
Konsistensi merupakan kata kunci kepada kejayaan Ahli Parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq apabila beliau mengesahkan berjaya menyumbangkan lebih daripada RM4.5 juta sepanjang tahun 2025 bagi kebajikan penduduk di kawasan tersebut.
Syed Saddiq, 33 ketika ditemui REMAJA di acara pengenalan koleksi lebaran jenama tempatan, Dr. Cardin berkata, beliau bersyukur apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan seperti Dr. Cardin sendiri.
Segala yang diusahakan beliau termasuklah menjadi duta produk, menerima pelantikan sebagai wajah penghias kempen dan sebagainya selama ini adalah demi mengutip dana kebajikan penduduk Muar.
“Well, that’s work. Pada tahun lepas sahaja melalui kerjasama dengan pelbagai jenama, Alhamdulillah saya dapat sumbangkan lebih daripada RM4.5 juta bagi parlimen Muar.
“Ia membolehkan kami menyerahkan macam-macam jenis bentuk bantuan… laptop, tablet, bantuan food bank, biasiswa pendidikan dan banyak lagi,” katanya
Syed Saddiq turut menyatakan hasrat untuk mengekalkan momentum tersebut pada tahun 2026 demi memastikan kebajikan penduduk terus terjaga.
“Pada tahun 2026, saya ingin kekalkan momentum tersebut supaya kebajikan kawasan terjaga. I will put my heart and effort 110% kerana saya tidak boleh menentukan apa yang akan berlaku selepas ini (sekiranya banyak peluang kerjasama bersama jenama tempatan yang hadir).
“Secara peribadi saya tahu saya telahpun cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin,” ujarnya yang kacak menggayakan sandal Cove Air, Cove Core dan The Air Pillow Flow daripada Dr. Cardin.
Bercakap mengenai kolaborasi bersama Dr. Cardin, Syed Saddiq menzahirkan rasa bangga terhadap legasi jenama tempatan itu yang berjaya bertahan lebih 50 tahun di Malaysia.
Memasuki kolaborasi keempat bersama Dr. Cardin, beliau memuji kepimpinan generasi muda dalam keluarga pengasas jenama tersebut yang berjaya membawa nafas baharu melalui rekaan moden serta strategi pemasaran yang lebih segar, selari dengan minat generasi Z.
Syed Saddiq turut menyifatkan idea Live Runway di platform TikTok sebagai satu pendekatan unik dan inovatif yang bakal diikuti oleh lebih banyak jenama tempatan.
“Mereka bukan hanya muda tetapi bekerja dengan dinamik. Mereka jugalah yang menerajui trend acara Live Runaway di platform TikTok pada tahun lepas dan saya pasti, jenama-jenama tempatan lain akan gunakan idea yang sama.
“Bagi saya, sesi Live di hadapan penonton seperti ini cukup unik,” katanya.
Sebagai info, koleksi lebaran 2026 Dr. Cardin menampilkan dua selebriti popular sebagai bintang kempennya iaitu Hun Haqeem dan Erysha Emyra.
Selain Syed Saddiq, acara The Raya Table by Dr. Cardin turut dihadiri oleh Mimi Fly, Asslah dan Firdaus daripada tim AI (Alieff Irfan) Marketing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.