat menahan sebak selepas prosiding selesai dan memohon doa yang baik daripada semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BH online