Syed Saddiq Tampil Sebagai Superman Di Majlis Hari Lahir Anak Bella Astillah, Curi Tumpuan Ramai!

Share

Penampilan luar biasa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata mencuri tumpuan apabila beliau hadir lengkap dengan kostum adiwira Superman sempena sambutan ulang tahun anak-anak selebriti popular, Bella Astillah baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung meriah itu meraikan ulang tahun kelahiran Ayden Adrean, 8, dan adiknya Ara Adreanna, 5, dengan tema watak-watak adiwira dan animasi.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Bella turut bergurau mengenai penampilan Syed Saddiq yang mencuit hati para tetamu.

“Tengah tu (Syed Saddiq) macam patung atau AI (kecerdasan buatan),” katanya berseloroh.

Ayden tampil dengan kostum Iron Man manakala Ara kelihatan comel mengenakan kostum Moana, menyerlahkan lagi tema majlis yang penuh warna-warni.

Namun, kemunculan Syed Saddiq dalam kostum Superman bukan sahaja menarik perhatian tetamu, malah mencuri hati netizen apabila beliau dilihat

mesra melayani dan bergambar bersama Ara
.

Antara momen manis yang sempat dirakam ialah saat Ara memeluk erat figura politik muda itu, menggambarkan hubungan mesra dan suasana penuh kasih sayang di majlis tersebut.

Tidak kekok bergaul, Syed Saddiq turut dilihat beramah mesra dan bergambar bersama ahli keluarga Bella, sekaligus menceriakan lagi suasana sambutan hari lahir itu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Teambassofficial

Published by
Fath