
Seramai 7,099 tidak hadir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bersamaan dengan 1.79 peratus berbanding dengan 8,108 calon yang tidak hadir pada tahun sebelumnya.
Demikian statistik yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad sewaktu sidang media sempena Hari Keputusan SPM 2025, pagi tadi.
Menurut beliau, jumlah ketidakhadiran calon SPM pada tahun 2025 menunjukkan penurunan seramai 1,009 orang calon bersamaan dengan 0.31 peratus berbanding sewaktu SPM 2024. Oleh itu, ia dianggap sebagai satu perkembangan positif.
@remaja.my Powerlah Batch #SPM2025 🔥📣 Bukan sahaja Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi #SijilPelajaranMalaysia (SPM) 2025 menunjukkan prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun dengan mencatatkan nilai 4.42 mata berbanding 4.49 untuk SPM 2024. 📝 Malah ia juga pencapaian terbaik sejak SPM berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan pada tahun 2021. #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia ♬ original sound – Remaja
Setelah meneliti dengan lebih lanjut terhadap isu ketidakhadiran ini, Mohd Azam beranggapan banyak faktor yang mempengaruhi tindakan calon-calon berkenaan.
“Sebenarnya, banyak faktor yang setiap tahun… ini yang berlaku.
“Seperti (calon terpaksa) bekerja, berpindah ke luar negara, kemalangan, masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah pengangkutan, meninggal dunia dan ada juga yang ditahan oleh pihak berkuasa. Jadi ada banyak faktor.
“(Namun) KPM bersama JPM, KPP dan guru-guru telah mengadakan pelbagai program aktivisi seperti menziarahi (calon),” katanya.
Faktor-faktor ini menunjukkan bahawa isu calon SPM 2025 tidak hadir bukanlah sesuatu yang mudah diselesaikan kerana ia melibatkan pelbagai latar belakang dan cabaran kehidupan pelajar
KPM bersama pelbagai agensi lain memainkan peranan penting dalam memastikan calon hadir ke peperiksaan. Antara usaha yang dijalankan termasuklah lawatan ke rumah pelajar, sesi kaunseling, serta sokongan berterusan kepada keluarga.
“Seperti guru-guru sekolah pergi ziarah ke rumah-rumah murid untuk menziarah murid. Melihat keadaan mereka dan memberikan panduan atau nasihat kepada ibu-bapa dan juga murid untuk hadir ke sekolah,” tuntasnya.
Langkah proaktif ini terbukti membantu mengurangkan jumlah calon SPM 2025 tidak hadirdan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan peperiksaan tersebut dalam masa depan mereka.
Kongsinya lagi, setiap calon SPM 2025 telah mendaftarkan diri pada awal tahun persekolahan di mana mereka berdepan jarak tempoh kira-kira sebelas bulan sebelum menduduki peperiksaan.
Maka, banyak faktor yang boleh berlaku sekaligus mempengaruhi ketidakhadiran mereka sepanjang tempoh berkenaan.
Dalam pada itu, prestasi SPM 2025 telah menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan dan yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan mencatatkan nilai GPK 4.42 mata berbanding 4.49 untuk SPM 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.